BAB 42

1K 27 0
                                    

Pangg!!

Terteleng wajah Ziyad ke kanan apabila pipinya ditampar kuat secara tiba-tiba. Tetapi sedikit pun Ziyad tidak membalas atau bersuara. Ziyad kekal diam, bisu tanpa suara. Sedar yang dirinya layak mendapat tamparan tersebut. Salahnya. Semua salahnya.

"Eh, eh. Kau siapa nak tampar-tampar abang aku ni?" Zifad mencelah antara mereka. Terkejut dia dibuatnya apabila melihat Ziyad ditampar oleh wanita yang tidak dikenalinya itu.

"Kau diam! Aku ada urusan dengan abang kau, bukan kau! Jangan sampai kau sekali aku tampar!" Tengkingnya. Terus terdiam Zifad. Kecut perut dibuatnya melihat wanita itu seakan-akan mahu mencekik dirinya.

"Saya percayakan encik untuk jaga Riya, tapi apa yang encik dah buat?!" Bentak Erin. Apabila Erin mendapat berita tentang Riya sudah selamat bersalin, gembiranya bukan kepalang. Namun, berita tentang kepergian Riya menghilangkan rasa gembira Erin. Apatah lagi apabila mengetahui sebab Riya pergi, lagi berganda-ganda kemarahannya pada Ziyad.

"Kalau saya tau yang encik akan sakitkan Riya sampai dia pergi macam ni, saya takkan sesekali sokong encik untuk dapatkan Riya balik! Sekarang saya dah hilang kawan saya! Semuanya sebab encik!" Erin mula menengking.

"I mintak maaf..."

"Encik ingat bila encik mintak maaf macam ni, Riya akan datang balik? Encik mintak maaf berjuta kali sekalipun, Riya tetap dah pergi! Pergi matilah dengan maaf encik tu!" Tidak dihiraukan Zifad yang melihat. Belum sempat Erin menyambung lagi, Ziyad memintas.

"Kau ingat kau je ke yang rasa kehilangan? Kau ingat abang aku ni tak rasa kehilangan? Dia hilang isteri dia, dia hilang anak dia, jadi kau ingat abang aku tak sedih? Tak menderita?" Ziyad kekal membisu sambil menundukkan kepalanya.

"Memang salah abang Yad, tapi abang Yad tak ada niat pun kan? Abang Yad dah minyak maaf, dia dah menyesal, apa lagi yang kau nak? Kau nak dia sujud dekat kaki kau sebab kau hilang Riya, macam tu?" Zifad berusaha mempertahankan Ziyad. Siapa tidak sakit hati bila abang sendiri diperlakukan begitu.

Walaupun mereka bukan adik-beradik kandung, Ziyad tetap abangnya!

"Kau tak tau apa aku rasa sekarang ni, kau cakap memang senang. Kau tak cuba letak tempat kau dekat orang lain. Riya baru je nak bahagia dengan abang kau ni. Aku boleh nampak betapa gembiranya Riya setiap kali dia bercerita tentang abang kau ni. Tapi disebabkan abang kau ni hilang ingatan, aku dah tak nampak kegembiraan dekat wajah Riya lagi. Sebab apa? Sebab tengok abang kau ni sibuk sangat dengan bekas kekasih hati dia tu!" Erin mengalihkan pandangannya kembali kepada Ziyad.

"Encik dah sakitkan Riya dua kali tau? Dia bagi peluang dekat encik. Encik rasa Riya nak lagi ke bagi peluang dekat encik untuk kali ketiganya?" Soalan Erin dibiarkan sepi tanpa jawapan. Ziyad sendiri pun tiada jawapan.

"I tau semuanya salah I, I mungkin tak akan dapat peluang tu... Riya mungkin akan benci I... sepertimana you bencikan I... tapi you jangan risau... I akan kembalikan Riya..."

"I akan cari Riya dengan anak I dimana saja mereka berada..."

***
"Riya ada contact Iffa tak?" Soalan tersebut disambut dengan kebisuan Iffa. Afif mengeluh perlahan. Mukanya diraup berkali-kali. Pasti jawapannya negatif!,

Dua minggu. Sudah dua minggu Riya pergi meninggalkan mereka tanpa apa-apa berita. Apa yang terjadi pada dirinya juga tiada siapa yang tahu. Macam-macam cara sudah dilakukan, tetapi tetap juga tidak dapat menjejaki keberadaan Riya.

"Yad ni kan, memang nak kena sepak tau dengan saya. Dah ada bini elok depan mata, sibuk dengan ex dia tu." Luah Afif dengan geram. Tangannya dikepal kuat. Iffa yang tadinya hanya diam menelek telefonnya tergelak mendengar kata-kata Afif. Terus sahaja Afif memandang Iffa dengan dahi yang berkerut.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now