BAB 1

3.4K 59 0
                                    

Bingung. Itu yang aku rasakan saat ni. Bertunang? Kahwin? Aku? Nur Dariya bertunang pada  umur 18 tahun? Lawak apa ni Jamil! Tak ada angin, tak ada ribut, kenapa pula aku perlu bertunang ni? Dengan orang yang aku tak kenal pula tu! Jangan kan kenal, nama pun aku tidak tahu siapa, apatah lagi  bagaimana rupa manusia tersebeut. Apa mama dengan papa aku ni tak sayang satu-satunya anak mereka ke?

"Apa ni pa, ma. Kenapa Riya nak kena bertunang pula ni? Riya baru je habis sekolah, baru je result SPM keluar minggu lepas. Tiba-tiba Riya dah kena bertunang dengan entah siapa. Lepas tu apa? Kahwin pula?" Bentakku. Bibir sudah memuncung sedepa tanda tidak puas hati dengan keputusan kedua orang tuaku ini.

"Iyalah kahwin. Takkan Riya nak bertunang sampai hujung nyawa? Baik tak payah macam tu!" Mama sindir aku. Haih, nasib baiklah syurga. Aku membalas balik nanti, tak cium bau syurgalah aku kerana biadap dengan mama aku sendiri.

"Memanglah lepas bertunang tu kena kahwin. Riya pun tahu benda tu. Ayam kampung tok ma kat kampung tu pun tahu. Yang Riya tak faham sekarang ni, kenapa Riya kena kahwin? Riya muda lagi. Tak sempat nak enjoy lagi zaman muda Riya ni." Rungutku lagi. Tak faham aku! Muka aku nampak desperate sangat ke nak kahwin? Sedangkan aku cakap tentang kahwin pun tak pernah! Jangan kan cakap tentang kahwin, bercinta pun aku tak pernah. Ni zaman moden okey? Mana main family arrangement macam ni!

"Keputusan papa muktamad. Papa tetap nak Riya bertunang dengan orang yang papa dah tentukan untuk Riya." Papa membalas dengan tegas sebelum papa meninggalkan aku dan mama di ruang tamu. Aku mengeluh sebelum memandang mama kembali.

"Ma..." Aku cuba memujuk mama.

"No, Riya. Mama ikut keputusan papa." Mama menggeleng. Tahulah aku yang aku tengah dianaktirikan oleh mama dan papa aku sendiri. Sedih betul hidup aku! Susahlah bila tiada geng backup untuk aku ni.

Sudahnya aku buat keputusan untuk berkurung dalam bilik baca novel. Lagi bagus kot daripada aku menangis fikir nasib aku sekarang ni. Buat apa nak bazir air mata aku dengan benda remeh maca, ni? Entah jadi ke tidak kan? Buat apa aku nak serabutkan kepala aku sendiri? Pandai kau Riya! Aku tersengih sendirian.

Aku leka membaca novel yang baru aku beli sambil meniarap. Baru tak baru tu dalam 2 minggu lepas jugak la. Baru ada masa nak baca. Aku terdengar bunyi ketukan di pintu sebelum wajah mama tersembul di muka pintu. Aku lantas duduk bersila di atas katil sebelum menutup novel itu dan meletakkannya di sebelahku.

"Riya..." panggil mama dengan lembut. Aku tak menyahut.Merajuk!

"Papa dan mama ada sebab kenapa kami nak Riya bertunang dengan pilihan papa." Aku mencebikkan bibir sebelum memusingkan badan untuk menghadap mama. "Cer mama cerita sikit apa sebab dia? Riya tak boleh fikir sebab apa dah ni." Aku tayang muka toya depan mama.

"Papa dan mama sayang sangat dekat Riya. Riya satu-satunya anak kami. Mestilah papa dengan mama nak yang terbaik untuk Riya." Lah, mama memang taknak bagitahu sebab ke? Aku pun tahu mama dan papa sayang aku. Tak perlu cakap pun, aku sudah tahu. Akukan anak tunggal mereka.

Ya, aku satu-satunya anak papa dan mama. Kasih sayang yang dihulurkan tak pernah tak cukup. Apa aku nak, semua aku boleh dapat. Tak pernah sekali pun aku kena paksa macam ni. Rasa pelik pun ada sebenarnya.

"Riya tau papa dan mama nak yang terbaik untuk hidup Riya. Tapi takkan dengan bertunang, lepastu berkahwin? Nak kejar siapa kalut-kalut nak bertunang ni?" Ah, aku tak kira. Aku nak tau sebab dia! Aku tak rela dipaksa kahwin macam ni.

"Riya, papa dengan mama ni dah tua. Bila-bila masa kami boleh pergi. Tapi sebelum kami pergi, papa dan mama nak ada seseorang yang boleh jaga Riya, yang ikhlas sayangkan Riya..." Sendu betul ayat mama ni. Dah mula dah taktik nak memancing mama. Saja nak buat aku serba salah nak menolak.

"Ma... janganlah cakap macam tu. Lagipun, mana papa dengan mama tau yang mamat tu boleh jaga Riya, sayangkan Riya seikhlas hati dia? Entah-entah dia pun tak kenal Riya." Tanyaku.

"Mama yakin yang dia akan jaga Riya dengan baik... keluarga dia pun baik sangat dengan papa dan mama. Mestilah dia baik jugak dengan Riya."

"Tapi kenapa sekarang ma? Paling tak pun tunggulah Riya habis study nanti. Nanti kalau dah kahwin, kan susah tu Riya nak sambung belajar. Nak kena jaga dia lagi, siapkan makan pakai dia lagi." Rungutku.

"Baguslah awal-awal. Lagipun tunang je dulu, belum decide lagi bila tarikh kahwinnya. Jangan fikir semua tu sekarang" Ya, jawapan mama memang sangat membantu.

"Riya tak tau pun siapa dia ma. Jumpa pun tak pernah. Rupa macam apa, nama dia siapa pun Riya tak tau. Ni bukan zaman dulu-dulu kahwin tak kenal ni." Aku cuba lagi korek daripada mama.

Nak suruh aku bertunang pun, paling tak bagitau la nama dia siapa, muka macam mana. Rasa macam tengah bercakap pasal orang yang tak wujud.

"Percayalah cakap mama. Riya mesti suka punya dengan calon papa ni. Silap-silap Riya yang angau dengan dia nanti." Usik mama.

"Takde maknanya ma." Aku angau dengan orang? Lambat lagi!

"Tunggu je lah nanti." sambung mama.

"Siapa nama dia ma?" Nak jugak tau siapa 'bakal tunang paksa' aku tu.

Mama tersenyum.

"Ziyad Hadeef."

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now