EC:NN28

1K 41 1
                                    

                  AISHLYN terjaga daripada pengsannya. Dia memerhati sekeliling. Matanya tertancap ke arah Lucas. Terus matanya membulat!

"Astaghfirullahalazim!" terjerit Aishlyn dibuatnya. Terus dia melompat turun daripada katil itu. Ditilik badannya sendiri.

"Baju ni koyak..." Bahagian atas gaun itu koyak meninggalkan kain kembang di bahagian bawah sahaja. Nasiblah Aishlyn memakai inner di dalamnya.

Namun inner itu juga turut terkoyak mendedahkan kedua-dua belah bahunya. Aishlyn terus mengambil tuala yang terletak elok di atas almari sebelum dia melilitkan tubuhnya yang terdedah dengan tuala itu.

Kepala juga ditutup dengan shawl yang berada di atas lantai tersebut.

"Dah bangun? Best?" ejek Lucas sambil bersandar di kepala katil.

"We didn't do it, did we?!" jerit Aishlyn dengan kelopak mata yang sudah bertakung. Tunggu masa sahaja cecair jernih itu akan jatuh!

"Look at you, now look at me, how you like that! Lahh tiba-tiba masuk lagu Blackpink pulak, sorry sorry. What I'm trying to say is, you nilai sendiri la based on our pemakaian," balas Lucas sinis.

"You bastard! Musibat! Eh jantan, aku akan pastikan... Kau tak akan hidup bahagia! One day, I'll get you back! That's my freaking promise, you asshole!" jerit Aishlyn kuat sebelum berlari keluar daripada rumah itu.

Aishlyn berlari tanpa arah tuju. Air mata mengalir lebat di pipi gadis itu. Terasa diri ini sungguh hina! Jijik! Keji!

"ARGHHHH!!!" jerit Aishlyn kuat sambil meraup mukanya. Langkahnya longlai, dia bersandar di tembok batu disampingnya.

Maruahnya di pijak-pijak begitu sahaja. Perasaan ingin membunuh diri menguasai jiwa Aishlyn! Dia nekad! Dia sudah tiada siapa-siapa dan apa-apa di dunia ini!

Baginya, elok sekiranya dia mati sahaja. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu menghadap cacian dan hinaan masyarakat!

Gadis itu mencapai serpihan kayu tajam di sampingnya. Dia sudah nekad untuk menusuk kayu itu ke jantungnya sendiri! Aishlyn menutup mata.

'Allah gives the toughest battles only to his strongest soldiers.'

'Allah does not burden a soul beyond that it can bear.'

Aishlyn kembali membuka matanya. Dia melemparkan serpihan kayu itu menjauh sebelum dia beristighfar berulang kali.

Pipi ditepuk-tepuk sebelum dia merenung ke hadapan dengan pandangan yang tidak menggambarkan sebarang perasaan. Matanya kosong, ya kosong. Dia sudah membuat keputusan, dia akan hadap segala ujian yang menimpa.

Sesungguhnya dia percaya Allah bersamanya!

Sedar tidak sedar, kaki sudah berada di hadapan rumah agam Dato Badrul yang pintu pagarnya terbuka luas. Perlahan-lahan Aishlyn masuk ke dalam kawasan rumah tersebut, telinganya menangkap bunyi orang sedang bergaduh di dalam rumah itu.

Aishlyn berdiri di muka pintu dalam keadaan yang teruk. Baju terkoyak dan kotor, rambutnya berjuntai memandangkan anak tudungnya hilang. Dia juga berkaki ayam, cecair merah di kepalanya juga sudah kering.

3|| Lynquan's First LoveWhere stories live. Discover now