Bab 8: Pujuk

815 32 0
                                    


P.O.V Ahnaf

Sejak peristiwa Khairul mencuri seminggu yang lalu, bayang anak kecil itu sudah tidak kelihatan lagi datang ke sekolah. Pada mulanya aku hanya berfikiran positif yang Khairul sakit tapi kalau sakit kenapa tiada sesiapa yang beritahu sekolah?

Aku sudah membayangkan terjadi perkara tak diingini dalam kotak fikiran. Puan Hamidah pantas aku mendail menggunakan telefon pejabat. Beberapa deringan berbunyi terus masuk ke simpanan suara.

Aku mengeluh. Kalau gaya macamni memang aku kena datang rumah lah untuk melihat keadaan mereka. Aku memberitahu Cahaya tentang ini. Kalau boleh aku nak Cahaya ada sekali. Ini melibatkan kawannya juga. Dan aku tak mahu disebabkan hal rumah tangga mereka yang aku rasa keberentakkan sudah, menjejaskan emosi anak.

Membiarkan aku keseorangan pergi bertandang ke sana akan mengundang fitnah dan salah faham daripada Badrul dan jiran tetangga. Selepas waktu persekolahan madrasah habis, aku menunggu sehingga Cahaya datang.

Wah wah. Isteriku bergaya seperti mahu memukul orang. Tiada lagi jubah di tubuh seperti sebelum ini tapi hanya berpakaian hoodie hitam bersama seluar cargonya. Tak boleh blah dengan spek mata hitam miliknya tersemat di batang hidungnya.

" Kita datang nak melawat. Bukan nak pukul orang, sayang,"

Cahaya tidak membalas hanya menaikkan tangan gaya rock pada aku. Kami sama-sama naik ke dalam kereta aku dan kereta Cahaya hanya ditinggalkan sementara di madrasah. Sepanjang perjalanan, aku memerhatikan Cahaya dengan lirikan mata. Subhanallah, sejuknya mata aku melihat.

Ditangannya sedang memegang alQuran terjemahan kecil pemberian aku sewaktu hari ulangtahun kami yang pertama. Kelihatan juga highlight tape warna warni menjadi corak di setiap halaman permukaan.

" Apa maksud warna warna tape tu?" Aku bertanya. Dia menoleh seraya tersenyum manis. Allahu, sekali lagi aku memuji kecantikan Cahaya. Entah apa lah yang dia rasa kurang pada wajahnya sampai kata dia tak cantik?

" Tape biru tu ayat alQuran yang ditujukan untuk saya. Kalau hijau untuk abang. Kalau pink tu sejarah dan balasan. Kalau-..." Bla bla bla... Banyak juga dia jelaskan. Aku hanya mendengar dengan teliti. Suara merdu Cahaya bagaikan melodi yang selesa untukku dengari. Pandai dalam berkata-kata sehingga kadangkala dia dapat mematahkan hujahanku tentang sesuatu yang berpengetahuan.

Yes. I'm obsessed with my wife. With my Cahaya Inara. She's the real definition of beauty with brain yang ramai orang tak pernah perasan selama ni. Selalu aku dengar buruk daripada kenalan bonda tentang isteri pilihan aku sendiri yang cuma melayu tulen tanpa ada darah keturunan yang serupa dengan kami.

Tapi aku tak kisah semua itu. Ketulusan hati Cahaya yang membuatkan aku suka padanya.

" Abang dengar tak? Tersengih-sengih tu dah kenapa?" Aku memfokuskan mata ke arahnya semula. Wajah cemburut itu sekali lagi menggeletak hatiku. Pipi tembamnya ku picit kegeraman. Aku menggeleng perlahan tapi senyumanku masih belum luntur dari wajah.

" Apa ayat alQuran untuk abang tu?"

Dia membuka halaman secara rawak. ""Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan". Surah An-Nur ayat 30," Baca Cahaya lalu mendapat pandangan criminal side eye daripada aku.

Dia hanya menyengih keanak-anakan. " Nanti kita berhenti di kedai buah sana. Belikan buah tangan untuk mereka. Macam tak sopan pula datang serbu rumah orang macamni," Ujar Cahaya mendapat persetujuan daripadaku.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now