Bab 34: Bro's talk

Start from the beginning
                                    

Dia menekan sesuatu pada skrinnnya. Lagu yang bermain di speaker ipadnya aku dengar dengan jelas. Berkerut aku memandang ke arah Bashir.

Lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar bergema di segenap ruang. Lagu yang pernah menjadi kegemaran aku apabila Ahnaf menyanyikan untukku.

You're the mystery selama ini tersembunyi
You're the mystery yang melengkapi hidup ini
Anugerah yang terindah
Yang tercipta untuk aku, itu kamu
Anugerah yang terindah
Yang ku cinta sentiasa, selamanya

" ... I can let him go. As long as you're mine,"

Aku mengetap gigi dengan kuat. Bashir ni buat-buat gila atau dia sememangnya orang gila?!

" If you wanna say that I can't be just like him, you're wrong. Thus, I can be better than him. I just need you to trust me."

" Even if he die, I will not accept you forever!! You're a traitor! Killer! Psychopath!" Tuih! Haa puas hati aku bila dapat ludah muka dia.

Tenangnya dia mengesat air liur yang terlekat di pipinya. Dia meninggalkan aku keseorangan di dalam bilik gelap ini tanpa bercakap apa-apa selepas itu.



P.O.V. Ahnaf

" Beast, aku tahu kau dah dapat mesej ini. Kalau kau masih sayangkan isteri kau, kau jumpa aku di rumah lama atuk. Di mana segala penurunan dan kenaikan takhta berlaku. Yang sepatutnya jadi hak milik aku daripada dulu lagi. Kalau kau masih belum sampai dalam masa kurang daripada 24 jam daripada kau terima mesej ini, aku akan bunuh anak kau dan kemudian isteri tercinta kau,"

Kamera dihalakan ke arah Cahaya yang digantung secara terbalik. Aku hampir terbangun melihat Cahaya diseksa sedemikian rupa.

" Seperti apa yang kau harapkan, aku masih belum terasa mahu menyentuhnya. Jangan risau. Aku akan pastikan dia akan ok sehingga kau sampai ke sini. Ingat, Beast. Hanya aku dan kau dalam pertarungan ini. Cepat kerana anjing-anjing belaan aku dah lapar nak menunggu santapan budak perempuan yang masih lembut daging dan tulangnya."

Aku merengus kasar. Cepat betul dia ni buat kerja sampai dapat bawa Cahaya dan Armani ke Abu Dhabi tanpa ada halangan atau siapa-siapa yang terlihat.

" Jom gerak ke Abu Dhabi,"

" Akhirnya nak juga pulang ke sana. Dasar manusia lupa asal usul." Na'eem berkata seraya bangkit daripada duduknya.

Zavian setia mengikuti aku dari belakang. Saat aku mahu mengemaskan beg pakaian aku, kelihatan beg itu elok tersadai di tepi pintu bilik.

Bonda menghampiri. " Cepat, Ahnaf. Bawa balik semula menantu dan cucu bonda. Bonda risau,"

Aku menghela nafas sambil tersenyum yang cukup kelihatan hambar aku ukirkan. " Terima kasih, bonda. Insha Allah dengan bantuan doa bonda titipkan untuk kami, bonda akan berjumpa dengan mereka semula. Mereka amanat bonda perlu jaga andai kata ada apa-apa terjadi pada Ahnaf. Ingat pesan Ahnaf ya bonda?"

Bonda terpaksa mengangguk akur. Dia juga risau akan keselamatan aku. Kerana aku akan jejakkan kaki ke tempat yang aku sudah haramkan untuk aku jejak lagi.

" Bonda akan ke sana dalam beberapa hari. Bonda tak nak ada berita buruk yang terjadi seusai bonda sampai ke sana nanti," Pesan bonda dengan tegas.

Jet peribadi telah tersedia di lapangan. Jam 2210 menunjukkan keberangkatan kami. Hanya aku, Zavian, Na'eem, Jibril, Jibran dan Kazar sahaja yang pergi. Selebihnya akan tinggal di Malaysia buat sementara waktu.

" Goobye, Malaysia. You are so hot as hell," Ucap Jibran kuat. Sejak dia duduk di sini untuk menjaga keselamatan Ahnaf sekeluarga, memang baju lengan pendek sahaja dia pakai ke mana-mana berbanding dengan pakaian bersuit jika di negara sejuk.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now