BAB 34

873 29 4
                                    

Lena aku terganggu apabila merasakan ada pergerakan di belakang aku. Mulalah bulu roma aku meremang. Aku rasa selama sebulan ni aku tidur sorang-sorang je. Ziyad tidur bilik lain. Habis tu, apa benda pula belakang aku ni. Mulalah macam-macam ayat Al-Quran aku baca. Bermula daripada alif ba ta sampai ke ayat kursi.

Bacaan aku terhenti apabila terasa kepalaku diusap lembut. Tiba-tiba aku teringat Ziyad sebelum amnesia. Ziyad selalu usap rambut aku macam ni. Untuk dodoikan aku. Tangan itu beralih pula menyentuh perutku yang berlapik baju dan diusap lembut perutku.

"Aku tak tau macam mana layanan aku pada kau dulu... tapi aku mintak maaf sebab aku banyak sakitkan kau..." Bisiknya lembut. Ziyad. Aku membuat keputusan untuk memusingkan badan aku menghadapnya. Ziyad tergamam apabila melihat aku terjaga. Ziyad berdehem.

"Kenapa kau tiba-tiba bangun?" Ziyad tak perasan tangannya beralih ke pinggang aku selepas aku memusingkan badan.

"Riya terjaga sebab abang usap perut Riya..."

"Kau ada dengar aku cakap apa-apa ke?"

"Abang ada cakap apa-apa ke tadi?" Aku berpura-pura tidak faham. Muka Ziyad jelas menunjukkan kelegaan.

"Abaikan je lah." Muka Ziyad nampak macam tengah malu? Nasib baik gelap. Kalau tak dah lama kena gelak dengan aku.

"Kenapa abang masuk sini?" Soalku.

"Kenapa? Aku tak boleh masuk sini?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Taklah, bukan tak boleh. Tapi Riya cuma pelik sebab abang tiba-tiba masuk bilik ni..." Jelasku.

"A-aku nak ti-tidur sini." Tergagap-gagap Ziyad bersuara.

"Tidur sini?" Mata aku bersinar. Aku tengah bermimpi ke ni? Kalau ya, aku tak nak bangun.

"Tak boleh ke?" Soal Ziyad.

"Eh, mestilah boleh! Riya rindu sangat nak tidur dengan abang..." Luahku.

"Dah, aku mengantuk. Aku nak tidur." Ziyad baring mengiring menghadap aku.

"Erm, abang..." Panggil ku perlahan. Ziyad hanya 'hmm' kan je dengan matanya yang tertutup.

"Riya nak tidur peluk abang boleh?" Terus mata Ziyad terbuka luas. Ziyad memandang aku dalam gelap. Aku mengangguk.

"Boleh?" Soalku lagi apabila Ziyad tidak memberi respon. Ziyad berdehem perlahan.

"Peluklah." Bila dapat je izin daripada empunya badan, terus aku merapatkan kedudukan aku dan Ziyad. Aku menarik lengannya dan meletakkan kepala aku pada lengannya. Aku mengelilingkan tangan aku dipinggangnya. Dapat aku rasakan badan Ziyad mengeras. Rindunya aku nak peluk Ziyad! Aku rindu bau badan Ziyad. Aku mendongakkan kepala memandang Ziyad.

"Abang peluklah Riya..." Pintaku. Aku menarik lengannya dan diletakkan di pinggang aku. Baru lena aku nak tidur.

Pelukan yang semakin erat membuatkan mata aku semakin memberat dan akhirnya aku terlena dalam dakapan Ziyad.

***
Aku mencelikkan mata aku. Aku masih lagi dalam dakapan Ziyad. Aku mendongak memandang wajah Ziyad yang lena tidur. Aku mengusap pipinya lembut. Aku rindu sangat-sangat!

"I wish you know how much I miss you... " Bisikku perlahan.

"I miss the old you abang..."

Perlahan-lahan aku melepaskan pelukan Ziyad dan turun daripada katil untuk membersihkan diri.

Siap dengan bertelekung, aku memandang Ziyad yang masih lena. Aku menghampirinya. Dengan berlapikkan telekung, aku menepuk bahunya perlahan.

"Abang..." Tiada sahutan.

WHEN HE FELL HARDERWhere stories live. Discover now