EC:LL20

1.5K 50 0
                                    

                    KHAIZUL memeluk stereng itu dengan keluhan kuat. Aishlyn hanya diam. Tak lama kemudian, terdengar bunyi esakan daripada lelaki itu.

Aishlyn mengendahkan majikannya sambil tangannya mencapai bantal. Ingin menyambung lenanya yang tergendala sebentar tadi. Elok sahaja dia menutup mata, ada tepukan kuat singgah di dahi gadis itu.

"Eeeee kau boleh tidur pulak! Aku tengah serabut kan?! Tanya la apa-apa! Tanya la aku okey tak ke apa! Kerja tidur jelah kau ni! Sekali lagi!!" marah Khaizul sebelum sekali lagi memeluk stereng itu.

Aishlyn mengeluh. Susah la kerja dengan orang emosi tak stabil macam ni!

"Are you... Crying?" soal Aishlyn bosan. Khaizul mengangkat mukanya dan merenung ke hadapan. Aishlyn mengintai muka jejaka itu, hidung dan mata lelaki itu merah.

Air mata juga mengalir membasahi pipi.

"Salah aku ke wey? Salah ke aku buat dia macam tu? Aku sayang dia... But I don't think I can forgive him," soal Khaizul sayu.

"Well... Tuan nak dengar jawapan fake ke jawapan jujur?" soal Aishlyn kembali.

"Mana-mana yang kau suka," balas Khaizul kembali. Dia sabar menanti balasan yang akan keluar daripada mulut si pembantu.

"Pendapat saya adalah... Tak salah buat macam tu, but you didn't have to cut him off. If you slowtalk dengan Dato... Probably dia akan you know, dengar cakap you?" balas Aishlyn teragak-agak.

Apa benda yang aku cakap ni sia? Hidup aku pun tak teratur ada hati nak bagi nasihat dekat orang!

"Tapi dia memang macam tu, Aishlyn. He's evil, dia curang, dia pukul aku. Dia buat macam-macam!" bentak Khaizul lagi.

"Kalau macam tu saya tak ada jalan penyelesaian lah, tapi sebelum ni dia okey je kan?" balas gadis itu.

"Tuan buatlah apa yang Tuan rasa baik untuk Tuan... But as someone who lost their parents at a very young age, I rasa you should fix your relationship with your father," tambah Aishlyn lagi sebelum sekali lagi cuba melelapkan matanya.

Aku mengantuk lah tolonglah faham!

Khaizul hanya diam. Ada betulnya juga apa yang Aishlyn ucapkan sebentar tadi... Walau apa pun yang terjadi, dia tetap bapanya!

Dato Zaini yang menjaga dia selama 15 tahun hidup sebelum lelaki tua itu berubah akibat seorang penyondol yang menghancurkan keluarga harmoni mereka.

"You're kinda right... Dah bangun! Tukar tempat dengan aku, kau drive pulak," ujar Khaizul selamba sebelum menepuk-nepuk pipi Aishlyn menggunakan pemukul lalat.

Aishlyn bangun dengan wajah yang bengang. Dia menghentak-hentakkan kakinya tanda geram sebelum keluar daripada kereta itu. Benci!

"Kita nak balik KL ke Tuan? Jauh tau tak? Sekarang pun dah pukul 5 petang. Kalau kita balik sana, In Shaa Allah sampai pukul 9 malam kalau tak jem. Dan saya tak akan pergi kerja esoknya," bebel Aishlyn panjang lebar.

"Betul jugak kan... Kita nak tidur mana? Cuba kau cari hotel 5 bintang dekat kawasan ni," balas Khaizul.

"Siapa passenger princess sekarang ni? Tuan kan? Tuan la cari," bidas Aishlyn.

"Wah kau melampau! Dah pandai nak arah arah aku eh? Kau carilah, kau tu orang gaji aku! Cepat-cepat aku nak rehat," arah Khaizul sambil bermain dengan telefon pintarnya.

3|| Lynzul's First LoveWhere stories live. Discover now