SPECIAL CHAPTER : ZIFAD X ERIN III

1K 35 2
                                    

Riya mendengar sahaja keluhan yang keluar daripada bibir Erin sejak tadi. Masuk kali ini, sudah kali kelima Erin mengeluh. Riya pula yang naik rimas! Nasib baiklah anak dia tengah tidur, kalau tak dengan Izzyad sekali mengeluh agaknya.

"Kau kenapa ni Erin? Dari tadi aku dengar huh hah huh hah kau mengeluh. Kau ada benda nak share dengan aku ke?" Akhirnya Riya membuat keputusan untuk menegur.

Erin mengeluh lagi.

Buat kali keenam.

"Tengok tu!" Riya menayang wajah tidak puas hatinya. Erin memandang wajah Riya dengan riak keliru.

"Apa aku patut buat Riya?" Perlahan saja suara Erin menyoal.

"Ada something yang ganggu fikiran kau ni. Cuba cakap dengan aku." Riya memusingkan badannya menghadap Erin.

"Fad–" Belum sempat Erin menyambung, Riya pula pantas memintas.

"Ha kenapa dengan Fad? Dia cari gaduh dengan kau lagi ke? Ke dia ada pukul kau? Dia sakitkan kau ke? Kau cakap dengan aku sekarang Erin, aku jumpa dia nanti, biar aku cekik-cekik sampai sesak nafas!" Bersungguh-sungguh Riya berkata. Melihatkan wajah Riya, Erin ketawa besar. Pelik pula Riya melihat kawannya ini.

"Apasal kau gelak?" Soal Riya.

"Aku baru sebut nama dia je, kau dah siap dengan overthinking kau tu."

"Mana aku tau. Korang ni kan macam anjing dengan kucing. Pantang jumpa. Mana tau korang ada buka gelanggang MMA ke waktu aku tak ada." Ujar Riya.

"Bukan lah... Dia mana ada macam tu..." Erin membela Zifad.

"Dah tu?"

"Fad... erm..." Ragu-ragu pula Erin ingin menyambung.

"Erm... Fad..." Hilang sabar Riya dibuatnya.

"Fad apa?!" Riya menerjah.

"Fad ajak aku kahwin!" Satu nafas Erin mengucapkannya. Terkejut punya pasal, terus terkeluar ayatnya itu.

"Lah, Fad ajak kahwin je– wait apa?! Kahwin?!" Riya menjerit tanpa sengaja. Erin menepuk peha Riya.

"Jangan jerit lah. Izz terjaga nanti baru kau tau." Sudahlah Izzyad nya tu ada di hadapan mereka je sekarang, boleh pula dia menjerit.

"Siyeslah Fad ajak kau kahwin?" Riya memperlahankan suaranya. Erin mengangguk perlahan.

"Macam mana pulak dia boleh propose kau ni? Korang ni kan selalu gaduh?" Erin menjongket bahunya.

"Kau ingat tak time aku kata aku nak jumpa Noah for the last time?" Riya mengangguk.

"Lepas aku jumpa dia, tiba-tiba aku call Fad. Aku tak tau kenapa aku cari dia lepas tu. Kitaorang jumpa, aku cerita dekat dia semuanya. Then, aku berguraulah cakap, kalau susah sangat, aku kahwin dengan dia je lah. Aku tak expect dia ajak aku kahwin betul-betul..." Mukanya diraup perlahan.

"Jadi, kau dah bagi dia jawapan?"

"Belum." Kepalanya digelengkan.

"Apa jadi lepas tu?" Soal Riya ingin tahu.

"Lepas tu..."

"GILA PUNYA ZIFAD!"

Zifad lebih tangkas menarik tali beg Erin, menyebabkan langkahnya terhenti. Zifad berdiri dihadapan Erin dengan wajah yang serius.

"Kenapa? Kita tak boleh kahwin ke?" Soal Zifad.

"Kau gila ke apa? Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba ajak aku kahwin. Kalau jadi kat kau, aku ajak kau kahwin tiba-tiba, apa kau buat?" Erin membalas.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 05, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now