EC:LL12

1.3K 61 0
                                    

-K E E S O K A N   H A R I N Y A-

Aishlyn menaiki lif seperti biasa. Hari ini, dia sudah rasmi bertugas sebagai pembantu peribadi Khaizul.

Pintu lif belum terbuka, namun Aishlyn sudah mendengar tengkingan daripada lelaki tak guna itu. Elok sahaja pintu lif itu terbuka, terus Aishlyn bergegas ke arah tempat kejadian.

"SIAPA SURUH KORANG PAKAI TUDUNG HAH?!" jerkah Khaizul kuat kepada Amanda, Sarah dan Naddy.

"AKU DAH KATA KAN DEKAT SINI DIHARAMKAN BERTUDUNG!! APA MASALAH KORANG?!" tengking lelaki itu sambil menghentak meja yang berada di hadapannya.

Mengalir air mata ketiga-tiga gadis itu. Aishlyn pula merengus kesal melihat Khaizul yang baran itu.

"KORANG BERTIGA AKU PE-"

"Apa benda Tuan ni?" soal Aishlyn sambil menyilangkan tangannya di dada. Terhenti ayat yang bakal keluar daripada mulut Khaizul itu.

"Jangan nak sibuk boleh tak?" balas Khaizul. Nada suaranya tidak sekuat tadi.

"Saya yang suruh diorang pakai tudung. Ada masalah ke dengan Tuan?" soal Aishlyn lagi. Dia berani berinteraksi dengan Khaizul kerana dia mempunyai backup besar!

Sekiranya Khaizul berani bermacam-macam dengannya, dia hanya perlu telefon para sahabat dan Khaizul akan berada 6 kaki di dalam tanah.

"Kau... Kau jangan buat company ni macam bapak kau punya boleh tak!! Ini company bapak aku, aku kata haram pakai tudung dekat sini, HARAM LAH!" tengking Khaizul lagi.

Matanya tajam menikam mata Aishlyn.

"Tuan siapa nak haramkan hukum Allah? Hah? Allah dah suruh tutup aurat, tutuplah. Diorang ni nak pakai tudung, biarlah diorang nak dapat pahala. Tuan kalau nak buat dosa, buat sorang-sorang, tak payah nak ajak orang," bidas Aishlyn.

"Kau sini," Khaizul mengheret lengan baju gadis itu masuk ke dalam ruangannya. Dia tidak mahu Aishlyn terus memalukan dirinya di hadapan pekerjanya sendiri!

"Apa benda?! Hah? Biarlah dia nak pakai tudung," marah Aishlyn sambil mencekak pinggangnya.

"Peraturan dekat sini, tak boleh pakai tudung. Bapak aku yang tetapkan," balas Khaizul dengan nada yang tidak tinggi, tidak rendah.

Nadanya seperti mengajak Aishlyn untuk berkompromi.

"Have you ever thought why company ni tak berapa maju? Kalau peraturan Allah pun tak boleh ikut, macam mana nak maju, Khaizul oi?" soal Aishlyn turut menggunakan nada biasa.

Khaizul mengeluh sebelum duduk di tempatnya.

"Nanti bapak aku marah aku lagi... Takut la Aishlyn. Nanti dia pukul aku macam mana- kalau dia jual aku lagi macam mana?" soal Khaizul bertubi-tubi.

Aishlyn mengeluh.

"That's your childhood trauma. Takpee, ikut je perintah Allah. Nanti kalau orang tua tu marah kau, aku backup. Jangan biar trauma kau tu kuasai diri kau," pujuk Aishlyn.

"Ni company kau sekarang. Do it your ways," tambah Aishlyn lagi.

"Yelah-yelah. Diorang boleh pakai tudung," balas Khaizul. Aishlyn mengukirkan senyuman yang lebar.

"Keputusan yang bijak, my friend. Now, go and say sorry to them," arah Aishlyn. Terus berubah reaksi Khaizul.

"Taknak lah! Calar la maruah aku nanti, tokse," tolak Khaizul dengan wajah yang menjengkelkan.

"Muhammad Khaizul Iman bin Dato Zaini!"

"ISH YELAHH!!!"

Aishlyn dan Khaizul keluar daripada bilik itu. Aishlyn berjalan di depan, Khaizul berada di belakangnya. Sorang muka penuh senyum, seorang lagi muka masam mencuka.

"Saya... " Khaizul memandang gadis itu sambil menggelengkan kepala. Aishlyn menjegilkan matanya kepada lelaki itu.

"Saya nak minta maaf dekat Amanda, Naddy dan Sarah. I'm so sorry if I was rude to you guys earlier, hope you can forgive me. And, peraturan diharamkan pakai tudung itu telah dibuang dan tak akan kembali," ujar Khaizul sekali nafas.

Terkejut para pekerja disitu. Masing-masing diam membeku. Ada yang ternganga, ada yang merakam hal tersebut.

Momen bersejarah ni!

"ISH TAK PAYAH LA TERKEJUT SANGAT! DAHLA BENCIK KORANG SEMUA!" jerit Khaizul geram sebelum masuk ke dalam biliknya kembali. Kaki di hentak-hentak persis anak kecil.

Hilang sahaja jejak Khaizul, terus para pekerja disitu menjerit keriangan! Yang wanita terus mengeluarkan tudung dari laci mereka dan berlari ke tandas untuk menyarungkan pakaian suci itu.

"Oh my, macam mana kau boleh buat si setan tu jadi baik macam tu?! 5 tahun aku dekat sini, not even ONCE dia minta maaf tau!" soal Hafiz dengan reaksi yang jelas terkejut.

"Let's say, I have my ways," balas Aishlyn dengan sengihan.

"MashaAllah I have a good feeling that this company akan maju semaju majunya dengan hadirnya kau dekat sini!" celah Adam pula.

"Takdelah. Ni semua kehendak Allah, kalau Allah tak bagi, ada aku pun company ni tak akan maju," balas Aishlyn merendah diri.

"Aishlyn thankyouuu!!" jerit para gadis keriangan sambil memeluk Aishlyn erat. Aishlyn membalas pelukan mereka sambil ketawa.

"Don't thank me. Thank Allah, Praise to Allah, Alhamdulillah Tuhan gerakkan hati Tuan untuk buang rules tu," balas Aishlyn lagi.

"Alhamdulillah," mereka semua menadah tangan sambil mengucapkan rasa syukur kepada Allah yang Maha Esa.

Tanpa mereka sedari, Khaizul sedang memerhatikan mereka semua di sebalik langsir biliknya. Dia mengukirkan senyuman melihat kebahagiaan para pekerjanya.

Senyuman Aishlyn lah yang paling lebar di situ. Gadis itu, ya gadis itu menjadi asbab untuk dia ubah peraturan mengarut itu!

"It's good to have you here, Aishlyn, my partner in crime, my ride or die," ujar lelaki itu sendiri sebelum dia kembali ke kerusinya untuk sambung melakukan kerja yang tergendala.



Sebenaqnya yang salah tu bapak si Khaizul tu. Haa orang tua tu rumah kata pergi, kubur kata mari.

🌸-natarysss-🌸

3|| Lynzul's First LoveWhere stories live. Discover now