EC:LL1

7K 123 1
                                    

                      AISHLYN bangun pagi memandangkan hari ini merupakan hari dimana mereka akan bertemu dengan para jejaka. Gadis itu berjalan ke arah bilik kedua sahabatnya iaitu Arya dan Felisha.

Pintu diketuk kuat.

"Wey bangkit pa weyy! Orang nak pi dah ni!!" Jerit Aishlyn. Memang diantara mereka, dia mempunyai sifat keibuan sedikit.

"Aduuu malas aaa!" kedengaran suara Arya sedang merungut di dalam biliknya.

"Ah bangkit bangkit! Kau jangan nak malas-malas, kita dah lama tak jumpa diorang tau!" Marah Aishlyn diluar pintu.

Arya membuka pintunya.

"Diamlah. Kau seronok la sebab kau nak jumpa si budak Khaizul tu. Aku ni, nak kena hadap muka si Hariz bengap tu, menyampah kau tahu tak?" Bengang Arya lagi.

"Aku tak kira, kau kelu- OI AKU TAK HABIS CAKAP LAGI LAH!" Marah Aishlyn apabila Arya bertindak menghempas pintu itu betul-betul dihadapan mukanya.

Arya tidak memberikan respon. Aishlyn merengus kesal sebelum turun ke bawah untuk mengalas perutnya.

Lockscreen dibuka, gambar mereka berlapan menjadi tatapan. Dia bersyukur kerana persahabatan ini kekal walaupun mereka semua mempunyai kerjaya masing-masing.

"Cepat argh!" Suara Arya mengejutkan Aishlyn. Terus dia dan Felisha menuju ke arah kereta sport milik Arya. Sebaik sahaja Arya menghidupkan enjin, perjalanan mereka bermula.

"Kau nervous tak nak jumpa diorang?" Soal Aishlyn membuka bicara.

"Tak." Arya dan Felisha membalas serentak. Aishlyn mengerutkan dahinya.

"Kenapa tak?"

"Aku dah pernah terserempak dengan Naufal haritu. Ada la sembang sikit, haa kitorang tak rasa awkward apa pun," balas Felisha santai.

"Aku pulak memang tak nervous. Meluat tau meluat," ujar Arya sambil memegang erat stereng yang berada di hadapannya. Mata tetap fokus kepada jalan.

"Kau nervous ehhh?" Usik Felisha kepada Aishlyn. Aishlyn terdiam ditempatnya. Arya turut memandang Aishlyn yang berada di kerusi belakang melalui cermin.

Kemudian, gadis itu tersengih sinis.

"Memanglah dia nervous. Jumpa bekas kekasih la katakan," ujar Arya sinis. Aishlyn memuncungkan mulutnya.

"Senyap ah!" marah Aishlyn geram. Benci apabila mengingati kenangan pahit dia dan Khaizul, bekas kekasihnya.

"Bye he broke up plus humiliated you dekat depan orang ramai tau," ujar Felisha pula. Aishlyn menutup matanya. Memori itu singgah di benak fikiran gadis itu!

"Kau ingat aku nak couple dengan kau sangat ke hah perempuan hodoh? Hello, aku kena cabar je tau untuk couple dengan kau! Dahla busuk, hodoh, selekeh."

Aishlyn menahan air mata yang akan jatuh pada bila-bila masa sahaja. Dia menggigit bibir apabila orang ramai mula mengetawakan dirinya!

Maklumlah, Khaizul merupakan hotstuff, manakala dirinya hanyalah gadis biasa.

"K-Khaizul... " panggil Aishlyn lirih. Khaizul ketawa sinis. Tangan naik menunjal kepala si gadis.

"Kau dengar sini, kita putus ya sayang?"

Aishlyn kembali membuka matanya. Sakit hati!

"That time, kita tak kenal dengan diorang lagi kan?" soal Felisha. Arya mengangguk.

"Bukan... That time, Khaizul tu salah pergaulan. Kalau dia duduk dengan Firdaus, Hariz, Naufal tu mana berani dia buat macam tu," tambah Arya pula. Felisha mengangguk bersetuju.

"Orang kalau dah perangai teruk lagutu, bergaul lah dengan sesiapa pun... Dia tetap teruk jugak!" sampuk Aishlyn dibelakang.

Benci apabila kedua sahabatnya seperti tidak menyalahkan Khaizul ketika insiden itu berlaku.

Arya memandang Aishlyn melalui cermin.

"Tu salah kau! Haa aku dah kata kan jangan couple dengan dia dulu? Hang ketegaq, haa biaq kena kat muka hang. Rasakan," bidas Arya sinis.

"Sebab tu takleh couple, Aishlyn oii. Tengok! Kan dah sakit hati, orang larang dah takmau dok dengaq," tambah Felisha pula. Aishlyn menyilangkan tangannya di dada sebelum bersandar ke kerusi.

Muka di cemberutkan.

"Ishh backup la aku korang ni, asyik ceramah je. Aku ni kawan korang tau," rungut Aishlyn dibelakang.

"Kau salah. Tiada pembelaan. End of discussion," putus Arya yang membuatkan Aishlyn mengomel sendiri.

"Anyways, we're here," tambah Arya lagi. Terus dia mematikan enjin dan turun daripada kenderaan miliknya. Aishlyn dan Felisha turut keluar daripada kereta tersebut dan menuju ke arah restaurant ala Thai.

Aishlyn meramas jari-jemarinya sendiri apabila mereka melangkah masuk ke dalam restaurant tersebut.

Lututnya terasa lembik apabila matanya sudah melihat tiga sosok yang sedang duduk di sebuah meja yang menjadi tujuan mereka.

"Assalamualaikum," Arya melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan para jejaka.

"Ehhh who are you?! Kitorang simpan tempat dekat kawan kitorang la," marah Hariz apabila Arya duduk di hadapannya.

"Wey tak kenai ka? Arya, Aishlyn, Felisha?" soal Felisha sambil menunjuk ke arah dirinya. Terus ketiga jejaka itu ternganga.

"LAA HAMPA KA?!" terjerit mereka bertiga dibuatnya.

"Amboi segak noh la ni," puji Hariz lagi.

"Uishh besa aaa," balas Arya bangga.

"Todiaa muka flawless la ni,... cengkung habih," tambah Naufal pula. Felisha mengibas-ngibas tudungnya dengan senyuman lebar di bibir.

Biasalah bila sahabat-sahabat lama berkumpul kembali, usik mengusik itu pasti!



🌸-natarysss-🌸

3|| Lynzul's First LoveWhere stories live. Discover now