EC:NN23

1.3K 53 3
                                    

            "ALAAA kenapa kakak takmau main dengan abang?" rungut seorang lagi kanak-kanak lelaki.

Aishlyn buntu. Dia tak tahu nak jawab apa! Dia pun tidak tahu mengapa dia tidak ingin bermain sekiranya Zaquan berada di situ. Gadis itu melihat Zaquan yang sedang melihat dirinya.

"Kenapa kakak taknak main dengan abang? Kakak takut dengan abang? Ke kakak malu dengan abang?" soal Zaquan sinis.

Dia mencangkung di sebelah kanak-kanak itu sambil matanya tepat merenung ke arah mata Aishlyn.

"Ayla rasa kakak suka abang. Mak cakap, orang selalunya taknak main dengan seseorang tu sebab dia suka orang tu," celah kanak-kanak perempuan yang berumur 9 tahun itu.

"Ya ka? Kakak suka abang la ni? Betul ke kakak?" soal Zaquan kepada Aishlyn. Aishlyn sudah memaki hamun jejaka itu di dalam hati.

"Suka aku ke, Aishlyn?" soal Zaquan sinis.

"Tak."

"Then, prove it." Aishlyn melihat si majikan kecil besar, kecil besar sahaja. Geramnya tengok wajah mengejek si lelaki!

"Okey fine. Kakak main, puas hati?" putus Aishlyn. Bersorak riang kanak-kanak yang berusia di dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun itu.

"Jom! Kita buat lelaki lawan perempuan," jerit kanak-kanak itu riang. Penduduk kampung yang membantu menyiapkan majlis persandingan Ayana dan Firdaus turut menghentikan aktiviti mereka.

Semuanya gara-gara ingin menonton perlawanan yang menggamit memori zaman kanak-kanak masing-masing.

"Saya rasa Aishlyn menang la, bang," ujar Puan Ella yang turut keluar untuk menyaksikan perlawanan itu.

"Keep on dreaming. Saya pula yakin Zaquan akan menang, dia tu mempunyai pesona yang menawan tau. Kalau dia flirt sikit tu, heh kalah aih Aishlyn," balas Dato Badrul sinis.

"Abang nak gaduh dengan saya ka?" ujar Puan Ella geram.

"Siapa takut? Zaquan!! Uncle join hang," jerit Dato Badrul seraya masuk ke dalam gelanggang.

"Aishlyn! Let's go," jerit Puan Ella juga turut masuk ke dalam gelanggang dan berdiri di sebelah Aishlyn.

Makin riuh suasana dengan jeritan makcik dan pakcik yang sudah mengambil tempat duduk masing-masing di sekeliling kawasan itu. Semuanya bersorak untuk kaum sendiri!

"BADRUL BERAS KITA BELI BADRUL!"

"ELLA, NEVER BACK DOWN NEVER WHAT?!"

"Jadi, kita akan memulakan perlawanan kita. Saya nak dengar jeritan yang menyokong pihak lelaki!" jerit pengacara terjun itu. Nazrul nama diberi.

Riuh kawasan rumah itu dengan jeritan daripada pihak lelaki. Pakcik-pakcik tua, imam-imam surau, remaja, kanak-kanak semuanya pakat menjerit tanda memberikan sokongan kepada pihak lelaki.

"Mana dia suara kaum Hawa!!!" jerit Nazrul lagi merancakkan suasana. Kini giliran para wanita yang mengeluarkan suara mereka.

"Meriah! Cukup meriah suasana hari ini! Kita mulakan perlawanan dengan lafaz Bismillah," ujar Nazrul sebelum berlari keluar daripada medan perang itu.

3|| Lynquan's First LoveWhere stories live. Discover now