Bab 18: Stronger than steel

Start from the beginning
                                    

" I need to tell you something. But promise you hear me and trust me through the whole story."

" Apa ni? Siapa mereka sebenarnya?" Dia mengerling ke arah Simon dan Woozi. Aku memandang ke arah mereka lalu mengarahkan untuk membelikan kami makanan di kafe bawah.

Aku memejamkan mata sebelum melepaskan helaan nafas halus. " Abang keturunan Tuan Besar Malek."

Tuan Besar Malek??? Macam mana pernah dengar. Beberapa minit seketika, matanya terbeliak luas.

" No way! Jutawan abu dhabi yang buat hubungan diplomatik dengan Malaysia tu??" Jerit Cahaya.

Aku mengangguk perlahan. Percayalah tak best pun jadi keturunan orang terkaya di negara Timur Tengah ni. Banyak musuh dan selalu dikelilingi media yang tak henti-henti nak tahu tentang kehidupan kami.

" Harta keluarga Malek ni banyak sangat tak terhingga. Jadi atuk ciptakan satu organisasi gelap untuk dia curahkan duitnya dan dalam masa yang sama ia menjana semula kebaikan terhadap keluarga. Jawatan untuk memegang organisasi keluarga yang terdiri daripada mafia-..."

" Mafia??!" Sekali lagi dia menjerit.

" Shhh!! Angel, lower your voices. Dah malam ni,"

" Oh sorry sorry. Teruskan,"

" Mafia, stok simpanan senjata api, casino dan lain-lain. Jawatan ni hanya keturunan lelaki sahaja yang dapat memegang takhta. Memandangkan bonda anak kedua dalam kalangan 8 adik beradik dan adik-adiknya semua perempuan, jadi abang sebagai cucu lelaki kedua selepas Bashir; cucu sulung lelaki yang merupakan anak kepada abang sulung bonda terpaksa sandang jawatan ni untuk keluarga Malek selepas kematian Tahmid iaitu abang sulung bonda," Aku menyusun ayat dan menuturkan perlahan-lahan agar Cahaya dapat tangkap susur galur keluarga yang amat memeningkan ni.

" Faham. Kenapa bukan Bashir yang sandang jawatan ni kalau dia masih hidup?"

" Good question. Sebelum atuk meninggal, Bashir yang bunuh ayahnya sendiri untuk dapatkan takhta ni dengan cepat,"

" What the heck??" Cahaya menekup mulutnya. Dia tak sangka ada lagi manusia kemaruk dengan kuasa dunia ni sampai sanggup berbunuhan.

Aku sekali lagi mengangguk. " Disebabkan itu, atuk buang dia daripada keluarga dan meletakkan abang sebagai pewaris yang seterusnya. Kami menggunakan ala-ala sistem hierarki menerusi adik beradik bonda mengikut kelahiran. Walaupun ada cucu lelaki yang lagi tua daripada abang tapi mereka tak boleh nak memotong giliran sampailah tiba masanya."

" Penurunan takhta ke generasi seterusnya macam mana?"

" Either my son will inherited this legacy or i need to be dead and give it to the next grandson,"

Cahaya mengangguk faham. Nasib baik aku tak perlu lukis untuk dia faham penceritaanku.

" Jadi apa kena mengena dengan kita sekarang?" Soalan berat dilontarkan oleh Cahaya. Aku membelai kepala yang bertutup dengan tudung shawl jersey berwarna hitam itu.

" Bashir nak hapuskan cucu-cucu lelaki agar organisasi ini sama ada dibubarkan atau dia akan menjadi pewaris tunggal selepas ni. Dia dah bunuh 3 ahli keluarga kami di sana dan sekarang ni dia nak buru abang pula. Dia cari sayang sebab dia tak nak ada pewaris lelaki daripada keturunan abang. Sebabtu sayang terkena tempias konflik keluarga besar abang. I'm sorry, angel. Abang tak tahu yang dia akan kembali setelah dia ditangkap polis arab saudi di sana. Disebabkan ni juga kita kehilangan anak kita," Aku memeluknya erat. Dan dia membalas kembali.

Mungkin dia faham akan situasi hidup kami yang dah berubah ke genre aksi dan misteri.

" Saya redha dah, abang. Sekurang-kurangnya saya dah tak risau bila dapat tahu dia menunggu kita di syurga," Suara ini kedengaran tenang di pendengaran aku tapi aku tahu dalam hatinya tak sama dengan apa yang dia katakan.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now