BAB 47

1.1K 28 0
                                    

"Sayang tak rindu abang ke?" Bisikan perlahan di tepi telinga kanan aku membuatkan bulu roma aku meremang. Namun aku hanya terdiam seribu bahasa.

"Sayang..."

"Abang tau, banyak salah abang dekat sayang... I hurt you... Tapi demi Allah, sayang. Abang tak terniat langsung nak buat semua tu dekat Riya. Abang cuma tak ingat siapa Riya waktu tu... Kalau abang boleh putarkan waktu, abang takkan layan Riya macam tu, sayang..." Mata aku sudah mula membahang. Setiap kata-kata Ziyad itu mengimbau kembali kenangan pahit itu.

"I'm sorry sayang... Really sorry..." Lirih saja suara Ziyad ketika ini.

Aku cuba melepaskan pelukan aku daripada Ziyad. Ziyad yang tidak menyangka aku akan melepaskan pelukan itu terkejut apabila aku tidak lagi berada di dalam rangkulannya.

"Riya-"

"Abang." Aku memintasnya laju. Aku tau kalau Ziyad terus bersuara, hati aku akan mula lembut. Semudah itu. Dan aku takut perkara tu berlaku. Kerana aku tiada jaminan yang Ziyad tidak akan melakukan aku seperti itu lagi.

"Riya datang sini, cari abang, bukan untuk hubungan kita. But for the sake of Izzyad. Riya tak nak pisahkan abang dengan Izz, itu sahaja." Ujarku tegas.

"Then, how about us? Hubungan kita macam mana Riya?" Rapuh suara Ziyad menyoalku ketika ini.

"You know, I can't right? Riya sakit. Sakit sangat bang. Do you know how I felt that time? Abang tau tak betapa terlukanya Riya saat tu? Bila abang layan Riya dengan kasar, bi-bila abang- abang nak kahwin dengan Aulia, especially that day was our first anniversary and Riya lahirkan Izz pada hari yang sama! Do you know the pain that I'm holding on?" Suaraku kian meninggi. Melepaskan apa yang terbuku di hati aku selama ini.

"Sayang, abang-"

"No! Don't say anything..." Aku angkat tangan kananku kepadanya. Tanda meminta dia untuk berhenti bercakap.

"Semua tu tinggalkan scars dalam hati Riya... and the worst... abang persoalkan kewujudan Izz... abang tanya Izz tu anak abang ke. And what do you expect abang? Riya akan ketawa dan buat macam Riya tak dengar semua tu? Riya tak kesah kalau abang nak layan Riya macam tu, but not our child!" Luahku. Kepalaku kian menunduk.

"I'm sorry, sayang..." Tangan Ziyad mengusap lembut air mataku yang tanpa aku sedari gugur. Namun aku tidak menepis.

"Aba-abang tak boleh kawal semua tu sayang... abang tak tau kenapa abang tergamak cakap macam tu dekat sayang... kalau abang boleh putarkan waktu, abang takkan lukakan hati Riya, sayang..." Tiba-tiba aku rasa bilik ni macam sempit sangat. Aku rasa tak boleh bernafas. Sesak dadaku dengan keadaan begini.

"Maafkan abang, sayang..." Tangan aku diraih namun laju saja aku menariknya semula.

"Riya tak nak cakap pasal benda lagi." Ujarku perlahan.

"Sayang..."

"Kalau abang tetap nak cakap pasal benda ni, Riya pergi dan abang takkan dapat jumpa Riya dan juga Izz. Abang pilih." Suaraku perlahan namun tegas. Sudahlah air mataku ini berlumba-lumba nak keluar, diasak begini lagi. Sampai bila aku boleh berlagak kuat?

"Okay, okay. Abang stop. But please, jangan pergi daripada abang dan jangan pisahkan abang dengan Izz, sayang..." Sungguhlah perkataan "sayang" itu melemahkan diriku.

"Jadi, jangan buat benda yang Riya tak suka. Jangan paksa Riya." Aku mula mengugut.

"You hate me that much, huh?" Pantas saja mata aku dibawa ke arahnya. Ingin menjawab, namun bibir aku kelu. Terasa seperti dijahit sehingga aku tidak mampu membuka mulutku.

Bencikah aku pada Ziyad?

Tidak!

Sikit pun perasaan benci itu tidak wujud dalam hati aku.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now