BAB 11

1.9K 62 0
                                    

Melihat papa dan mama yang aku sangat sayangi selamat dimasuki ke liang lahad melemahkan hati aku. Betapa aku berharap semuanya hanya mimpi, yang akan hilang bila aku terjaga. Tapi... semuanya realiti. Tuhan lebih sayangkan papa dan mama.               
Aku gagahkan diri untuk terus berjaga. Aku penat. Mata aku rasa perit sebab tak berhenti menangis.

"Riya... " Aku memandang ke arah suara yang memanggil aku.

"Umi." Aku rindu mama !

"Riya rehatlah dulu sayang. Dari semalam tak rehat kan." Lembut suara Datin Afidah.

"Takpelah umi. Riya tak rasa nak tidur lagi."

Mata aku sebenarnya sangat penat. Rasa nak tutup je mata. Tapi, aku tak boleh nak tidur.

"Walau apa pun, Riya ada umi tau sayang ? Umi sentiasa ada dengan Riya." Lantas aku memeluk Datin Afidah.

"Terima kasih umi. Riya sayang umi."

Terkadang, Tuhan tak akan biarkan hambanya sakit terlalu lama. Tuhan mengambil kedua ibu bapa yang aku sayangi, dan mendatangkan kedua insan yang ikhlas menyayangi dan menjaga aku ; Dato' Zain dan Datin Afidah. Dan akhirnya tanpa sedar aku terlelap dalam dakapan Datin Afidah.

Hangatnya pelukan seorang ibu.

Apabila aku terjaga, mata aku melilau ke sekeliling. Aku kat mana ni? Kat bilik siapa pulak ni? Rasanya tadi aku tidur dekat luar. Aku cuba ingat kembali apa yang terjadi. Tapi hampa. Aku tak boleh ingat apa yang jadi. Bila dah bangun ni, rasa rindu pada papa dan mama membuak buak. Kau akan terbiasa Riya. Aku memujuk diri sendiri.

Aku segera bangun membersihkan diri untuk menunaikan solat subuh.

Siap sahaja aku melipat telekung, telefon aku yang terletak di meja tepi katil berbunyi. Erin.

Aku mengangkat panggilannya.

"Erin..." Aku menahan sebak.

"Weh Riya, kau dah sampai tak roger aku kan?" Erin marah aku.

"Emm..." Dan aku menangis.

"Weh, weh Riya! Jangan nangis do! Aku saja nak usik kau!" Kalut Erin.

"Erin, mama dengan papa aku..."

"Kenapa Riya? Apa jadi?"

"Mama dengan papa aku meninggal sebab accident semalam..." Sayu suara aku.

"Hah! Kenapa kau tak bagitau aku! Kau kat mana sekarang ni?"

"Aku dekat rumah keluarga aku..."

"Kau tunggu aku datang tau!" Dan panggilan terus terputus.

***

"Assalamualaikum Riya!" Erin dah sampai.

Sejurus selepas aku membuka pintu, tubuh aku dipeluk Erin.

"Kenapa kau tak bagitau aku Riya... Kenapa kau hadap semua ni sorang-sorang?" Erin menangis.

Melihatkan Erin menangis, dengan aku sekali join menangis.

"Aku tak sempat nak bagitau kau Erin... aku... buntu sangat nak buat apa semalam..." Suara aku serak.

Erin melepaskan pelukannya.

"Habis tu siapa yang tolong kau ni?" tanya Erin.

"Umi dengan abi..."

"Aduh, siapa pulak umi dengan abi kau ni?" Soal Erin. Keliru.

"Parents- " Aku terdiam. Kenapa aku boleh terlupa pasal ni. Dato'Zain dengan Datin Afidah datang sini berdua je kan?

"Parents siapa?" gesa Erin.

"Parents Ziyad." Suara aku mendatar.

Erin pun terdiam.

"Dorang banyak sangat tolong aku Erin. Sampai lah mama dengan papa aku selamat dikebumikan." jelasku.

"Kau sekarang macam mana?"

"Aku-" Belum sempat aku menjawab, telefon aku berbunyi lagi. Aku segera mengangkat panggilan tersebut setelah melihat nama pemanggilnya.

"Riya! Dapat pun saya contact awak. Awak pergi mana! Risau saya tau!" Suara Izz yang kerisauan itu buatkan aku tersenyum. Aku pun tak tau kenapa aku senyum.

"Saya-" Haih, murah betul la air mata aku ni. Kerjanya nak mengalir je. Penat aku heh.

"Eh, Riya! Ja- jangan nangis! Say- saya tak marah awak pun. Betul! Saya cuma risau je." Kalut suara Izz.

"Izz... mama... papa... saya..." Aku abaikan Izz. Aku tau memang salah aku pun. Diam tanpa berita. Manalah tunang aku tu tak risau.

"Kenapa dengan mama ngan papa?" Lembut suara Izz bertanya.

"Mama dengan papa dah tak ada Izz..." Sayu suara aku.

Aku menceritakan setiap yang berlaku pada Izz. Kecuali... bahagian tu. Bahagian aku tiba-tiba berada di bilik waktu aku bangun tadi.

"Riya, awak-" Izz tiba-tiba diam.

"Riya, kita video call nak?" Soalan daripada Izz buatkan dahi aku berkerut seribu. Apahal lari topik pulak ni.

"Video call?"

"Haah, jom?" Belum sempat aku bagi jawapan, Izz dah letak panggilan dan mulakan panggilan video.

Nasib baiklah aku dah ready pakai tudung. Aku menjawab panggilannya.

"Riya!" Bukan muka Izz yang menyapa pandangan mata aku, tapi... patung? Patung arnab? Eh?

"Hai, Riya! saya cookie! Riya happy tak jumpa cookie?" Baru aku faham. Izz! Apasal kau comel sangat ni.

Izz duduk di belakang anak patung arnab yang sederhana besar tu dan mengawal pergerakan patung tersebut. Suaranya juga seakan-akan dilembutkan.

"Oh, hai cookie! Riya happy dapat jumpa cookie? Macam mana cookie boleh kenal Riya?" Aku layankan aje.

"Setiap kali Riya sedih, cookie akan datang pada Riya. Cookie tak suka tengok Riya sedih. Riya janganlah sedih." Adeh, berhabuk pulak mata aku.

"Tapi, Riya sedih, cookie. Apa cookie boleh buat untuk hilangkan rasa sedih Riya?" soalku.

"Em, cookie boleh nyanyikan untuk Riya. Riya nak dengar? Suara cookie sedap tauu!"

Aku tergelak mendengar suara Izz. Haih, apo kelas nyanyi lagu abc.

"So, how Riya?" Izz menolak cookie ke tepi.

"How what?" soalku. Pelik.

"Feeling better?" Oh, baru aku faham.

"Much better. Thank you Izz." Ujarku sambil tersenyum lebar.

"Lega hati saya tengok awak senyum." balas Izz.

Dan kami pun meneruskan perbualan kami sehinggalah Erin memanggil aku.

' You are the reason of my smile , Izz .'

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now