Bab 48

4K 128 10
                                    

"Li, kau sure ke dengan apa yang kau buat ni? Habis tu anak aku macam mana?"soal encik khalid.

"Kau nak aku buat apa? Cuba kau cakap dekat aku?"Ghazli mempersoalkan apa yang Encik Khalid katakan.

"Benda ni boleh settle dengan baik. Tak perlu sampai nak kahwin semua tu".

"Anak kau yang izinkan. Apa aku boleh buat? Aku tersepit Lid"Kata Ghazli. Kepalanya berserabut dengan masalah yang baru sahaja muncul.

"Kau tak fikir ke anak aku yang tengah mengandung tu? Bukannya anak orang lain. Anak kau juga"tambah encik Khalid lagi.

Ghazli diam. Dia buntu. Lepas selesai satu masalah, muncul masalah yang lain. Dia pun sudah terlanjur setuju dengan cadangan mengahwini Daria. Walau apapun dia harus mengotakan kata-katanya.

"Sorry Lid. Aku terpaksa. Aku minta diri dulu"lantas Ghazli berlalu keluar dari pejabat encik Khalid.

"Haih.. apalagilah masalah yang datang dalam rumah tangga anak aku ni"keluh Encik Khalid.


Ghazli berjalan keluar dari bangunan. Deringan telefon bimbitnya menghentikan langkahnya. Telefon bimbitnya di keluarkan dari poket seluar. Nombor yang tidak dikenali terpapar pada skrin telefon. Tanpa banyak soal, Ghazli terus menjawab panggilan itu.

"Hello".

"Hello you. You dekat mana sekarang ni. Jom teman I fitting baju nikah kita"sahut si pemanggil.

"Daria? Mana kau dapat nombor aku ni?"soal Ghazli.

"I dapat dari my dad lah. Kita kan nak kahwin. Mestilah I kena ada number you"jawab Daria.

"Eh! Tak perlu lah. Aku buat sebab Tya yang cabar aku. Bukannya aku betul-betul ikhlas nak kahwin dengan kau"hambur Ghazli.

"Tak kisahlah.. you ikhlas atau pun tak. The important thing is, now you kena ambil I dekat rumah untuk kita fitting baju"tutur Daria.

Tanpa menjawab, Ghazli terus mematikan panggilan dari Daria. Panas pula hatinya pagi-pagi ni. Dia menyambung langkahnya ke tempat letak kereta. Badan dibolos masuk ke dalam perut kereta dan kereta miliknya meluncur laju ke jalan raya.

▪️▪️▪️

Aku duduk termenung dia atas kerusi menghadap laman rumah. Ipad di tangan aku pandang kosong. Dari jauh, Eliza memandang aku yang hanyut dalam dunia sendiri. Dia menapak mendekati aku.

"Mummy, buat apa sorang-sorang dekat sini?"tegur Eliza.

"Oh! Dah balik. Sorry. Aku tak sedar tadi"kata ku baru tersedar dari lamunan.

"Abah tak balik lagi ke?"soal Eliza. Kepala aku geleng menandakan tidak.

"Ada call abah tak?"tanya dia lagi.

"Ada.. tapi tak angkat. Sibuk kut"jawab aku bersahaja.

"Sibuk apanya. Kejaplah aku call abah"kata Eliza sedikit kesal dengan sikap abahnya.

Telefon didalam beg tangan di capai. Nombor milik Ghazli di dail. Tidak lama kemudian telefon diangkat. Niat Eliza ingin bersuara terhenti apabila terdengar suara sahutan dari seorang wanita di balik panggilan.

"Siapa ni?"soal Eliza.

"It me darling. Daria. Your step, stepmother"jawab Daria.

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now