Bab 41

4.8K 170 8
                                    

Semua mata terarah pada Ghazli. Terkejut apabila telefon bimbit milik Ghazli jatuh ke lantai. Dia menoleh melihat setiap wajah yang ada disitu. Yang menanti akan penjelasan darinya.

"Li, asal?"tanya papa

Ghazli masih diam membisu. Lidahnya kelu mahu menutur kata masih terkejut dengan apa yang didengarinya tadi. Adakah ini hanya mimpi? Atau betul-betul realiti.

"Erm.. Tya mengandung"tutur Ghazli monotone dan tanpa sebarang riak diwajahnya.

Perlahan-lahan senyuman mula mekar dibibir mereka. Itu ialah satu perkhabaran yang sangat baik. Masing-masing senyum mengucap syukur. Kecuali Eliza yang masih terkesan dengan apa yang berlaku antaranya dan aku. Dia sekadar duduk di sofa dan menarik senyum kecil.

"Syukurlah kalau Tya okay"tutur Eliza sendiri.

Dia mengangkat kakinya berlalu ke bilik. Keadaan itu menyedarkan ibu yang turut gembira menerima perkhabaran bahawa aku sedang mengandung. Ibu sekadar menghantar pandangannya sehingga kelibat Eliza mula hilang dari pandangan.

'Apa perlu aku buat untuk kembalikan semangat Eliza'bisik hati ibu.

Dia perlu memikirkan jalan agar Eliza tidak sebegitu. Bahaya jiga dibiarkan begitu. Silap-silap boleh mengalami kemurungan dan tekanan.

▪️▪️▪️
*pasang lagu diatas*(ambil feel sikit)

Aku duduk termenung memandang luar jendela bilik. Melihat akan kanak-kanak berlari berkejaran sesama sendiri. Sesekali memori ku berputar mengingati perkara manis antara aku dan Ghazli. Sungguh aku tidak dapat menipu diri aku sendiri. Aku bahagia dan gembira bersamanya. Tapi kenapa sukar untuk aku kembali kepadanya. Adakah ini semua ego semata-mata?

Angin bertiup sepoi menerbangkan rambut ku yang mengurai. Tangan ku jatuh mendarat diatas perut yang masih kempis. Perut aku usap perlahan. Bibir aku perlahan-lahan menarik senyum tipis.

"Semoga aku dapat membesarkan anak ini dengan baik"tutur ku sendiri.



Ghazli menghayun kakinya selangkah demi selangkah meniti ditepi kolam ikan koi. Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Fikirannya melayang jauh teringat akan si isteri yang jauh nun di sana. Hembusan nafas di hela berat. Jauh di lubuk hatinya sangat merindui si isteri. Tapi, apa yang harus dia lakukan?

Dia menapak ke arah gazebo lalu melabuhkan duduknya. Kedua tangan di tongkat menampung dagu. Hatinya gusar, fikirannya bercelaru. Telefon dikeluarkan dari poket seluar. Nombor telefon si isteri di dail. Beberapa saat berdering, panggilan itu dijawab oleh operator. Talian di matikan dengan sedikit perasaan kesal.

Ikon galeri dibuka. Hanya gambar sahaja yang mampu mengubat rindunya. Melihat gambar senyuman si isteri membuatkan dia merekah senyum tipis.

"Aku tak boleh duduk macam ni. Aku perlu ke pulau pinang. Kalau dia tak mahu berjumpa dengan aku, sekurang-kurangnya aku sudah mencuba"tuturnya sendiri. Lantas dia berdiri dan menapak masuk ke dalam rumah.

Dari sudut yang lain, Eliza berdiri dibalik pintu gelangsar dia terdengar akan tutur abahnya itu. Anak matanya menangkap kehadiran Ghazli yang melangkah masuk.

"Abah, Eliza nak ikut pergi Penang"ujar Eliza.

Ghazli sedikit terperanjat dengan sapaan Eliza yang tiba-tiba sahaja muncul disitu.

"Are you sure? Tak takut mummy marah?"soal Ghazli.

"I'm 100 percent sure. Eliza yang buat silap. Eliza patut pergi jumpa mummy dan minta maaf. Walau berjuta kali sekalipun, Eliza tetap akan minta maaf dekat Mummy"jelas Eliza. Kali ini dia betul-betul bertekad mahu memujuk Mummynya kembali.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now