∘°∘45∘°∘

2.7K 158 10
                                    

KEESOKANNYA, Ziyyad tersedar dari lenanya

Oops! Ang larawang ito ay hindi sumusunod sa aming mga alituntunin sa nilalaman. Upang magpatuloy sa pag-publish, subukan itong alisin o mag-upload ng bago.

KEESOKANNYA, Ziyyad tersedar dari lenanya. Mata dikerdipkan berulang kali sebelum cahaya silau matahari menerobos ke dalam kelopak matanya. Dia memisat-misat matanya. Pandangan diliarkan memandang segenap ruang putih itu.

"Aku dah mati ke?"

Dia mencuit pipinya, sakit. Alhamdulillah, masih bernyawa. Cahaya putih melintasi otaknya. Dia perlu bangun mencari isterinya.

"Argh!" rintih Ziyyad apabila langkahnya tersilap hingga jatuh dari katil. Zayyad yang baru sahaja membuka pintu wad Ziyyad terus menerpa laju mendekati figura adiknya.

"Kau dah kenapa?! Kau tak tahu ke yang luka kat perut kau tu masih basah?! Apa yang degil sangat ni?!" jerkah Zayyad kuat, dia terus memapah Ziyyad kembali ke katil. Terkebil-kebil Ziyyad tatkala dimarahi oleh Zayyad. Bukan selalu Zayyad memarahi dirinya.

"Kenapa kau marah-marah ni? Aku nak bangun, nak jumpa isteri aku. Aku nak jumpa isteri aku! Kau faham tak?!" bidasnya. Mata kelabunya mencerlung tajam ke arah Zayyad.

Keluhan berat terlepas dari bibir mungil Zayyad. Punggung dilabuhkan di atas kerusi bersebelahan dengan katil Ziyyad.

"Hana.. Hana belum sedar. Anne kata, dia perlukan rehat yang cukup. Kalau boleh untuk masa ni, jangan lawat dia dulu. Kau faham?" lembut bicaranya memujuk Ziyyad. Ziyyad menghela nafas berat.

"Tapi aku nak jumpa dia.. aku rindukan dia.." rintihnya. Zayyad menggeleng sekilas.

Zayyad terus membantu Ziyyad agar menyandar di kepala katil. Dia terus mengambil dulang yang disediakan oleh pihak hospital. Ziyyad menutup mulutnya tanda dia tidak ingin makan sama sekali.

"Makan, Ziyyad. Kalau kau taknak makan, lepas ni jangan jumpa Hana. Aku tak ada masa nak layan perangai mengada kau ni. Baik aku layan perangai anak bini aku." tegurnya, seraya menjeling tajam ke arah Ziyyad.

Keluhan berat terlepas dari bibir mungil Ziyyad. Dia tidak ingin makan, dia cuma ingin bertemu dengan isterinya. Dia rindukan isterinya, rindu yang teramat!

"Kalau aku makan, malam nanti bawa aku jumpa Hana. Boleh?" pujuknya, dia kerdipkan mata berulang kali memandang Zayyad. Zayyad mengeluh berat, dia perhatikan mesej yang baru muncul di skrin IPhone miliknya.

Anne:
- Hana dah sedar, tapi buat masa ni jangan bagi Ziyyad jumpa dia dulu. Tapi mungkin malam nanti boleh.

Skrin IPhone kembali gelap, Zayyad terus menyimpan IPhone miliknya ke dalam kocek seluar. Matanya dia kalih memandang Ziyyad.

"Makan dulu, malam ni aku bawa kau jumpa Hana. Dengan syarat, habiskan makanan ni. Tak habis tak payah jumpa bini kau." ugutnya, Ziyyad mengangguk laju.

Dia terus menikmati makanan tersebut walaupun tidak berselera. Asalkan dia dapat jumpa Hana, dia bersyukur. Dia rindukan isterinya.

[⋆✿⋆]

DEAR KAYYISATahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon