BAB 26

1K 32 0
                                    

"Happy birthday to you,"
"Happy birthday to you,"
"Happy birthday to Ziyad Hadeef,"
"Happy birthday to you!"

Nyanyian lagu hari jadi untuk Ziyad disambut dengan wajah terkejut Ziyad yang baru sahaja memasuki rumah. Disebabkan Ziyad outstation selama 2 hari, kebetulan Ziyad pulang sehari sebelum hari jadinya. Tepat jam 12:00 pagi Ziyad sampai. Awal-awal Ziyad sudah memaklumkan dia pulang sedikit lewat kerana jalan sesak.

Ada hikmahnya juga! Tepat-tepat hari jadi Ziyad aku dapat sambut. Kalau tak, buat penat je lah aku hias satu rumah ni cantik-cantik.

"Hari ni birthday abang ke?" Soalan Ziyad buatkan aku ketawa besar. Baru balik outstation, terus biul otak Ziyad.

"Iyalah! Birthday sapa lagi? Birthday Riya dah lama lepas." Jawabku sambil mengesat hujung mata yang terasa berair. Terhibur aku dengan Ziyad pagi-pagi buta ni. Aigoo.

"Hehe, abang pun lupa hari ni hari jadi abang. Terima kasih sayang. Abang happy sangat." Ziyad merapati aku dan menarikku ke dalam pelukannya. Aku membalas dengan erat.

"Sama-sama. First time kita sambut birthday sama-sama kan?" Soalku sambil mengangkat kepalaku sedikit untuk memandang Ziyad yang menunduk memandang aku.

"Sebab tu abang happy sangat-sangat. Sebelum ni abang harap sangat Riya datang dekat abang wish birthday abang, tapi mustahil kan?" Ziyad mengusap pipi aku.

"Tapi sekarang tak mustahil dah. Mulai tahun ni, kita celebrate sama-sama. Walaupun birthday Riya dah lepas, tapi takpe. Tahun depan ada." Ujarku sambil mencubit perlahan pipi Ziyad.

"Kalau sebelum ni dekat Australia Riya celebrate dengan siapa?" Kami melangkah ke arah sofa dan mula duduk.

"Kalau dekat Australia dulu, selalu arwah papa dengan arwah mama mesti datang nak celebrate birthday Riya. Tapi, selalu celebrate sekali dengan Izz-" Oh my! Asal mulut kau ni kan lancang sangat bercerita Riya! Dalam hati aku mengutuk diri sendiri. Rasa nak tampar-tampar je mulut ni.

"So-sorry... Riya ta-tak sengaja cakap pa-pasal arwah Izz..." Melihatkan muka Ziyad yang semakin sirna senyumannya, buatkan aku rasa nak high five dahi aku ni dengan dinding.

"Riya tak perlu pun mintak maaf. Arwah Izz kan sebahagian dalam hidup Riya, takkan senang-senang je Riya nak lupakan arwah kan? Semua sebab salah abang dulu." Ziyad cuba untuk tersenyum, tapi senyumannya tampak tawar. Ireokke hajima!

Aku merapatkan kedudukan aku dan Ziyad yang sedang saling menghadap. Aku mengenggam tangan Ziyad yang sedang dimain-mainkan sendiri.

"Listen here okay. Riya tak nafikan arwah Izz tu sebahagian dalam hidup Riya. Arwah banyak sangat ajar Riya benda yang Riya tak tau sebelum ni. Bagi Riya, Allah hantar arwah Izz dekat Riya untuk bantu Riya berubah. Jujur Riya cakap, mungkin mustahil untuk Riya lupakan arwah. Bukan sebab dia bekas tunang Riya, tapi sebab dia sudi jadi kawan Riya waktu Riya tak ada kawan dekat sana." Aku mengangkat kepala Ziyad yang sedang menunduk.

"He used to be my past. But you, Ziyad Hadeef, used to be my past too, and now you are my present and insyallah my future. You are with me, past, present and future. You're really special to me okay? Jangan pernah bandingkan diri sendiri dengan arwah. Okay?" Ziyad memandang tepat ke arah mataku.

"Do you love him?" Soalan Ziyad buatkan aku tersenyum nipis. Aku dapat mengagak soalan ini akan ditanya oleh Ziyad.

"Love? Emm... I do love him but... Riya sayangkan arwah Izz. Tak lebih dan tak kurang. He is a good guy for me. Mestilah Riya sayang dia..." Renungan mata Ziyad menjadi sayu. Aku tau Ziyad rasa tergugat dengan sayangku pada arwah Izz. Tapi, Ziyad tak tau satu perkara.

Aku memegang kedua-dua pipi Ziyad supaya memandang aku. Inilah masa yang aku tunggu sejak dulu.

"Tapi... Riya sayang abang jugak... oppp no... Riya cintakan abang..." Aku merenung Ziyad dengan pandang yang lembut. Ziyad memandang aku dengan mata berkaca.

"Did you... just called me ' abang ' ? An-and... did you say that you love me just now?Am I dreaming?" Giliran Ziyad pula memegang kedua-dua pipiku. Eee comel la gilak Ziyad ni. Aku menggeleng.

"Tak, abang tak mimpi. Riya memang panggil abang, ' abang ' anddd Riya memang cakap Riya love abang." Aku tersenyum lebar. Versi Riya yang tak tau malu 5 tahun lepas dah kembali!

Ziyad memelukku erat. Terkejut aku dengan tindakan spontan Ziyad. Nasib baik aku tak karate tadi.

"Thank you sayang. Abang ingat abang takkan dapat dengar Riya panggil abang, ' abang ' dan cakap Riya cintakan abang. Abang cintakan Riya sangat-sangat." Ziyad mengucup ubun-ubunku.

"Abang cinta pertama Riya dan insyaallah cinta terakhir Riya. Dari dulu, cinta Riya hanya untuk abang. Riya ingat Riya dapat lupakan abang dulu, tapi tak. Setiap masa Riya ingat abang. You are my first love, and I intend you to be the last." Kepala aku rehatkan di dada Ziyad. Mendengar tenangnya degup jantung Ziyad.

"Ha!" Kepala aku angkat daripada bersandar daripada dada Ziyad.

"Riya terlupa pulak.Takkanlah birthday takde kek kan? Kejap eh, Riya ambik kek dalam peti ais." Aku melepaskan pelukan dan melangkah ke arah peti ais untuk mengambil kek. Aku mengambil pemetik api dan kembali ke sofa.

"Tadaaa! Happy birthday abang. Sweet thirty. Dah tua dah." Saja aku mengusik Ziyad. Ziyad pantang betul kalau aku panggil dia tua.

"Eee, mana ada tua! Baru 30 tahun." Rungut Ziyad. Aku dah agak dah Ziyad mesti membantah. Tengok muka masam Ziyad pun dah tau.

"Tiup lilin ni abang." Lilin berbentuk nombor ' 30 ' ditiup oleh Ziyad. Aku menepuk tangan aku. Another year older my husband. Aku memotong kek coklat itu sedikit dan menyuakannnya ke mulut Ziyad.

"Bukak mulut." Ziyad membuka mulutnya dan mula mengunyah. Sampai terpejam mata Ziyad makan kek tu.

"Sedap kan?" Ziyad mengangguk.

"Biasalah, Riya yang buat. Jarang lah tak sedap." Ujar ku separa bongkak. Terus terhenti kunyahan Ziyad dan memandang aku.

"Riya buat kek ni?" Soal Ziyad tidak percaya.
Aku mengangguk sebelum ketawa perlahan.

"Mestilah Riya yang buat. Tak syok lah kalau beli." Aku pamerkan muka bangga kepada Ziyad. Ziyad mencuit hidungku.

"Pandainya isteri abang masak." Alah, saja je nak buat aku memblushing pagi-pagi buta ni. Eee, gedik lah kau ni Riya.

"Nah, sayang pulak makan." Ziyad menyuakan potongan kek kepada aku. Dengan senang hati aku membuka mulut dan mula mengunyah. Dan akhirnya kami berhenti makan. Sambung makan pagi nanti je lah.

"Tutup mata kejap." Pintaku.

"Tutup mata?" Aku mengangguk. Ziyad memejamkan matanya dengan rapat. Dengan segera aku menarik keluar hadiah yang awal-awal aku dah sorok bawah sofa. Sebab tu aku tarik Ziyad duduk dekat sofa ni. Bijak kan aku? The best birthday planner of the year.

"1, 2, 3, buka mata!" Ziyad membuka matanya perlahan-lahan.

"Tadaaa!" Aku menghulurkan bungkusan hadiah yang aku balut hampir 3 jam petang semalam kepada Ziyad.

"Apa ni sayang?" Ziyad membelek bungkusan yang disambutnya.

"Bukaklah." Dan sebaik sahaja Ziyad membuka bungkusan tersebut, aku tidak dapat meneka riak muka Ziyad. Suka? Kecewa? Melihatkan Ziyad yang diam, aku membuka bicara.

"Abang tak suka ke? Sorry kalau abang tak suka, Riya tengok jam tu cantik. Sebab tu Riya beli. Jam tu biasa-" Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Ziyad menarik tanganku sehingga aku terdorong ke arahnya.

"Siapa cakap abang tak suka? Abang suka sangat. Nak nak ni hadiah pertama abang dapat daripada Riya. Giler tak suka? Abang cuma... terharu? Sebab latar belakang dalam  jam ni, ada nama Riya. Lepas ni nama Riya akan sentiasa abang nampak setiap kali tengok jam." Ziyad mengusap pipi aku. Eee cair kita dibuatnya!

"Kalau dekat jam abang ada nama Riya... dekat jam Riya ada nama abang..." Aku menunjukkan jam yang aku pakai kepada Ziyad. Jam Ziyad tertulis ' Riya ' dan jam aku tertulis ' Ziyad '.  Sweet kan?

"Terima kasih sayang. Untuk kek ni, untuk jam ni, dan untuk semuanya. This is the best birthday of my life."

"Mestilah kena jadi yang the best. Dah tua kan? Dah masuk 3 siri kena bagi special sikit." Aku mengusik Ziyad.

"Eee, mana ada tua!" Ziyad mula menggeletek badan aku.

Sungguh bahagia hari aku dapat mengusik Ziyad.





WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now