Bab 3

6.7K 229 5
                                    

Aku berbaring diatas sofa sambil menonton televisyen drama korea. Aku sebenarnya tak adalah suka sangat tengok drama korea ni. Disebabkan kawan aku suka sangat tengok, aku turut terjebak.

"Dik"panggil Raqil melabuhkan duduknya di atas sofa berangkai dua.

"Dik!!"Panggilnya lagi oleh kerana aku tidak menyahut panggilan pertamanya.

"Ye.. apa dia? Adik dengarlah"jawab ku. Mata aku masih melekat dikaca tv.

"Abang Lieq tanya, kau tak nak masuk office ke?"tanya Raqil.

"Tak nak"jawab ku. Kerepek kentang aku sumbat ke dalam mulut. Tak ada makna aku berjogging petang tadi.

"Habis tu, adik nak buat apa dekat rumah?"tanya Raqil lagi.

"Teman ibu"selamba saja aku menjawab.

"Aku tengok kau duduk rumah tak buat apa pun. Asyik tengok tv, main phone, lepastu membuta"omel Raqil.

"Eh! Atleast adik ada dekat rumah tau. Tak adalah ibu sorang-sorang"balas ku.

"Masuklah office dik. Kau tak kasihan kan abang kau seorang ni ke? Banyak kerja aku tahu tak"pujuk Raqil dengan muka meminta kasihannya. Aku menoleh. Kening aku angkat sebelah. Tangan aku bawa ke dagu mengusap perlahan. Berfikir.

"Ha! Tunang hang kan ada. Pi ajak dia kerja dengan hang"kata ku tersenyum.

"Kak Azi tu cikgu dik. Kau ni.. nak cakap bodoh, nanti kau marah. Apasallah aku ada adik bengap macam kau ni"bidas Raqil.

"Same goes to me. Business is not my type. Adik nak jadi doktor tau. Bukan business women". Aku memeluk tubuh merengus.

Raqil mengeluh berat. Dia tidak tahu macam mana lagi untuk memujuk aku agar menjerumuskan diri didalam bidang perniagaan yang sudah menjadi warisan keluarga.

▪️▪️▪️

Di satu rumah, Eliza melabuhkan duduknya di sebuah sofa. Dia melihat abahnya sedang ralik menonton televisyen. Inilah masanya untuk membodek.

"Abah.. next weekkan.. Kawan-kawan Liza cadang nak pergi camping"tutur Eliza.

"So?".

"Liza nak ikut boleh?"pinta Eliza dengan senyum lebar mengharap agar abahnya membenarkan dia untuk turut serta.

"Kawan-kawan yang mana?".

"Kawan-kawan masa kolej dulu. Bolehlah abah.. Liza boringlah duduk rumah je. Sementara tunggu panggilan kerja, baik Liza luang masa dengan kawan-kawan."tutur Eliza cuba memujuk abahnya yang sedikit keras hati untuk membenarkannya. Yalah.. seorang je anak. Mana tak risau.

"Okay.. but make sure, jangan buat perkara yang abah tak suka. If not, abah akan tarik balik kredit kad Liza"tutur abahnya tegas.

"Okay bah. I'm promise". Eliza mengangkat jari kelingkingnya tanda berjanji.

"Love you dad"Eliza memeluk abahnya dengan perasaan gembira. Abahnya turut mengukir senyum melihat satu-satunya anaknya gembira.

▪️▪️▪️

Aku melihat barang keperluan yang harus aku bawa ke perkhemahan lusa. Aku melihat senarai barangan silih berganti dengan barang yang ada diatas rak. Sedang aku menilik, tiba-tiba seseorang melanggar aku. Terus aku menoleh dengan wajah berkerut.

"Eh! Eliz!"sapa ku. Terus hilang kerut diwajah aku.

"Tya, lamanya tak jumpa.. kau macam mana sekarang?"tanya Eliz atau nama sebenarnya Eliza.

He's my Mr. Hot [✔️]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora