Bab 17: Shocking news

Start from the beginning
                                    

" Bonda dah jumpa perempuan tu?" Aku kalau boleh nak mengelak daripada berjumpa dengan Hamidah. Aku tahu aku tak mampu nak menahan diri daripada menyerang dia. Kemungkinan besar aku akan melempiaskan amarah ku kepada wanita yang sedang berpantang itu.

" Dah tapi dia tak nak buka mulut. Dia kata dia takut,"

" Dia nak takut apa lagi? Dah kantoi pun. Kan senang kalau dia buka cerita?"

" Bagi dia masa sedikit. Bonda takut dia meroyan pula nanti," Pujuk bonda. Aku mengabaikan mereka dan terus memfokus kepada Cahaya. Tangannya kukucup lalu dahinya menjadi tempat persinggahan bibirku.

" Wake up, angel. I miss you so damn much. Sampai hati sayang biarkan abang berjaga lama-lama. Armani dah mula rindukan awak. Kami berdua rindukan awak, sayang," Bisik aku ke telinganya.

" Kalau Ahnaf nak jawapan kepada semua ni, ada baiknya Ahnaf rendahkan ego, bersabar dan bersikap rasional dan terus berjumpa dengan Hamidah sendiri." Lantas bonda keluar meninggalkan kami. Aku mengarahkan beberapa daripada mereka mengikut bonda untuk keselamatan wanita itu. Mereka pergi dengan kadar segera.

Zavian datang mendekati aku. " So how?"

" Make that woman to open her mouth. Or not..." Aku memberikan pandangan tajam.

" ...A son for a son,"

Zavian mengangguk akur. Dia keluar meninggalkan mereka. Na'eem yang masih berada dengannya disuruh untuk mendekati.

" Did you guys found him anywhere?"

" Yes. After the divorcement process successful yesterday, we found out he made a comeback by finding strong evidence about Hamidah."

Agak mengejutkan apabila segala kebenaran baru nak muncul selepas terjadi perkara buruk terhadap kami.

" Set an appointment with him. I want to meet him as soon as possible," Arah aku dan dengan sekali arahan, aku dapat apa yang aku nak.

Aku pulang ke rumah sementara untuk membersihkan diri. Dua anak buah aku letakkan di wad Cahaya untuk menjaga dan mengawal sesiapa yang keluar masuk. Sekarang ni orang paling rapat pun boleh jadi musuh ketat buat masa ni.

Kemeja hitam aku ambik dari wardrobe. Aku melipat lengan sampai ke siku lalu mengelkan rambut sehingga kemas menggunakan sikat.

Jo Malone London Myrrh & Tonka Cologne Intense aku sembur di segenap badan aku. Wangian kesukaan Cahaya yang dia hadiahkan untuk aku sempena ulangtahun kami.

" The car is ready?"

" Yes. Rolls Royce Phantom is at the lobby,"

Aku berkerut. Kenapa hantar kereta rasmi keluarga? Aku tak suka jadi perhatian manusia di sini.

" No. No. I want my BMW back." Susah-susah isteri aku pilihkan boleh pula bagi aku naik kereta lain?

" But-..."

" My order is simple. I want my BMW back. Now!"

" Yes, boss," Budak bawahan aku menurut perintah. Aku menggeleng perlahan. Aku tak nak pun ada kuasa yang sebesar ini. Aku mahu hidup seperti orang marhaen di luar sana.

Tapi disebabkan ini adalah wasiat keluarga yang diturunkan secara berperingkat seperti sistem hierarki. Memandangkan aku cucu lelaki selepas Bashir aku terpaksa mengambil kedudukan ini atas dasar hubungan keluarga di sana.

Bingkai gambar kami bertiga semasa bercuti di Australia ditatap dengan pandangan sayu. Wajah Cahaya yang tersenyum lebar aku sentuh dengan ibu jariku.

" Lightning angel abang, I will not let anyone touch you ever again," Bisik aku.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now