Bab 62

4.9K 124 16
                                    

"Kenapa ni Tya?"tanya atok.

"Tak tau tok. Sakit ni dekat dada ni"akau memberitahu atok bahagian mana sakit tu datang.

"Oh.. bengkak susu lah ni. Sat, atok pi ambik ayaq suam dengan tuala"atok berlalu mengambil barang yang dikatakan tadi. Ghazli yang ada dekat dengan aku terjungkit kening. Takkanlah dia tak tahu bengkak susu tu apa?

Tidak lama selepas itu, atok kembali dengan membawa satu besen kecil yang berisi air suam dan tuala kecil. Besen itu dihulurkan kepada Ghazli. Ghazli menyambut tanpa banyak tanya.

"Ni nak buat macam mana ni tok?"tanya ku.

"Tuamlah dekat dada tu".

"Lagu mana nak buat ni?"pening aku mahu menuam macam mana. Maklumlah pertama kali menjadi ibu.

"Ya Allah.. li, hang tuam sat dekat dada dia tu"suruh atok seloroh je bercakap.

"Hah?! Li, tok?"Ghazli terkejut apabila atok menyuruhnya menuam tuala pada dada ku.

"Ih! Tak maulah. Baik Tya buat sendighi"cengih ku. Tuala kecil di tangan Ghazli aku rampas.

"Hang jangan ketegaq sangat. Dia laki hang. Biaqlah dia yang tolong hang. Dah, aku nak pi buat kerja lain. Berlambak lagi dekat belakang nuh"omel atok dan terus berlalu meninggalkan aku dan Ghazli di situ.

Ghazli memandang aku dengan tanda tanya. Kening aku berkerut melihanya yang tercongok di hadapan aku.

"Apa pandang-pandang?"soal ku.

"Dah isteri sendiri takkan tak boleh nak pandang?"jawab Ghazli. Wajah aku berkerut menahan sakit. Di tambah pula rasa sakit hati bila Ghazli ni ada depan mata.

"Nak abang tolong tak ni?"tanya Ghazli. Aku diam menjeling. Akan tetapi dada aku ni masih terasa sakitnya.

"Tak nak sudah"Ghazli bangkit mahu menapak pergi.

"Eh! Ish! Yelah-yelah" aku pasrah. Tuala kecil di serahkan kepada Ghazli dan membiarkan dia melakukan proses penuaman.





Aku kembali merebahkan badan aku setelah rasa sakit itu hilang. Jelingan aku berikan kepada Ghazli dan aku mengalihkan pandangan aku pada telefon bimbit. Ghazli bangun dari duduknya dan membawa besen itu ke dapur.

"Kita dah tolong dia, dia boleh jeling dekat kita. Bukan nak berterima kasih dengan kita ni. Ee..! Sabar Ghazli, sabar. Ini semua untuk dapatkan balik hati dia"omelnya sendiri.

Telefon bimbit milik Ghazli tiba-tiba berdering. Bebola mata ku kalih memandang ke arah telefon Ghazli berada. Tidak lama selepas ia berdering, Ghazli menjawab panggilan itu. Aku menayang raut meluat. Sudah ku duga siapa yang menelefonnya kalau buat si Daria tu.

"Hello"jawab Ghazli.

"You... bila you nak balik. I miss you"ujar Daria di hujung talian dengan leretan suara manjanya itu.

"Tya tangah berpantangkan. Kau tak faham ke?"marah Ghazli. Hari ini sahaja sudah berkali-kali dia bertanya soalan yang sama. Naik serabut Ghazli dibuatnya.

"Alaa.. dia tengah berpantangkan, bukannya boleh buat apa-apa pun, baik you dengan I"goda Daria. Ghazli menggulingkan bebola matanya.

"Kau jangan nak mengada Daria. Aku dah bagi muka dekat kau, kau jangan nak pijak pula"Ghazli memberi amaran.

"Ish! Yelah,yelah. Pergilah layan isteri berpantang you tu"terus talian dimatikan oleh Daria. Ghazli meletakkan telefon bimbitnya kembali diatas meja dan menyambung kembali kerjanya.

▪️▪️▪️

Masa berjalan begitu pantas. Hari ini sudah masuk hari ke 30 aku berpantang. Anak aku pula sudah pun mempunyai nama. Atas perbincangan dan bertolak ansur antara aku dan Ghazli, terjadilah nama Nur Huraiyah Eryna yang bermaksud cahaya, perempuan cantik, bidadari.

Hari ini juga diadakan majlis aqiqah buat puteri aku. Ramai tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis. Ahli keluarga Ghazli juga turut datang hadir. Tidak lupa juga Daria yang sudah sarat mengandung.

"Alololo.. comel cucu mak ni..."tegur Mak Ghazli datang melihat puteri aku yang sedap tidur di dalam buaian yang disediakan oleh tukang pelamin.

"Ni nama apa ni Tya"tanya mak lagi. Huraiyah Eryna di ambil lalu di bawa ke dalam gendongannya.

"Nur Huraiyah Eryna, mak. Nama tu Tya dengan Ghazli yang bagi". Tutur ku menarik senyum.

"Cantik.. nama. Ni, mak nak tanya sikit".

"Apa dia mak?"tanya ku.

"Kamu dengan Ghazli macam mana? Mak tahu bukan senang Tya nak maafkan Li tu. Kalau mak dekat tempat Tya pun, mak sakit hati. Tapi, kalau boleh cuba bertahan. Tuhan tak suka akan penceraian ni. Mak nak, Tya bincang elok-elok dengan Li ya"ujar mak.

Kata-kata mak, sedikit sebanyak membuatkan aku agak terkesan. Hati aku ni masih lagi tidak dapat menerima Ghazli. Luka yang Ghazli pernah tinggalkan cukup dalam untuk dipulihkan kembali.

Saat itu, Daria datang menghampiri dengan jalannya yang terhuyung-hayang membawa perut. Dia menghulurkan tangan mahu menyalami tangan mak. Tangan mak dihulur. Akan tetapi, belum sempat dahi Daria menyentuh kekura tangan mak, pantas mak menarik tangannya kembali.

"Tya, nanti aku berpantang, jemputlah datang melawat aku ya. Tapi jangan bawa Ghazli balik sekali"perli Daria menarik senyum.

Aku memandang Daria sinis. Dia ni tak sedar diri lagi ke? Dah sarat macam ni masih nak cari gaduh dengan aku. Apa lagi yang dia ni tak puas hati dengan aku.

"Aku tak laparlah dengan suami kau tu. Anak aku ni pun dah cukup membahagiakan aku"bidas ku. Sedikit pun tidak terkesan dengan apa yang dikatakan Daria.

"Baguslah kalau kau tak peduli. Lagi senang aku nak minta Ghazli ceraikan kau"sinis Daria.

Mak yang ada di sebelah aku mula cengih. Kalau di ikutkan hati nak saja mak menenyeh mulut Daria tu dengan cili. Nasib baik aku menahan mak dari menyerang Daria.

Daria pun berlalu dengan rasa sombong dan angkuhnya. Mendapatkan Ghazli yang sedang melayan tetamu di luar.




Majlis berjalan dengan baik walaupun ada saja yang mengganggu ketenteraman majlis. Siapa lagi kalau bukan Daria. Ada saja yang dia merungut kepada Ghazli. Ghazli pula terpaksa melayankan karenah dia.

Aku membawa puteri aku ke bilik bagi menyusu anak aku yang sudah mula kelaparan. Di dalam bilik, aku hanya termenung sambil anak aku menyusu badan. Tika itu, satu ketukkan pintu menghentikan lamunan aku. Pintu dikuak dari luar dan seseorang menapak masuk ke dalam bilik.

"Eh! Ss.. sorry. Tak tahu pula sayang tengah menyusu"tutur Ghazli cuba mengalihkan pandangannya.

"Kau nak apa?"tanya ku memandang ke arahnya.

"Aa.. abang nak ambil barang"kata Ghazli. Tiba-tiba pula boleh gagap orang tua ni.

"Ghazli, aku nakkan jawapan dari kau soal permintaan aku waktu di hospital tempoh hari". Ghazli kaku. Badannya di balikkan menghadap aku. Dia memang tiada jawapan untuk itu.

"Aku nak kau ceraikan aku"pinta ku. Kami berbalas pandangan. Ghazli diam tanpa kata. Berat hatinya untuk melepaskan aku. Kerana hatinya masih lagi sayang dan cinta pada seorang wanita bernama Etyani Meerlina.




Bersambung...

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now