Bab 42

4.7K 169 10
                                    

"Abang buat apa dekat sini?"soal ku duduk di pangkin. Ghazli turut melabuhkan duduknya.

"Abang nak bawa sayang balik"ujar Ghazli.

"Buat apa?! Cukuplah abang dan Eliza dah seksa hidup Tya"ujar ku sedikit marah.

"Tya, apa yang abang seksa hidup Tya. Tell me. Abang tak pernah dera Tya. Pernah ke abang pukul Tya?"Soal Ghazli.

Aku terdiam sendiri. Aku tahu kata-kata aku tidak seiring dengan apa yang telah berlaku dalam hidup aku sepanjang aku bersamanya. Akan tetapi, ego aku cukup tinggi untuk tidak termakan dengan tutur bicaranya.

"Sayang.. please. Forgive me. Eliza pun dah mengakui kesilapan dia"rayu Ghazli.

Aku diam. Perlu ke aku bagi dia peluang. Tapi, waktu aku begini, aku amat memerlukannya. Tak Tya, jangan kau mudah sangat terpedaya. Dia dah perangkap kau Tya. Tidak mustahil dia akan perangkap kau balik.

"Abang balik lah. Tya tak perlukan abang dekat sini. Atok ada boleh jaga Tya"tutur ku. Lantas menapak pergi dari situ.

Ghazli mengeluh hiba. Kepalanya menunduk memandang tanah. Bukan mudah untuk dia memujuk hati sekeras batu seorang Etyani Meerlina itu. Badannya direbahkan kebelakang dan tangan direhatkan diatas kepala. Anak matanya merenung langit yang biru dilitupi dengan awan yang putih bak gula-gula kapas.

"Li!"sahut atok dari pintu dapur.

"Ya tok"jawab Ghazli mengangkat badannya sedikit.

"Satgi makan sini ja na. Atok dah masak ni"ujar atok.

"Baik tok"jawab Ghazli pula. Sebaik sahaja atok masuk semula ke dapur, Ghazli merebahkan badannya kembali. Kini, kedua tangannya berada di bawah kepala sebagai bantal.

▪️▪️▪️

Selesai makan tadi, aku hanya duduk di beranda rumah sambil termenung. Malas mahu bersemuka dengan dua beranak tu. Sedang asyik aku termenung, datang seseorang berhampiran ku. Dapat aku lihat dengan jelas siapakah gerangan itu melalui ekor mata aku.

"Mumm.. em.. Tya, aa..aku nak minta maaf dekat kau. Aku tahu aku salah. Aku menyesal sangat. Maafkan aku Tya"tutur Eliza. Aku mendiamkan diri. Berpura-pura tidak mengetahui akan kewujudan dia disitu.

"Tya, aa..aku tahu kau tak akan maafkan aku dan kau still marahkan aku. Tapi.."

"Dah tahu, kenapa nak minta maaf juga"herdik ku tanpa memandangnya. Eliza bagaikan hilang upaya untuk bercakap seketika apabila diherdik sebegitu oleh ku.

"Kau tahu aku macam mana. Kau dah kenal aku lama Eliza. Tapi kau still buat aku macam tu"kata ku tegas dan dalam.

Langkah Ghazli yang ingin menghampiri terbantut apabila mendengar suara aku yang tegas berbicara dengan Eliza.

"Aa..aku tak ada pilihan waktu tu. Tapi, bila aku tengok kau dengan abah aku makin akrab dan akur, buat aku rasa macam dulu balik. Hidup aku lengkap Tya".

"Kau fikir hidup kau je?! Aku ni?"drastik ku berdiri menghadap Eliza. Nada aku naik seoktaf.

"Ada kau fikir pasal hidup aku? Kau kawan baik aku tau. Kau tahu apa impian aku. Tapi apa kau buat? Kau pentingkan diri kau sendiri!"hambur ku dengan amarah.

"Tapi kau bahagiakan? Aku boleh nampak Tya. Semua orang boleh nampak. Kau sayangkan abah aku. Kau cintakan dia. Tapi kau tu ego! Kau tetap dengan pendirian kau! Dan tak pernah fikir perasaan abah aku"giliran Eliza pula mengherdik ku.

Aku kelu. Bagaikan seperti terkena panahan sendiri. Ya. Aku lupa. Aku lupa soal perasaan Ghazli. Aku lupa tentang semua yang dia lakukan untuk aku.

"Please Tya. Kalau kau tak nak maafkan aku tak apa. Aku faham. Tapi tolong, terima abah aku. Dia sanggup datang dari KL ke sini, semata-mata untuk jumpa kau. Please Tya. Aku merayu dekat kau"Eliza menyusun sepuluh jari merayu kepada aku.

Aku memandang Eliza tajam dengan mata yang merah dan berkaca. Tanpa sepatah kata, aku berlalu masuk begitu sahaja. Figura Ghazli yang turut ada disitu aku hiraukan.

Eliza memejamkan matanya. Nafasnya ditarik panjang lalu dihembus perlahan seraya mendengar bunyi hentaman pintu dari aku.



"Hello.."

"Hello adik.. awat tak call Ibu. Ibu risau tau. Adik macam mana? Sihat? Baby?"berduyun-duyun soalan yang keluar dari mulut ibu.

"Adik okay ibu. Baby pun sihat. Ni.. adik nak habaq yang Ghazli ada dekat penang. Dia baru sampai tengah hari tadi"tutur ku.

"Dia buat pa dekat sana?".

"Tak tau lah. Nak pujuk adik katanya"kata ku lagi.

"Baguih lah kalau lagu tu. Adik toksah lah duk ketagaq sangat. Pikiaq baby jugak. Baby pun perlukan kasih sayang pak dia jugak"pesan Ibu.

"Tengoklah macam mana ibu. Ni, adik nak keluaq sat ni. Nanti adik call ibu balik".

"Iyalah. Jaga diri tau. Assalamualaikum"pesan ibu lagi.

"Iya.. wa'alaikumsalam". Talian terus dimatikan. Aku mengcapai dompet lalu menapak keluar dari bilik.

Kepala aku jenguk ke ruang tamu. Tiada siapa di sana. Kemana pula pergi semua orang. Bahu ku jungkit tidak mahu ambil peduli. Aku meneruskan langkah aku keluar rumah. Tiba-tiba pula tekak aku ni mengidam nak makan ais batu campur. Nasiblah kedainya tidak berapa jauh dari rumah. Boleh pergi jalan kaki.

Sebelah kaki menyarungkan selipar, suara sahutan atok kedengaran dari halaman rumah. Aku mengeluh berat. Haluan yang tadinya mahu ke kedai terpaksa ku ubah ke arah atok terlebih dahulu.

Melihat Ghazli dan Eliza yang turut ada disitu membuatkan hati aku menggelegak panas. Membuak-buak pula rasa mahu menelan ais batu campur ni.

"Nak pi mana?"tanya atok.

"Tya nak pi kedai mak si bendul jap. Nak beli ayaq batu campuq. Teringin"ujar ku menarik senyum.

"Li, pi teman Tya sat"pinta atok. Terus raut wajah aku berubah cemberut.

"Tak pa atok, Tya poleh pi sendiri"tolak ku.

"Bahaya. Kalau jadi apa-apa tengah jalan nanti sapa susah. Jangan ketegaq"tegas atok.

"Ish!"dari ku berkerut geram berserta dengusan. Kaki aku laju menapak ke arah kereta milik Ghazli.

Tombol pintu kereta aku tarik. Terkunci. Aku memanjangkan leher aku melihat ke arah Ghazli yang masih duduk di atas pangkin.

"Duduk tercongok dekat situ lagi buat apa?! Nak teman sangat kan!"laung ku geram. Pantas Ghazli turun dari pangkin menuju ke keretanya. Kunci kereta di buka lantas memasuki perut kereta tanpa sebarang kata.



Bersambung...

Bab ni tak ada yang menarik sngat pun. Maybe nanti sis akan masukkan watak antagonis sikit supaya lebih banyak konflik. Boringlah kalau tak ada antagoniskan? Enjoy reading.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now