Tapak kakinya perlahan kedengaran mendekati kawasan aku menyorok. Aku melihat sekeliling yang boleh dijadikan senjata. Mataku tertancap pada pisau yang Zavian sepak tadi. Pistol aku entah hilang ke mana tapi ini pun boleh lah.

Langkah kakinya semakin kedengaran. Matanya tertancap pada pergerakan yang terhasil daripada kain rentang berwarna putih di sebelah kanannya. Senyuman sinis terukir.

" Any death wish you wanna ask?"

Zavian menyelak kain rentang itu sambil menghalakan muncung pistol. Malangnya tiada sesiapa. Membuatkan senyumannya kendur.

" Get out, Beast. You-..."

Aku terus menikam kaki kanannya saat dia berhenti betul-betul di sebelah aku yang sedang bersembunyi di bawah almari lama.

" Arghhh!!!"

Aku terus keluar dari tempat persembunyian aku lalu menolaknya jatuh ke atas lantai sekali lagi. Aku cuba untuk merampas pistol di tangan tapi tangannya cekap mencapai botol kaca kosong lalu dihentak pada kepala aku. Aku jatuh daripada atas tubuhnya.

" You son of bitch!"

Bang!

Perutku berjaya terkena pada pelurunya lagi. Aku muntah darah. Hampir pitam aku jadinya. Tapi aku tetap kena lawan. Aku tak boleh mati sekarang. Bukan pada tangan si sial ni.

Lelehan darah yang menitik dari celah rambutku juga aku tidak endahkan. " How dare you call my mom a bitch?!"

Zavian sudah bersedia mahu menarik picu. Serta merta hayunan kayu yang entah dari mana menepis tangannya daripada memegang pistol.

" Fuck you, bitch!"

" You're more bitchest!" Balas Cahaya sambil menjelirkan lidah. Zavian pantas bangun lalu menarik Cahaya ke dalam pelukannya. Leher Cahaya dipeluk erat menggunakan lengan.

" Kau dan isteri kau ni sama je. Degil! Sudah lah liat nyawa kau orang nak tercabut. Lepastu menyusahkan hidup aku!" Marah Zavian.

" Abang! Lari dan bawa pergi Armani cepat! Kalau abang sayangkan saya, pergi bawa Armani lari jauh daripada sini!" Seperti deja vu yang berlaku cumanya ini realiti dan penjahat sebenar adalah Zavian.

Aku mencapai pistol yang berada di atas lantai. Perlahan aku halakan muncung ke arahnya.

" Ergh!! Sakitlah!!" Cahaya meronta ingin melepaskan diri daripada cengkaman Zavian yang semakin kuat.

" Kau lepaskan tembakan, aku akan heret isteri kau sekali ke neraka dengan aku!" Ujar Zavian keras. Dia menyembunyikan tubuhnya di sebalik tubuh Cahaya. Tangannya menjalar menyentuh tubuh Cahaya; sengaja ingin membuat marah aku membuak-buak.

" Tembak, abang! Jangan pedulikan saya. Saya mampu bertahan. Cepat, abang!"

Aku tak tahu aku nak sasarkan ke mana kerana rontaan mereka menyukarkan aku untuk menyasar dengan tepat. Tambahan pula tanganku menggigil kerana kesakitan yang menjalar.

Cahaya dengan tangkas menggigit lengan Zavian dengan sekuat hati. Serentak jeritan kesakitan terhasil dan Cahaya berjaya melepaskan diri daripada cengkaman Zavian.

Bang!

Peluru aku sasarkan ke perut Zavian yang sudah berlumuran darah. Dia terjelepok ke tanah sambil merengus sakit.

" I don't wanna do this, Zavian. But you force me in the first place,"

Bang!

Kedua belah kakinya aku tembak supaya dia tak mampu nak bergerak ke tempat lain dengan lincah.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideDonde viven las historias. Descúbrelo ahora