∘°∘47∘°∘

2.2K 182 12
                                    

LANGKAH kaki diatur dengan lemah sebaik saja keluar dari kamar mandi

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

LANGKAH kaki diatur dengan lemah sebaik saja keluar dari kamar mandi. Terasa seluruh sendi bagaikan terpenggal dan lutut terasa longlai. Jiwanya bagai direntap berulang kali setelah mengetahui berita ini.

"Sayang, are you okay?"

Hana segera mengangkat wajahnya memandang Ziyyad. Senyuman palsu dia ukirkan pada wajahnya.

Mujur dirinya sempat membuang pregnancy test tersebut ke dalam tong sampah. Dia tergamam, tergamam apabila melihat keputusan yang tertera.

Double lines. Bagi pasangan lain, mungkin mereka akan bahagia dengan kehadiran cahaya mata sulung. Namun tidak bagi Hana. Dia merasa kecewa dengan dirinya. Terasa ingin menampar diri sendiri berulang kali.

"I'm okay, abang. Jangan risaulah. Boleh bagi Hana rehat kejap? Hana penat sangat. Badan tak bermaya langsung." adunya. Langkah kaki diatur menuju katil.

"Go ahead, you need to take an enough rest. Sleep well, my favourite daisy." bisiknya lembut.

Dahi licin itu dikucup sekilas. Ubun-ubun isterinya diusap lembut. Comforter ditarik agar menutup tubuh isterinya.

Tanpa Ziyyad sedari, air mata menitik dari celah kelopak matanya. Hana mengubah posisi tidurnya, telapak tangan diletakkan atas perut sebaik saja kelibat Ziyyad hilang dari pandangan mata.

"Maafkan mama.. mama tak jaga diri mama dengan baik. Mama takut.. mama takut babah tinggalkan mama sebab peristiwa tu.."

Teresak-esak dirinya menahan tangis. Bibir diketap rapat agar sebarang esakan tidak kedengaran. Perut yang masih kempis diusap berulang kali.

❛ ━━・❪ ❁ ❫ ・━━ ❜

CAHAYA matahari yang menerobos masuk ke dalam kelopak mata membuatkan dia tersedar dari lenanya. Tangan kekar yang membaluti pinggangnya dialihkan seketika.

"Abang bangun.. dah solat subuh ke?" tubuh dia sandarkan di headboard katil. Bibirnya terasa kering dan sedikit mengelupas.

"Dah.." balasnya mamai-mamai. Mata dicelikkan berulang kali sebelum sistem penglihatannya dihidangkan dengan bidadari yang cukup cantik untuknya.

"Kenapa tak kejut Hana? Kan boleh solat berjemaah.." kedengaran nadanya sedikit merendah.

Ziyyad segera bangkit dari pembaringan lalu menyandarkan tubuh di kepala katil. Matanya redup memandang isterinya. His favourite view.

"Abang nak kejut tapi isteri abang penat. Muka pun nampak pucat sangat. Tak apalah.. pergi bersihkan diri dulu, lepas tu solat. Abang nak masakkan bubur kejap." arahnya lembut.

"Okay, abang.." Hana balas dengan senyuman manis. Langkah kaki diatur menuju ke kamar mandi.

Usai sahaja membersihkan diri, t-shirt lengan pendek disarungkan pada tubuhnya lalu telekung digapai. Dia terus menunaikan rukun islam yang kedua itu.

DEAR KAYYISAOnde histórias criam vida. Descubra agora