Dia berkerut seketika. " Ermm abang rasa abang ada ingat sesuatu,"

Aku menunjukkan riak sinar harapan. Menunggu dengan sabar untuk dia memberitahu apa yang dia ingat.

" Cara awak goda abang di Mansion Malek,"

Aku terus mematikan senyuman aku. Dasar gatal punya jantan. Dalam banyak-banyak benda itu yang kau ingat?

" Seriously abang?!"

" What? It's still a good progress, right?" Dia mengangkat bahu tak bersalah.

" Ingat tak apa yang berlaku dulu? Sebelum kita kahwin?"

" Ermm abang rasa... abang tak ingat,"

" Haih, tak apa lah abang. Take it slowly. Kenangan lepas mungkin bermakna tapi kenangan akan datang apa kurangnya?" Aku cuba memujuk dirinya.

" Abang rasa teruk sangat sebab tak ingat apa-apa pasal kita," Tangan aku dicapainya lalu diramas lembut.

Aku tak boleh nak paksa dia juga. Dia dah banyak berusaha daripada kelmarin lagi. " Abang, kita balik Malaysia ya? Mungkin di sana abang boleh ingat segalanya memandangkan semua kenangan tercipta di sana."

Tanpa berfikir panjang, Ahnaf segera mengangguk setuju. Kami menyatakan hasrat kepada bonda dan bonda pun bersetuju memandangkan dia pun mahu pulang ke tanah air suaminya.

Jibril, Jibran, Na'eem dan Kazar datang melawat kami pada harini. Setelah sekian lama baru lah mereka boleh nampak batang hidung masing-masing tapi bagi Ahnaf dia tak nampak mereka pun dia tak kisah kot.

Ahnaf mencari-cari seseorang. " Where's Zavian?"

Kami berpandangan sesama sendiri. " Erm..." Aku termati kata. Dia terkejut tak kalau cakap aku dah bakar dia hidup-hidup?

" Zavian dah mampus kena telan dengan jaws. Haritu dia ada pergi bercuti ke Maldives," Kazar memberi alasan yang tak masuk akal.

" Serius ah... Kesian gila," Wah tak sangka Ahnaf akan percaya kata-kata Kazar bulat-bulat??

" Hmm bodoh dia masih ada lah," Komen Na'eem lalu meninggalkan kami lalu masuk ke dalam rumah.

" So semuanya dah selesai?" Kazar memandang ke arah aku. Aku mengangguk kepala dengan hati yang gembira.

" Eloklah. Lepasni jangan lagi jejakkan kaki ke sini. Tiada apa lagi urusan yang perlu kau orang datang kecuali majlis keluarga,"

Ahnaf mendengar dengan riak pelik tapi dia tidak bertanyakan soal itu. Harapnya dia takkan tanya sampai bila-bila.

Lagi beberapa jam jet peribadi akan berlepas. Aku akan rindukan tanah Abu Dhabi ini walaupun banyak kenangan pahit daripada manisnya.






BEBERAPA BULAN KEMUDIAN...

" Push, sayang! Sikit lagi. Abang dah nampak kepala anak kita!"

" Argh!!" Dengan sekali teranan, bunyi tangisan bayi lelaki bergema memenuhi ruang. Suara sebak Ahnaf kedengaran dengan ucapan syukur kepada Allah kerana telah memudahkan proses persalinan aku.

" Alhamdulillah anak kita sihat, sayang. Terima kasih sebab-..."

" Argh! Sakit!!"

" Eh?!" Ahnaf memandang aku yang tiba-tiba mengerang kesakitan.

" Encik, saya rasa ada lagi satu baby belum keluar,"

" Oh shit. We got twins?" Dia pantas menyambut kelahiran kedua setelah aku meneran sebanyak tiga kali. Lah selama ni menyorok ya?

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now