BAB 36

912 31 1
                                    

"Awal bangun Riya?" Aku yang sedang menyiram pokok bunga kepunyaan Datin Afidah terkejut apabila disapa dari belakang. Aku menoleh ke belakang dan automatik aku tersenyum.

"Eh, Afif! Pagi-pagi dah datang. Nak ngorat umi eh? Saya bagitau abi nanti." Usikku.

"Mana ada Afif nak ngorat umi! Afif datang sini sebab Afif nak jumpa awak." Aku memandang Afif pelik.

"Jumpa saya? Kenapa?"

"Awak okay?" Baru aku faham. Aku hanya tersenyum nipis.

"Macam yang Afif nampak." Ringkas jawapan aku.

"Afif nampak awak tak berapa okay?" Teka Afif.

"Sikitlah." Aku membuat isyarat tangan.

"Kuatnya awak Riya... kalau Afif dekat tempat awak, entah-entah dah lama isteri Afif tu kena campak dalam hutan." Eh? macam terbalik je? Bukan patutnya perempuan ke yang cakap macam tu?

"Afif, Afif. Kalau macam ni perangai awak, memang takde perempuan berani dekat tau. Memang membujang lah awak sampai tua." Usikku. Suka betul aku mengusik Afif.

"Awak rasa macam tu? Afif rasa perempuan semua tak berani dekat dengan Afif sebab Afif ni terlampau sempurna untuk dorang." Afif mempamerkan wajah berlagaknya. Aku mencebik sebelum tertawa kecil. Poyo!

"Afif sebenarnya curious pasal something tau..." Tiba-tiba Afif menjadi serius.

"Apa dia?"

"Awak takde rasa morning sickness ke, atau craving ke masa pregnant ni?" Ceh, aku ingat serius sangat soalan dia.

"Morning sickness tu tak ada... cuma kalau craving tu biasalah... kenapa Afif tanya?" Soalku. Macam out of the topic soalan Afif.

Tapi Afif hanya ketawa.

"So, maksudnya Yad lah yang dapat morning sickness tu?" Afif sudah tergelak besar. Aku masih bingung.

"Maksud Afif?"

"Awak tau tak, waktu awak awal-awal pregnant tu, Yad banyak kali mengadu yang dia rasa mual-mual. Nak makan itu, nak makan ini. Sebijik macam orang tengah mengandung! Waktu tu Afif tak tau awak pregnant. Barulah Afif tau kenapa Yad macam tu." Tawa Afif mula reda.

"Serius lah? Kenapa saya tak pernah perasan pun?"

"Serius! Afif tak tipu! Yad kata bila dekat dengan awak, eh tak! Bila tengok muka awak je, baru hilang mual-mual dia tu. Sebab tu kot awak tak pernah perasan." Rasa kelakar lah pulak. Patut ke aku gelak?

"Orang kata kalau suami yang dapat morning sickness ni, maknanya suami tu sayang isteri dia sangat-sangat tau..." Penuh makna Afif mengatakannya.

"Ni anak saya dengan abang Yad yang lama... yang cintakan saya sepenuh hati dia..." Sebak aku menuturkannya.

"Riya... walaupun Yad tak ingat awak... tapi percayalah cakap Afif... jauh di lubuk hati dia... dia masih cintakan awak..." Aku hanya tersenyum hambar.

"Afif kan sebenarnya nak tumbuk muka Ziyad tu tau..." Luah Afif tiba-tiba. Laju aku memandangnya.

"Kenapa pulak?"

"Ye lah, dah dapat bini perfect macam ni pun, sibuk nak dekat Aulia tu. Aulia otak senget tu jugak yang dia nak. Afif syak Ziyad tu bukan setakat amnesia tapi mereng sekali. Tu yang Afif geram sangat tu. Rasa nak tumbuk-tumbuk je muka dia." Bebel Afif sambil membuat gaya seperti sedang menumbuk seseorang.

"Habis, kenapa tak tumbuk?" Aku layankan je karenah Afif.

"Ish, tak naklah! Yad tu bff Afif. Nanti kalau Yad merajuk dengan Afif macam mana? Afif nak kawan dengan siapa?" Afif buat muka sedih.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now