EC:LL18

1.1K 51 0
                                    

"SAYA keluar dulu eh, Tuan," pamit Aishlyn sebelum perlahan-lahan mengundurkan diri.

"Pahal lak! Kau duduk sini, mana boleh aku hadap dia sorang-sorang. Kau duduk sini dengar dengan aku," arah Khaizul. Aishlyn merungut sebelum duduk di hadapan Khaizul.

Lelaki itu membaca Bismillah sebelum mengangkat panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Dato Zaini," jawab Khaizul.

"APA MASALAH KAU HAH KHAIZUL?! TAK CUKUP-CUKUP LAGI KE KAU MALUKAN AKU?! ANAK TAK GUNA!"

Khaizul dan Aishlyn memejamkan mata mereka. Terasa bingit di telinga mendengar jerkahan serta amukan lelaki yang bergelar bapa itu.

"Ada apa-apa yang saya boleh bantu ke Dato?" soal Khaizul selamba. Makin hangin lah Dato Zaini di hujung sana!

"Eh Khaizul. Kau datang jumpa aku! Bawak sekali perempuan tak guna kau tu!! Aku nak petang ni kau dah sampai! Kau faham tak?!" soal lelaki tua itu dengan nada bengang.

Khaizul melihat Aishlyn yang sedang menggelengkan kepala kepadanya.

"Tapi Dato... KL dengan Kedah bukannya dekat. Jauh, 4 jam lebih nak sampai sana," Khaizul cuba beralasan.

"Kau ingat aku kisah ke, bodoh? Aku tak kira. Kau datang jumpa aku petang ni jugak!!!" Jerit Dato Zaini lagi sebelum mematikan panggilan.

"Ni maleh ni, eee patutnya aku block dia tu," rungut Khaizul sambil meletakkan kepalanya di atas meja.

"Saya... Saya baru teringat, saya ada meeting dengan makcik cleaner petang satgi. Sorry, takleh follow," ujar Aishlyn sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Tak payah nak menipu. Kau kena teman aku, jom. Sekarang dah pukul berapa ni, jomlah kita gerak. Petang ni kita berdua balik Kedah," putus Khaizul.

"Ish benci laa," rungut Aishlyn pula sambil menghentak-hentak kakinya. Pintu pejabat Khaizul menjadi tujuan.

Dia keluar daripada bilik itu sebelum duduk di tempatnya. Meja dikemas sebelum mereka bertolak pergi ke kampung halaman milik Khaizul iaitu di Kedah.

"Are you really his mistress? Never in my 4 years, I tengok dia tumbuk pekerja over a girl," soal Naddy. Aishlyn menarik nafas, haih tak puas lagi ke wanita-wanita ni?

"Hampa ni pasepa? Dok kacau Aishlyn sangat pasepa?! Dia toreh muka hodoh hampa tu satlagi baru hampa nak meraung!" marah Hafiz sambil mencekak pinggangnya.

"Diamlah pondan tak guna!" bidas Amanda pula.

"Eh pondan-pondan aku pun, atleast aset aku real. Bukan macam kau! Cucuk sana, cucuk sini! Tak besar pun! Buat habis duit je," ejek Hafiz pula.

"Melampau lah kau ni!!" bentak Sarah pula. Hafiz hanya menjelirkan lidahnya tanda mengejek.

"Enough la wey. First, he deserves it. Mana-mana manusia yang ada hati perut pun akan buat macam tu apabila lihat manusia lain ditindas. Don't get me wrong, I don't blame you... Since you only ada otak tapi tak ada akal. Animal," bidas Aishlyn dengan senyuman manis.

Ketiga-tiga gadis itu berpandangan di antara satu sama lain. Seperti jantung ditusuk-tusuk! Manakala Hafiz pula sedang mengejek mereka dari belakang Aishlyn.

"Nahhh rasain lo!" ejek Hafiz.

"And second, have you ever heard the word 'bestfriend'?" soal Aishlyn jengkel.

Ternganga mereka bertiga dibuatnya.

"Oh bestfriend? Nampak sangat masuk guna cable tu," ejek Mimi yang sudah membetulkan rambutnya yang serabai sebentar tadi.

"Saya tak pakai cable. Hafiz yang recruit saya," balas Aishlyn santai. Hafiz dibelakangnya mengangguk.

"Oh pondan ni ambil kau? Eww," ejek Mimi lagi.

"Wey yang hampa tak puaih hati ngan kami pasepa? Dok panggil orang pondan, hang jangan sampai pondan ni gilis hang pakai tayar lori," bengang Hafiz disitu.

"Ada aku kisah? Eh Aishlyn. Ada orang kena pecat sebab kau tau, kau tak rasa bersalah?! Macam mana dia nak sara keluarga dia?" bentak Mimi lagi.

Dia simpati dengan sahabatnya si Qayyum yang sudah dibuang kerja sebentar tadi. Aishlyn pula mengukir senyuman sinis.

"Baguslah. Dah tahu kerja, buat perangai macam seorang pekerja. Dia nak tunjuk samseng sangat dekat sini, aku dah tunaikan permintaan dia. Nanti kau pergilah mana-mana lorong, In Shaa Allah... Kau akan nampak Qayyum dekat situ as a low-class thug," ejek Aishlyn lagi.

"Kurang ajar!" tangan Mimi sekali lagi naik ingin menampar wajah suci Aishlyn.

"Tamparlah. Kalau kau nak merempat dengan Qayyum, kau tampar aku sekarang," provok Aishlyn.

"Ingat aku tak berani ke, sial?!" bengang Mimi. Aishlyn mengangguk.

PANG !

Wajah Aishlyn ditampar kuat oleh Mimi yang menyebabkan gadis itu terteleng ke tepi. Tetapi senyuman masih terukir di bibirnya.

"MIMI LYANA!" jerkah Khaizul yang berada di belakang mereka. Mimi kalih ke belakang sebelum reaksi wajahnya berubah.

Aishlyn pula tersengih sebelum dia bangun dan bergerak ke arah Khaizul sambil memegang pipinya. Secara automatik, air matanya bertakung, tunggu masa ingin jatuh.

"Tuan... Sakit," rengek Aishlyn sambil memegang pipinya. Khaizul membelek-belek wajah Aishlyn tanpa melakukan sentuhan kulit.

"Merahnya. Dengan hujung bibir kau pun berdarah," ujar Khaizul. Aishlyn menganggukkan kepalanya dengan reaksi wajah yang amat sayu.

"E-Encik! Dia provok saya, Encik! Saya tak akan tampar dia kalau dia tak provok saya!" rayu Mimi sambil melutut.

"Is it true, Hafiz? Amanda? Sarah? Naddy?" soal Khaizul kepada pekerjanya satu persatu.

Tetapi masing-masing diam.

"Tuan, you know me. I'm not gonna provoke someone if they didn't start," ujar Aishlyn.

"APA YANG AKU MULAKAN?!" jerit Mimi kuat. Aishlyn hanya memandang gadis itu dengan tatapan kosong.

Khaizul pula melihat Aishlyn meminta jawapan.

"Dia face-shaming kan saya... Like you did," balas Aishlyn dingin. Tersedak Khaizul di situ, nampaknya kata-katanya dahulu tersemat di dalam hati si bekas kekasih.

"Saya sebenaqnya nak buat pengakuan. Ya Mimi tu salah. Dia tak habis-habis nak cari pasal dengan Aishlyn, bukan tu je. Dia ni selalu lepak dalam bilik stor, rajin curi tulang perempuan ni," luah Hafiz pula.

"MANA ADA!!" Tengking Mimi.

"Apahal lak takde, ada lah. Aku dah tanya dah member kau kat kaunter tu, dia kata kau ada waktu pagi time Encik Iman masuk je," bidas Hafiz pula.

Mimi memandang Khaizul dengan harapan Khaizul tidak akan memecatnya.

"Mimi... Pack your things, and leave. You're fired, thankyou," putus Khaizul sebelum melangkah pergi di ikuti dengan Aishlyn.

Tempat meletakkan kereta menjadi tujuan mereka. Tibanya mereka di sana, Khaizul dan Aishlyn masuk ke dalam kereta untuk ke destinasi seterusnya.

Destinasi di mana kepanasan tahap melampau, Kedah Darul Aman.





Kedah... Dimana segala-galanya bermula. 😻

🌸-natarysss-🌸

3|| Lynzul's First LoveWhere stories live. Discover now