BAB 13

1.4K 46 0
                                    

Sebulan sudah berlalu semenjak pemergian kedua orang tua aku. Walaupun terkadang rindu datang mencengkam di dada, tapi hidup perlu diteruskan.

Nasib baik lah ada Erin yang banyak menggembirakan aku. Dan juga...

"Riya! Awak tak makan ke?" Soal satu suara dari belakang aku seraya melabuhkan punggung di hadapan aku sambil membawa makanan di tangan kiri dan kanannya.
Izz menolak pinggan di tangan kanannya kepada aku.

"Iya, Izz. Kejap! Kejap! Nanti saya makan." balasku.

"No! no! Dari tadi awak kata kejap. Sekarang saya dah bawak awak makanan. Awak makan dulu." Tegas suara Izz.

"Uuu takutnya saya." usikku. Suka betul aku tengok Izz marah. Nampak comel gitu.

Sehari selepas Erin ke rumah aku bulan lepas, aku dikejutkan dengan kedatangan Izz dan keluarganya. Iffa, kakak kepada Izz dan Puan Lily, ibu kepada Izz. Disebabkan tak nak aku bersendirian, Izz paksa Iffa dan Puan Lily untuk tinggal dengan aku. Manakala dia tinggal di rumahnya yang agak jauh daripada rumah aku.

Bak kata Izz "Takkan Izz yang nak duduk dengan Riya. Kitaorang kan belum kahwin lagi. Ibu dengan kakak lah jaga Riya untuk Izz." Sumpah, terharu betul! Mana nak cari lelaki macam Izz ni zaman sekarang? Satu dalam sejuta kot! Walaupun kata-kata Izz mendapat cebikan dari Iffa.

Hari ni, atas cadangan Izz, kami mengadakan majlis makan-makan untuk semua orang terdekat yang aku kenal. Sambil-sambil tu, untuk jemput semua tetamu yang hadir pada hari kami berkahwin kurang 2 bulan daripada sekarang.

"Riya, please..."

"Okay, okay. Awak menang. Saya makan okay? Don't tarik tarik muka 14 tu. Habis hilang rasa manis dalam makanan saya ni."

"Awak tu! Dari tadi saya tengok sibuk betul. Tak makan daripada tadi. Dahlah dari pagi tadi awak sibuk nak prepare semua ni. Kan ibu dah tempah katering..." Bebel Izz.

"Orang risau dekat dia, dia boleh buat selamba derk dia je. Pandai lah tetamu tu teruskan kehidupan nak cari makanan kat sini. Awak tu, fikir pasal diri sendiri sikit." Izz sambung membebel.

Aku tenung muka Izz.

"Dah kenapa awak tenung muka saya ni? Hensem sangat?" soal Izz.

"Haah, henseeemm sangaaat. Sejak bila awak jadi hensem ni?"

"I don't know awak sebenarnya nak puji saya atau saja nak cari gaduh, but I take it as a compliment. So, thank you. Of course saya yang paling hensem. I know it." Aku mencebik mendengar jawapan Izz. Tapi baguslah, daripada dia sambung membebel. Pecah telinga aku lama-lama.

"Izz, ibu dengan kak Iffa mana?" Mata aku melilau memandang sekeliling.

"Ada kat dalam. Tak tau buat apa." Izz menjongketkan bahunya.

Di suatu sudut, ada sepasang mata yang sedang memerhati sambil menjamu selera.

"Umi, Riya dengan siapa tu?" soal Ziyad.

"Lelaki tu ke?" Ziyad menganggukkan kepalanya.

"Rapat semacam je Yad tengok. Sepupu dia ke mi?" soal Ziyad lagi.

"Haish, Yad ni! Sepupu apanya. Tu kan tunang Riya." Jawab Datin Afidah.

"Tunang?!" Tanpa sedar, Ziyad meninggikan suaranya sedikit. Terkejut.

"Eh, Yad ni! Apa jerit-jerit ni? Kita ni tetamu buatlah cara tetamu." Datin Afidah menegur anaknya.

"Bila Riya bertunang?" Suara Ziyad mengendur.

"Dah 3 tahun kot tak silap umi."

"Umi tahu?"

"Tahu apa?"

WHEN HE FELL HARDERNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ