EC:LL3

1.9K 75 2
                                    

                      "I'M sorry," ujar Aishlyn.

"EEE BUTA KE APA?! TAK NAMPAK BAJU AKU NI DAH KOTOR KENA KOPI?!" herdik gadis itu geram. Bajunya yang sudah kotor itu dilap menggunakan tisu.

"Cik, saya minta maaf," ujar Aishlyn sekali lagi. Perempuan itu memandang Aishlyn tajam.

"Eh perempuan. Baju aku kotor sebab kau, kau ni dah lah selekeh, ada hati kau nak langgar aku?" soal perempuan itu bengang. Tangannya naik menunjal-nunjal bahu Aishlyn.

Aishlyn menarik nafas dalam.

"Cik ni kenapa ya? Saya dah minta maaf. Kerja cik sekarang ni, basuh jela baju tu. Siap nak kata saya selekeh ni kenapa? Saya dah minta maaf, kira okey tau walaupun tu salah cik. Bersyukur sikit," ujar Aishlyn dengan nada suara yang mendalam.

"Wah perempuan, kau menjawab?! Eh korang semua bawak keluar telefon, I nak ajar perempuan tak guna ni," ujar gadis itu kepada rakan-rakannya.

"Eh perempuan, kau tahu tak aku ni siapa?! Aku ni Lily Daisy, model antarabangsa kau tahu tak?! Berani betul orang level bawahan macam kau ni cari pasal dengan aku kan?!" marah gadis itu lagi.

Aishlyn menjongketkan sebelah keningnya.

"You? International model? Eh model international perangai macam ni ke? Memalukan negara. Akak balik jelah, gi balik berangan," ujar Aishlyn sambil menahan tawanya daripada meletus.

"Kau kurang ajar kan?"

PANG !

Sebuah tamparan hinggap di pipi Lily. Terkejut semua yang memerhati. Khaizul yang memerhati adengan itu pun turut terkejut, terus dia bergegas ke arah Aishlyn dan Lily.

"Eh Aishlyn! Apa benda ni?! Lily you okey tak?" soal Khaizul kepada Lily yang masih memegang pipinya itu.

"K-Khaizul... D-Dia lempang I," adu Lily. Aishlyn memandang dua manusia di hadapannya ini dengan pandangan bosan.

Terus dia pusing ke belakang dan sambung perjalanannya ke kedai. Elok dia sampai di hadapan pintu kedai itu, Khaizul bertindak meraih lengannya.

PANG !

"Tangan aku automatik. Maaflah," ujar Aishlyn selamba sambil merentap lengannya daripada pegangan Khaizul.

"Kau makin melampau kan sekarang ni?" soal Khaizul bengang.

"I'm not the old me, remember?" perli Aishlyn dengan nada jengkel.

"Eh aku taknak sepak muka kau depan orang tau," bisik Khaizul keras apabila orang ramai masih lagi memerhatikan mereka.

"Kau sepak lah. Aku sepak kau balik, kau ingat kau siapa? Semak," ujar Aishlyn lagi sebelum masuk ke dalam kedai. Namun sekali lagi, tangannya ditarik keluar.

"EEE KAU NAK AP-"

PANG !

Kepala Aishlyn terteleng ke tepi apabila Lily bertindak menampar wajahnya kuat. Beringguk badan Aishlyn dibuatnya, hal itu menimbulkan rasa seram kepada Khaizul dan Lily.

Gadis yang bernama Aishlyn itu sedang ketawa. Wajahnya ditundukkan agar pasangan di hadapannya itu tidak melihat wajahnya.

"Oi perempuan! Apa masalah kau?! Hah? Gelak-gelak!" soal Lily kasar sambil menunjal bahu Aishlyn kuat.

Aishlyn berhenti ketawa sebelum mengangkat kepalanya. Dia menyeringai kepada Lily. Kemudian, matanya beralih ke orang awam.

"You caught that?" soalnya lembut. Wanita muda yang sedang merakam adengan itu mengangguk perlahan. Dia menelan liurnya apabila melihat wajah Aishlyn yang seakan-akan seorang psiko itu.

"Good. Viral it," ujar Aishlyn singkat.

"Kau akan hantar aku balik kan, Khaizul?" soal Aishlyn kepada Khaizul pula.

"Babyy! Kenapa you yang kena hantar dia balik?! Teman lah I, I nak pergi karaoke," rungut Lily sambil menarik hujung baju Khaizul perlahan.

"Sorry, Aishlyn. Kau balik sendiri eh?" ujar Khaizul selamba. Sekali lagi Aishlyn ketawa.

"Apa maksud kau aku balik sendiri? It's a two-hour journey kalau berjalan kaki!" ujar Aishlyn bengang. Khaizul menjongketkan bahunya.

"Seems like that's your problem," balas Khaizul dengan senyuman manis di bibir. Lily disebelahnya juga tersenyum sinis.

"The heck, Khaizul Iman? Kau bagitahu kawan-kawan aku tau yang kau nak hantar aku balik! Apa benda ni?!" marah Aishlyn lagi.

"Wey rilek aaa, kau book jelah grab. Apa masalah? Benda senang kau susahkan," balas Khaizul jengkel.

"You're such a jerk. Handsome tidak, gentleman pun tidak. You're just a cheap-looking playboy, you know that? Kita ni biar tak ada muka, janji kaya dengan budi bahasa. MashaAllah I've never seen any man yang bangang dia melebihi kebangangan kau. Kau paling bangang, congrats!" hina Aishlyn bertubi-tubi.

Khaizul merenung gadis itu tajam.

"Atleast give me the money. Kalau macam ni lah perangai kau, kau tu memang tak layak ada pasangan! Aku doa, kau akan mati dalam keadaan bujang! Semoga perempuan yang nak menikah dengan kau nanti, lari time akad nikah. And I hope, tak ada lagi perempuan yang bernasib malang yang akan menjalinkan hubungan dengan kau selepas aku. I thought I was unlucky, but Cik Lily kat sini lebih malang heh," tambah Aishlyn sambil memandang Lily sinis.

Turun naik dada Khaizul mendengar sumpahan dan hinaan daripada mulut seorang gadis yang pernah dihinanya dahulu. Lily pula mengusap belakang Khaizul agar kekal bersabar.



Lah dia yang cari pasal, dia yang koyak 😍

🌸-natarysss-🌸

3|| Lynzul's First LoveWhere stories live. Discover now