EC:LL9

1.4K 61 0
                                    

"OH ya, lupa pulak. Panggil aku Tuan Khaizul. Ingat Aishlyn, aku sentiasa memerhatikan kau. Okey dah shuh! Suruh Hafiz cerita pasal kerja kau," halau Khaizul seraya membuka file yang bertimbun di hadapannya itu.

Aishlyn terus bangun dan keluar daripada bilik itu. Tak betah berlama-lama dengan Khaizul di dalam kamar tersebut.

Keluar sahaja dia, Aishlyn mencari kelibat Hafiz yang sedang mengunyah ayam di bawah meja.

"Oi, kau makan pulak bawah meja ni! Cepatlah bagitahu skop kerja aku, Tuan Khaizul tu suruh kau bagitahu," desak Aishlyn sambil duduk bersila di hadapan Hafiz.

"Tuan Khaizul mana pulak ni, Sheila?" soal Hafiz hairan.

"CEO kita la, nama dia Khaizul Iman kan?" soal Aishlyn kembali. Hafiz mengetuk dagunya menggunakan jari telunjuk.

"Pelik ni, apahal kau panggil dia Tuan Khaizul? Semua orang dekat sini panggil dia Mr Iman. Something's fishy," Hafiz mengecilkan matanya.

Aishlyn pula gugup dengan tiba-tiba.

"Aku kan personal assistant dia, haa sebab tu la kot-"

"Tapi Kak Badariah dulu pun PA dia, takde pulak dia suruh panggil Tuan Khaizul-" ujar Hafiz lagi. Aishlyn sudah mati akal!

Takkan nak cakap 'sebab aku ex merangkap bestfriend dia la kot'. Itu meminta namanya!

"Hafizzz! Buat kerja kau sebelum aku rampas bekas ayam tu," sampuk Khaizul dingin. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket.

Matanya tajam merenung Aishlyn dan Hafiz. Hafiz pula tersengih sebelum mengundurkan diri... Mata Khaizul bertentangan dengan mata Aishlyn sebelum lelaki itu mengenyitkan matanya kepada gadis itu.

"Apa benda sia," gumam Aishlyn dengan reaksi jijiknya. Khaizul yang melihat hal itu ketawa kecil sebelum berlalu pergi.

Aishlyn duduk di tempatnya dan mengemas apa yang patut. Khaizul memberinya cuti hari ini untuk mengemas tempat yang bakal di dudukinya nanti.

Esok dia akan mula bekerja. Sedang dia ralit mengemas, ada beberapa orang gadis mendekati mejanya.

"Hye? How can I help you guys?" soal Aishlyn apabila ketiga gadis itu hanya berdiri tegak dan memandang dirinya.

Mereka bertiga melihat sekeliling sebelum mengerumuni Aishlyn.

"Kenapa you pakai tudung? Mr Iman tak marah ke?" soal seorang gadis yang berambut perang.

"Dia tak cakap apa pun? Why?" soal Aishlyn pelik.

"Kitorang sebenarnya nak bertudung juga... Tapi dia tak bagi. Dia kata kalau nak kerja sini, kena buang tudung. Kitorang desperate waktu tu, so kitorang ikut arahan dia," keluh seorang lagi gadis yang rambutnya berwarna hitam.

Aishlyn ternganga. Khaizul ni melampau betul lah!

"Takpe... Besok you guys pakai je tudung. Nanti I backup. Jangan takut nak pakai tudung, ni perintah Allah," nasihat Aishlyn yang membuatkan ketiga gadis itu tersenyum.

"Thankyou, Aishlyn. By the way, I Sarah... Dia ni Amanda and yang rambut perang tu Naddy," mereka memperkenalkan diri.

"Hehe nice to meet you guys. Lunch sekali jom nanti?" ajak Aishlyn. Ketiga-tiga gadis itu mengangguk setuju sebelum kembali ke tempat mereka apabila mendengar derapan tapak kaki Khaizul yang kian menghampiri.

"Ha Aishlyn? Dah habis kemas?" soal Khaizul dingin.

"Dah... Tuan," balas Aishlyn. Berat betul mulut ingin mengeluarkan perkataan Tuan itu.

Khaizul tersenyum sinis apabila perkataan Tuan itu keluar daripada mulut Aishlyn. Dia kembali ke dalam biliknya, hal itu membuatkan Aishlyn menghembus nafas lega.

××××

             AISHLYN kembali daripada makan tengah hari bersama dengan Sarah, Amanda dan Naddy. Mereka bergelak ketawa sehinggalah masing-masing membeku apabila Khaizul sedang duduk di tempat Aishlyn.

Muka lelaki itu bengis.

"Tuan?" panggil Aishlyn berhati-hati. Khaizul membaling sebuah bingkai kaca kepada gadis itu.

"ARHHH!!" terjerit orang-orang di sekeliling mereka apabila bingkai kaca itu melayang tepat ke arah Aishlyn.

Nasib baik, Aishlyn cekap menangkap bingkai itu menggunakan sebelah tangan. Hasilnya, kaca itu tercucuk ke dalam tapak tangannya.

"Weh-" Khaizul turut terkejut. Dia ingat bingkai itu bingkai plastik!

Tetapi demi tidak menampakkan bahawa dia risau dengan keadaan Aishlyn, Khaizul mengawal reaksi mukanya.

"Masuk bilik aku!" arah Khaizul dingin sebelum bangun dan melangkah pergi.

Aishlyn meringis kesakitan sebelum mencabut kaca itu.

"T-Takpa, Aishlyn pi masuk dulu nah... Hat ni biaq Pak Mat bersihkan," ujar lelaki tua itu sambil menunjukkan ke arah serpihan kaca di lantai.

Aishlyn mengukirkan senyumannya sebelum masuk ke dalam bilik yang menempatkan bapak setan. Tangannya masih mengalirkan darah.

"Apa benda kau ni?!" jerkah Khaizul sambil menepuk mejanya. Terhincut jugalah bahu Aishlyn mendengar jerkahan itu.

"Apa bendaa?! Orang tak buat salah apa lagi! Mula kerja pun belum!!" marah gadis itu kembali.

"Haa menjawab! Aku pantang betul la orang menjawab dekat aku ni!" bentak lelaki itu menghampiri Aishlyn.

"Pantang dok rumah aaa wey! Mai kerja buat apa, buat sakit hati orang ja!" bidas Aishlyn pula. Fuh ini anak, manyak berani.

"Kau kata apa?! Berani betul la kau ni?!" jerkah Khaizul lagi. Kini dia betul-betul berada di hadapan Aishlyn.

"Apaaa?!" soal Aishlyn sambil menjegilkan matanya.

"Kenapa kau keluar lunch dengan diorang?! Kau tu patutnya keluar lunch dengan aku! Benci la kau ni!" rungut Khaizul sambil menyilangkan tangannya.

Pipi dikembungkan persis anak kecil. Aishlyn menahan kata makian yang bakal keluar daripada mulutnya.



dah ada tanda-tanda nak abuse ii tu. Jangan bimbang, heroin kita juga merupakan seorang abuser yang abusive💗

🌸-natarysss-🌸

3|| Lynzul's First LoveWhere stories live. Discover now