3 jam berlalu dari tempoh aku berborak dengan bonda tadi. Rindu pada Cahaya aku tak dapat menanggung lagi. Sambil mata aku memerhatikan skrin monitor koordinat yang aku dah letakkan pada cip di dalam gelang Cahaya aku pernah bagi itu, hidung aku tak henti-henti mencium selendang kepunyaan Cahaya yang sedang elok melilit sepenuh tangan kanan aku.

" Ya Allah, aku memohon padaMu. Aku mahukan petunjuk. Sikit pun jadi lah. Janji aku dapat bertemu dengan anak isteri aku semula."

Dulang berisi makanan ditolak sehingga terlanggar siku aku. Aku menoleh sedikit. Terdapat nasi putih bersama sambal sotong kegemaran aku terhidang di hadapan mata.

" Eat, Beast. You didn't swallow anything from yesterday,"

Alexa; sepupu perempuan yang aku tak terasa terancam dengan kewujudannya. Dia dan Ravendell sahaja mempunyai sifat kejantanan dan keberanian berbanding dengan sepupu perempuan yang lain. Tambahan pula, mereka akan memanggil aku dengan gelaran yang sedia ada berbanding dengan nama betulku.

" It's bonda, right?"

" You don't have to torture yourself." Pesan Alexa dengan wajah yang tidak senang. Geram dengan sikap aku yang selalu mengikut kata hati sangat.

" You don't understand how it feels to be a loser. Fail to keep your family safe," Ujar aku dengan keluhan halus.

" Who said? I failed to protect my brother from that evil Bashir. You know why I am still here helping to search for him,"

Ya. Adik lelaki Alexa dibunuh sewaktu adiknya menginjak umur ke 20 tahun. Bashir tanpa diundang masuk ke kawasan rumah dan membunuh sebelum hilang dari muka bumi buat sementara.

Dan sekarang dia kembali kerana dirinya pula. Selepas melihat yang aku tiada ura-ura mahu mengalihkan tumpuanku, Alexa pergi meninggalkan aku sendirian.

" Grr..." Suara dengusan kuat dari arah belakang aku membuatkan aku menoleh. Nova sedang berjalan menuju ke arah aku.

Aku hanya senyum menyambut kedatangannya yang entah kenapa. Dalam kalangan keluarga kami Nova hanya akan jinak dengan orang-orang yang terpilih sahaja. Salah seorangnya aku lah.

" Nova, you haven't met your mummy yet,"

Nova kelihatan bingung. Bagaimana dia boleh faham itu diluar bidang kuasa aku. Mungkin juga kerana orang dalam rumah ni selalu berinteraksi dengan dia sehinggakan dia faham akan bahasa manusia.

" Yes. I'm married now. Sorry for not telling you earlier,"

Nova mendengus marah. Dia marah lah tu bila aku tak kongsikan benda macamni pada dia. Dia hanya memandang aku dengan mata birunya memandangkan dia adalah seekor harimau albino.

" What? You're mad?"

" Grr..."

" You're mad because you're afraid that I will not love you anymore?" Ke sekarang ni aku dah gila pergi cakap dengan harimau ni? Tapi aku lagi rela bercakap dengan binatang daripada bercakap dengan manusia yang menyakitkan hati.

Nova meletakkan kepalanya di riba aku sambil duduk santai di atas lantai. Aku mengusap kepalanya sebelum mengadah kepala ke atas.

" Macam mana lah mereka ya sekarang? Dah makan ke belum? Armani merengek tak di sana? Ada apa-apa terjadi pada mereka ke" Aku mengumam perlahan.

Nova mendongak memandang aku saat aku berbicara. Aku rasa dia faham apa yang aku katakan; kerisauan terhadap seseorang yang aku sayang.

Aku menunjukkan gambar Cahaya dan Armani di skrin telefon aku. Wajah jelita Cahaya Inara sentiasa menjadi tatapan mataku setiap kali aku membuka telefon.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now