BAB 20

1.8K 44 0
                                    

Aku duduk termenung di hadapan cermin. Muka aku yang siap disolek menambah seri wajah aku. Nak nak pulak aku jenis yang tak suka bersolek. Memang berubah muka aku.

Cantik. Tapi sayang... cantik-cantik ni untuk orang lain... bukan untuk Izz.

"Riya dah siap ke sayang? Kalau dah jom kita keluar, semua dah tunggu kat bawah... " Suara Puan Lily menyedarkan aku.

Aku dibawa turun ke bawah.

Hanya orang-orang terdekat sahaja yang dijemput. Rajin semua datang awal-awal pukul 3 ni. Orang-orang yang datang sewaktu majlis makan-makan turut hadir pada hari pernikahan aku... dan juga Ziyad ini yang diadakan di rumah aku.

Kan bagus kalau arwah mama dan papa ada sekali tengok aku kahwin ni.

Haih, Riya! Tak mo sedih-sedih.

Datin Afidah di kanan aku, Erin di sebelah Datin Afidah, Puan Lily dia sebelah kiri aku, kak Iffa di sebelah Puan Lily.

Sebaik sahaja aku duduk, mata aku terpandangkan Ziyad yang kebetulan tengah memandang aku. Aku melarikan mata aku ke tempat lain.

Bukan sebab malu, tapi sebab aku menyampah. Aku rasa nak cungkil-cungkil je biji mata dia. Fuh, sabar Riya. Mengucap, mengucap.

Majlis dimulakan.

"Ziyad Hadeef bin Dato' Zain Hamid, aku nikahkan dikau dengan Nur Dariya binti Kamal dengan mas kahwin sebanyak RM3000 tunai." ujar tok kadi.

"Aku terima nikahnya Nur Dariya binti Kamal dengan mas kahwin sebanyak RM3000 tunai."

"Sah?"

"Sah." Maka, dengan rasminya, aku menjadi isteri Ziyad.

Gelaran presiden single sekarang dah boleh campak dekat Erin.

Bila aku melihat Ziyad mula mendekati aku, aku buat muka toya. Ada aku kesah?

"Riya...?" Ziyad memanggil aku.

Aku memandangnya. Nak je aku jerit tanya 'apa'.

"Tangan." Aik, apa yang tangan. Aku membelek tangan aku.

"Kenapa dengan tangan saya?" Serentak itu aku mendengar bunyi ketawa daripada tetamu.

Apasal semua gelak?

"Abang nak sarung cincin." Tangan aku ditarik dan cincin disarungkan ke jari manis aku.

Rasa macam terkena renjatan elektrik bila tangan Ziyad menyentuh kulit aku.

"Riya pulak sarung cincin dekat Ziyad." Arah Datin Afidah.

Aku mengambil cincin. Menggigil tangan aku menyarungkan cincin ke jari manis Ziyad.

"Salam." Puan Lily pula memberi arahan.

Ya, ya. Aku taulah aku nampak blur sekarang ni. Aku mana pernah kahwin. Mana aku nak tau kena buat apa. Cis!

Aku menyambut tangan Ziyad dan perlahan-lahan mencium belakang tangannya. Aku mengangkat kepala.

Dan serentak itu, belakang kepala aku ditarik ke hadapan dan dahi aku dicium Ziyad.

Macam macam bunyi kamera aku dengar.

Kecekak! Kecekak! Dengan flashnya lagi. Sumpah, azab beb!

"Duduk rapat-rapat sikit. Nak ambik gambar." Oi, kau buta ke apa photographer? Dah punya rapat sampai ada gap 5 cm ni je kau suruh rapat lagi?

Disebabkan aku tak nak bergerak, Ziyad mengesot ke arah aku. Tangannya dilingkarkan pada pinggang aku. Tiada jarak langsung antara aku dan Ziyad.

Amboi amboi kau Ziyad. Ambik kesempatan dalam kesempitan! Nasib baik aku tak cubit je tangan kau tu.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now