Bab 5

6K 214 9
                                    

Bas bertolak dari pekarangan kampus ke destinasi dimana aku dan kawan-kawan aku akan menjalankan aktiviti perkhemahan. Rakan sekelas aku tak adalah ramai sangat setakat 26 orang itu biasalah. Rakan sekelas aku ni lebih ramai lelaki dari perempuan. Lelaki ada 15 orang perempuan pula 11 orang.

Sepanjang perjalanan, aku hanya diam memandang ke luar tingkap. Mengingatkan kata-kata Ghazli tadi membuatkan hati aku menggelegak mahu meletus.

"Ui! Termenung jauh nampak"sapa Eliza menyinggul bahu aku.

"Tak adalah. Aku pening sikit. Lama tak naik baskan"nafi ku.

"Ke.. kau teringat abah aku"usik Eliza mengjungkit kedua keningnya.

"Kau ni.. jangan merepek boleh tak"laju tangan aku mencubit lengan Eliza.

"Aduh.. sakitlah.. usik sikit pun tak boleh"monyok Eliza.

"Alololo..lain kali janganlah cakap benda merepek macam tu. Kalau tak nak kena lagi"sengih ku.

"Tapi.. best tau kalau kau jadi mak tiri aku. Boleh borak-borak".

"Eh.. tak ada maknanya. Yang kau kemarut nak aku jadi mak tiri kau ni kenapa? Dah tak ada ke perempuan yang seumur abah kau tu".

"Aku cakap je lah. Kalau dapat best juga".

"Kalau aku jadi mak tiri kau, tak ada maknanya aku nak baik dengan kau. Aku.. akan buat kau macam cinderela nak?"usik aku menjungkit senyum.

"Jahat lah kau ni".

"Dah tahu aku jahat, pergi fikir benda yang mustahil berlaku tu kenapa?".

"Kau ni..itu cuma angan okay. Imagination".

"Tapi kan, kenapa kau macam tak suka abah aku?"soal Eliza lagi. Mengiringkan badannya ke arah aku.

"Kau nak tahu?". Laju Eliza mengangguk.

"Abah kau tu, pergi sound rambut aku depan ahli perusahaan. Mahu tak malu aku. Itu yang buat aku benci dengan abah kau tu".

"Oh.. sorrylah. Abah aku memang macam tu. Mulut laser sikit. Samalah macam kau. Sesuai".

"Eh kau ni.."aku bercekak pinggang. Terus Eliza menutup matanya pura-pura tidur. Bibirnya menguntum senyum.

▪️▪️▪️

Aku mendirikan khemah dengan dibantu oleh Eliza, Hani dan Riri. Tak adalah susah sangat nak pasang khemah ni. Bak kata orang puteh, small metter. Seusai itu, aku mengambil peluang untuk merebahkan badan aku didalam khemah.

"Tya, jom mandi air terjun"ajak Riri.

"Tak naklah.. aku penat. Nak tidur"jawab aku masih memejamkan mata.

"Ala.. jomlah.. tak syoklah macam ni. Pergi camping tapi duduk je dalam tent"rungut Riri.

Aku memandang Riri tajam mendengar rungutannya. Aku mengeluh berat.

"Iyalah, yalah.."aku bangun dari tiarap keluar dari khemah mengikuti jejak Riri yang sudah tersenyum riang.

Riri menarik tangan aku menghampiri Eliza dan Hani yang sudah sedia ada di pinggir air terjun. Eliza dan Hani melambai ke arah kami. Senyum aku tarik melihat mereka gembira.



Amirul duduk melutut menyusun kayu api untuk membakar ungun api pada malam ini. Haziq menghampiri membawa seikat kayu untuk persediaan.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now