Bab 21: New family

Start from the beginning
                                    

" You look just like your father. Your eyes," Keturunan mereka yang mempunyai warna mata hazel yang sama. Padanlah Badrul sangsi dengan Ahnaf. Dia sendiri dan Hamidah mempunyai warna mata coklat gelap. Tang mana datang hazel pula?

Namun apapun Ahnaf tetap kacak dalam kalangan keluarganya yang kacak.

" Khairul nak tahu tak? Kalau Khairul duduk dengan nenek, umi mesti happy sangat-sangat sebab umi tahu Khairul akan bahagia sampai ke besar," Pujuk aku pula.

Khairul masih lagi berfikir-fikir. Nak memujuk anak sebesar ini memang mengambil masa untuk meraih kepercayaan. Lain lah macam Kamarul. Belum tahu apa itu neraka dunia lagi.

" He needs time. Tak apa. Aunt Suzan will be here for a month. You can comfort him slowly time by time," Ahnaf memberi kata putus. Aw! Aku suka sisi dia yang nampak matang dan garang. Aura mafia yang mengalir dalam dirinya membuatkan aku mengigit bibir.

" Kesian isteri Ahnaf dah lapar sampai gigit bibir, bonda. Jom kita makan,"

Hm kesitu pula!

Dua sepupu perempuan Ahnaf itu masih tidak membuka mulut daripada tadi. Mata mereka masih memandang ke arah anak-anak Hamidah.

" Kenapa mereka ni senyap je daripada tadi?" Bisik aku kepada Ahnaf. Curious lah bila mereka tak memberikan respond.

" Biasalah bila terima berita nak dapat ahli keluarga baru. Mestilah terkejut. Nak nak anak daripada abang jahil mereka tapi sayang jangan risau. Mereka tu ok je."

Aku menoleh semula ke arah mereka. Dan aku perasan mata mereka galak memerhatikan aku tadi terus memandang ke tempat lain. Langkah mereka dipantaskan ke ruang makan rumah ini.

Aku hanya mengangkat bahu. Mungkin mereka tertanya-tanya tentang kewujudan aku di dalam rumah ini.

Sampai di ruang makan, aku hampir terliur melihat masakan yang terhidang di atas meja makan panjang. Dari nasi briani sehingga ke kambing golek membuatkan perutku berbunyi.

" Sayang, sorry. Ini awak punya," Aku menoleh ke arah dulang di sebelah hujung kanan meja. Aku mengeluh. Tak habis-habis makanan pantang.

• Ikan siakap stim halia dengan sayur.
• Sayuran masak lada hitam dengan ikan bilis.
• Nasi putih + crunchy garlic.

" Tak baik mengeluh depan rezeki. Abang suap ya?"

Aku terpaksa mengangguk akur. Kami duduk lalu menikmati hidangan. Aku masih tak puas hati dengan hidangan yang mereka berikan kepada aku. Ibarat seperti dibahagikan dengan taraf B40 dan T20.

Bukannya tak boleh makan semua tu. Cumanya bonda nak pastikan aku dapat makanan berkhasiat supaya badan aku tidak mengalami sakit-sakit sebelum mencapai usia tua.

Melihat wajah cemburut aku, Ahnaf senyap-senyap menyuapkan aku daging kambing perap yang dipanggang itu.

" Janji tak bagitahu bonda?"

Aku mengangguk laju dengan hati yang melonjak kegembiraan. Aku makan sekeping daging dengan kunyahan yang perlahan.

" Sebab sayang awak je tau. Awak ingat abang sampai hati tengok muka awak sedih je?" Bisik Ahnaf kegeraman.

" Sayang abang 20 kali ganda!" Terus aku menghadiahkan dua mini love kepadanya.

" Borak apa tu?" Bonda berkerut melihat kami. Bonda memang jaga adab keluarga di meja makan. Tak boleh bising semasa makan.

" Tak ada apa, bonda," Serentak kami membalas.

" Kalau Bashir tahu yang anak dia ada dengan family dia macam mana? Dia takkan apa-apakan mereka ke?" Bisik aku dengan suara yang paling perlahan. Tak nak kena tegur untuk kali kedua.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now