Bab 60

5K 129 30
                                    

Ibu, papa dan Eliza masuk ke dalam wad setelah mendapat khabar dari doktor bahawa aku berada dalam keadaan stabil dan masih belum sedarkan diri. Papa mengangkat anak aku yang di letakkan diatas katil bayi bagi mengambil alih tugas 'iqamat.

Setelah selesai 'iqamat, anak aku diletakkan kembali dia atas katil bayi. Pada waktu itu, pintu wad aku di tolak dari luar. Terpancul figura pak ngah di muka pintu.

"Tya macam mana?"tanya pak ngah pada ibu yang masih berpakaian koperat.

"Tya dah stabil. Sekarang tunggu dia sedar je"jawab ibu yang setia di samping aku.

"Anak Tya mana?"tanya pak ngah tersenyum gembira.

"Ni. Comelkan pak ngah. Macam muka mummy"kata Eliza gembira.

"Comelnya.. sebiji macam muka mummy dia waktu kecil dulu"Tutur Pak ngah mencuit pipi gebu anak aku.

"Ingat lagi kau ye muka Tya waktu kecil"celah papa menarik senyum.

"Mestilah ingat long. Aku yang jaga dia dari kecik"jawab Pak ngah.

Pak ngah mengangkat anak aku lalu dibawa ke dukungannya. Bibirnya mengukir senyum lebar melihat anak aku yang nyenyak tidur.

"Ghazli mana?"soal pak ngah. Masing-masing diam tanpa kata. Riak wajah pakngah yang tersenyum lebar mula memudar apabila melihat ibu, papa dan Eliza yang tertunduk mendiamkan diri.




Pintu rumah di tolak kasar dari luar. Kaki pak ngah di atur laju masuk ke dalam rumah. Terlihat Mak ngah, Daria dan Ghazli bergelak tawa di ruang tamu. Lantas pak ngah melulu ke arah Ghazli.

"Eh! Kau bangun!"amuk pak ngah menarik kolar baju milik Ghazli. Lantas satu tumbukan hinggap di muka Ghazli terus membuatkan Ghazli jatuh tersungkur di lantai.

Daria melihat ayahnya menumbuk Ghazli pantas dia menghampiri Ghazli yang terduduk di lantai memegang rahangnya.

"Abang ni dah kenapa? Balik- balik pukul Ghazli macam tu"soal mak ngah bengang dengan tindakan suaminya yang melulu.

"Aku kenapa?! Ni, menantu kau ni yang kenapa! Sanggup eah kau biarkan Tya bersalin seorang diri, sementara kau bergelak tawa dekat sini! Eh! Kau ni suami jenis apa ha?!"amuk pak ngah. Ghazli tersentak. Jadi benar apa yang Eliza katakan tadi bahawa isterinya akan melahirkan.

"Abang percaya ke cakap dia tu. Dia saja je nak raih perhatian dari Li ni"sinis mak ngah.

"Kau diam Timah! Sebelum pelempang aku ni melekat dekat muka kau, baik kau diam!"tengking Pak ngah pada isterinya. Terus tertelan kata mak ngah apabila ditengking sebegitu.

"Ayah, apa mak kata tu betul. Tya tu sengaja pura-pura sebab nak perhatian dari Ghazli. Takkan dia tak faham yang Daria ni masih tak sihat"kata Daria berdiri menghadap ayahnya. Cuba menegangkan benang yang basah.

Pang!

Satu tamparan hinggap di pipi Daria. Terteleng wajah Daria menerima tamparan dari ayahnya. Dada pak ngah merombak naik turun menahan amarah yang membuak-buak.

"Kau memang dah melampau Daria! Ayah sendiri yang pergi tengok Tya dekat hospital! Sekarang Tya terlantar dalam wad tak sedarkan diri sebab keadaan dia lemah! Itu kau cakap dia bagi alasan lagi!"tengking Pak ngah.

Ghazli diam seribu bahasa. Dia tersilap kerana mempercayai omongan mak ngah dan Daria. Seharusnya dia pergi sahaja ke hospital tanpa memberitahu Daria dan mak ngah.

"Li, aku nak kau pergi hospital sekarang, minta maaf dengan ibu dan papa Tya. Aku nak kau pergi jenguk Tya, dan tengok anak kau! Kau jangan balik ke sini selagi kau tak dapat kemaafan dari keluarga dia!"tegas Pak ngah. Ghazli bangun lantas menapak keluar dari rumah. Daria cuba menahan tetapi di tepis oleh Ghazli.

"Ayah, kenapa ayah buat Daria macam ni! Daria perlukan Ghazli"marah Tya dengan mengalirkan air mata palsu.

"Kau diam! Kau pergi naik atas sebelum ayah hilang sabar!"terjungkit bahu Daria menerima jerkahan dari pak ngah. Benar-benar pak ngah sudah hilang sabar dengan perangai dua beranak itu. Semakin lama semakin menjadi-jadi.

"Dan kau Timah! Aku tak akan teragak-agak untuk lepaskan kau, kalau kau masuk campur urusan rumah tangga Tya dan Ghazli. FAHAM!". Mak ngah mengangguk perlahan tanpa sepatah kata.

▪️▪️▪️

Daun pintu wad di dorong perlahan. Kepala dijenguk ke dalam wad. Suasana wad sedikit gelap hanya diterangi oleh lampu malam. Kakinya menapak satu persatu menghampiri katil. Melihat aku yang terlantar diatas katil membuatkan dirinya rasa bersalah. Punggung dilabuhkan diatas kerusi disamping katil.

Tangan aku di raih dan di bawa ke genggamannya. Air mata lelakinya gugur ke pipi. Kekura tangan ku dikucup penuh sesal.

"Abang minta maaf. Abang khilaf. Sumpah demi Allah abang memang nak datang teman sayang bersalin. Tapi mak ngah dan Daria yang halang abang. Abang tahu abang bodoh sebab mudah percaya cakap dia. Abang sepatutnya kenal sayang. Abang minta maaf sayang"tutur Ghazli dalam esak tangis.

Eliza yang terbaring di atas sofa tersedar dari lena apabila terdengar suara esakkan. Dia bangun dari pembaringan dan menapak menghampiri katil.

"Tak guna abah minta maaf sekarang. Mummy masih belum sedar. Tergamak abah buat macam tu dekat mummy. Liza tak fahamlah dengan abah ni. Abah dah mula cintakan Daria ke apa?"soal Eliza. Rasa marah terhadap abahnya masih lagi membara.

"Liza, abah minta maaf dengan Liza dan abah berterima kasih dekat Liza sebab selalu ada dengan mummy. Soal perasaan abah, memang abah tak boleh nak jawab. Yang Liza patut tahu, abah hanya cintakan mummy seorang saja". Jelas Ghazli.

"Habis kenapa abah tak ceraikan je Daria tu".

"Abah tak boleh ceraikan dia"kata Ghazli tanpa memandang ke arah Eliza.

"Kenapa? Tell me now what was the reason?".

"Sebab abah dah tiduri Daria". Lontar Ghazli memandang ke arah anaknya.

Eliza terkedu. Nafasnya umpama tersekat di kerongkong. Dia tidak menyangka abahnya telah berbuat demikian. Tergamak dia menikam belakang mummynya.

"Astarghfirullah halazim. Kenapa abah buat macam tu? Tergamak abah kan. Sanggup tikam belakang mummy macam tu"hamun Eliza. Sungguh dia sakit hati dengan perilaku abahnya.

"Liza, dengar dulu apa abah nak cakap"Ghazli cuba memujuk anaknya untuk mendengar penjelasan darinya.

"Nak dengar apa lagi abah. Liza cukup kecewalah dengan abah. Sudahlah abah. Abah baliklah. Biar Eliza saja yang jaga mummy"kata eliza dengan penuh rasa kecewa.

Dengan rasa berat hati, Ghazli bangkit dari duduknya dan menapak berat keluar dari wad. Dia melangkah dengan rasa hampa pulang ke rumahnya.

"Kalaulah aku tak terima untuk berkahwin dengan Daria dulu, benda ni tak akan terjadi"diksi Ghazli sendiri.





Bersambung...

Puas hati Author bila Daria kena lempang dengan ayah dia. Bab kali ni mungkin dapat puaskan hati korang. Thanks to pak ngah😁

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now