EC:LL6

1.6K 62 0
                                    

"TURNS out, that Lily girl is his girlfriend. So obviously dia akan lebihkan girlfriend dia kan?" balas Aishlyn dengan nada 'duhh'.

"Sumpah la? That model girl is his girlfriend?" soal Arya yang masih ternganga. Aishlyn menjatuhkan kepalanya.

"Ye... Lily tu girlfriend dia. Kenapa? Kau kenal dia ke wey?" soal Aishlyn hairan.

"Uishh gila tak kenal. Naik turun mahkamah tu, isu mengugut model lain. Tapi cerita lama, 2 tahun lepas. Sekarang macam tak buat perangai dah, fans dia pun makin bertambah. Kecoh gak ah satu Malaysia," cerita Arya sambil mengunyah keropok.

Dia kan peguam, semestinya dia tahu kes-kes sebelum ini.

"Haa kau kenapa sepak perempuan tu? Kang dia tantrum nanti haa, dia heret kau naik mahkamah pulak," ujar Felisha.

"Alkisahnya, aku terlanggar dia. Kopi tumpah, dia melenting. Facts, aku dah minta maaf, dia tak terima. Kemudian dia suruh orang suruhan dia tu bawak keluar kamera and record, dia nak sepak aku. Tapi aku sepak dia dulu haa gitulah ceritanya, then Khaizul datang," terang Aishlyn sambil menghirup teh yang terhidang di atas meja.

"Kau dah viral ni, apa rancangan kau lepas ni?" soal Felisha lagi. Rakannya itu seperti tiada tujuan hidup!

"Good question. Probably, rampas Khaizul daripada perempuan tu. She's getting on my nerves, rampas sikit nggak papa kan?" ujar Aishlyn sinis.

"Okey and? After they broke up, what are you gonna do? I thought you benci Khaizul?" soal Arya pula.

"Aku tinggalkan dia. Macam dia tinggalkan aku. After all, aku punya tujuan hanyalah untuk balas dendam, tiada bibit-bibit cinta yang terlibat," balas Aishlyn lagi.

"You think you can do that?"

"You think I can't do that?" soal Aishlyn jengkel apabila Felisha bertindak menanyakan soalan itu kepadanya.

Felisha menggelengkan kepalanya laju.

"No, it's not like that! Aku tanya je, Khaizul tu cinta pertama kau kan... Mustahil lah kau tak suka dia balik nanti, I know you too well. Kau dengan budak Ayana tu sama je, dua-dua cepat fall in love," ujar Felisha berhati-hati.

Sudahlah sahabatnya ini boleh tahan baran, mempunyai tali pinggang hitam pula tu dalam seni mempertahankan diri... Jika tersalah kata, pasti akan ada tulang yang patah!

"Jadi, korang perlu doakan aku supaya aku tak jatuh cinta lagi dengan dia. Faham?" soal Aishlyn dingin. Arya dan Felisha mengangguk dengan sengihan.

"Kau tak cari kerja ke?" soal Felisha lagi.

"Aku dah hantar resume as a secretary dekat satu company ni. We'll see if they accept me or not... Kalau tak accept, baru aku fikir untuk cari kerja lain," balas Aishlyn tenang.

"Faham. Dahlah, aku nak rehat... Aishlyn, nanti masak dinner ya ehek! Bye guys goodnight!" Arya dengan pantas berlari ke tingkat atas dan menuju ke arah biliknya.

Begitu juga dengan Felisha. Kedua gadis itu meninggalkan Aishlyn sendiri di bawah.

"Aku letak clorox dalam makanan korang, korang tunggu aa," kata Aishlyn sendiri. Dia menghidupkan televisyen dan mencari siaran kegemarannya.

Upin dan Ipin!

××××

"KAU dah jumpa ke assistant baru?" soal Naufal sambil merias kuku Khaizul. Bukan lembut, hobi sahaja.

"Tak lagi. Orang bawahan aku kata semua tak sesuai," rungut Khaizul sambil meletak timun di bahagian matanya. Orang laki pun nak buat facial tau haa jangan main!

"Hehe kau taknak ambil si Lily tu jadi PA kau?" usik Hariz pula.

"Takmau aku! Satgi orang dok buat kerja, dia pi tonggek pula. Dia tu kan bedah tonggek, eee tokse aaa tak selera," balas Khaizul yang membuatkan mereka semua ketawa.

"Hang jugak yang pi couple ngan bedah tonggek tu, hang mau kat dia sangat kan," perli Firdaus pula.

"Wey aku couple sebab muka dia segak. Taktau pulak kata perangai dia lagutu, gedik sungguh la habaq mai kat hang. Aishlyn elok lagi-" terus Khaizul menutup mulutnya apabila sedar dia terlepas cakap.

"HAAAA HAAA TODIAAA!!" usik ketiga-tiga jejaka itu.

"Cinta lama berputik kembali ke, abe Khaizul?" usik Naufal lagi.

BUK !

"SAKIT LAH!" Naufal memegang kepalanya yang terasa pedih akibat diketuk kuat oleh Khaizul.

"Kau merepek lagi, patah tulang tengkuk kau aku kerjakan," ugut Khaizul garang. Naufal mengangguk sambil menyeka air matanya yang tiba-tiba turun.

"Cengeng siaa dia ni HAHAHAHA! Baru kena ketuk sikit, teriak lain macam," ejek Hariz sambil menepuk-nepuk bahu Naufal.

"Sambung. Hey bapak kau tu nak tengok company kau maju tau, company kau sekarang dalam tahap average. Sebab tak ada assistant, kau tu pun pemalas nak mampus," tegur Firdaus pula.

Khaizul mengeluh.

"Haihh... Susah ni, takpalah... Aku yakin, esok akan ada yang lapor diri," ujar Khaizul.

Firdaus menepuk bahu Khaizul perlahan tanda memberikan semangat kepada lelaki itu. Khaizul hanya tersenyum lemah.

Hariz pula menghidupkan televisyen dan membuka cerita kegemarannya, The Conjuring.


🌸-natarysss-🌸

3|| Lynzul's First LoveWhere stories live. Discover now