Bab 16: Unrevealed truth

Start from the beginning
                                    

" Kalau dia di depan mata Ahnaf, Ahnaf takkan sesekali bagi dia peluang untuk hidup lagi di atas muka bumi ni,"

Selesai menunggu bonda habis makan, kami berjalan keluar daripada restoran mewah itu. Lagu daripada telefon yang bersambung dengan bluetooth kereta memainkan Cold Blooded by Jessi.

Kaca mata hitam tersemat di batang hidung aku betulkan. Lamborghini Aventador putih kesayanganku menyusup masuk membelah jalan. Ini dapat kereta ni pun sebab Zavian yang gatal bawa tadi. Last-last dia hauk BMW aku pula. Tak guna punya sepupu.

Bunyi deringan telefon membuatkan Ahnaf memandang seketika.

" Apa dia nak malam-malam ni?"

" Assalamualaikum, ustaz," Suara Hamidah menyusup masuk ke halwa telingaku.

" Waalaikumussalam, puan. Ada apa call saya malam-malam?" Suara tenangku pamerkan. Kenalah in character semula. Aku kan di Malaysia. Bukan di tanah air bonda.

" Ustaz, tolong Khairul. Dia deman panas! Tiba-tiba dia muntah dan cirit birit beberapa jam yang lalu. Tolong bawa dia ke hospital sekarang, ustaz," Rayu Hamidah kesedihan.

" Kejap lagi saya sampai," Nak kena tukar kereta dulu. Terberanak si Hamidah kalau dia nampak kereta aku yang harga mencecah jutaan ringgit ini.

Kereta Range Rover hitam aku ambil daripada Malek's Mansion. Rumah agam yang menjadi tempat ahli keluarga kami duduk jika singgah ke Malaysia. Bonda tak suka menguwar-warkan dirinya kepada media bahawa dia salah seorang keturunan Malek di sini. Sebabtu dia suka hidup bersederhana dengan walid.

Percintaan antara walid dan bonda satu ketika dulu adalah bila walid ditugaskan untuk menjaga keluarga atuk semasa mereka masih muda. Di situlah jejak kasih yang tercipta antara mereka.

Ok done cerita ringkas. Malas nak ulas panjang-panjang lagi sebab ini cerita aku dan Cahaya. Bukan walid dan bonda.

Pistol di bawah seat pemandu aku periksa. Cukup dengan peluru yang ada, aku menelefon Hamidah.

" Saya dah sampai," Bonda tidak kelihatan di dalam rumah kerana dia terserempak juga dengan bonda di Mansion. Wanita itu ada kerja sikit nak dibuat di sana.

Aku ternampak Hamidah memimpin Khairul yang kelihatan lembik dipandangan. Jadi betullah apa yang diberitahu Hamidah. Aku fikir auta je.

Aku membantu mencempung Khairul masuk ke dalam kereta. Hamidah di belakang seat tempat memandu aku perhati dengan berhati-hati. Walaupun aku tak percaya 100% apa yang bonda bagitahu, tapi aku tetap kena berjaga-jaga.

Hospital swasta berdekatan aku tujui. Nak ke kerajaan dah tak boleh. Lagipun sesak di sana jadi ada baik pergi ke sini.

" Hantar anak ke dalam dulu. Saya cari parking jap," Ujar aku sebelum membawa kereta ke kawasan parkir.

Setelah jumpa, aku pantas naik ke atas dan bertemu dengan Hamidah di kerusi panjang ruang menunggu.

" Doktor masih memeriksa. Ustaz, saya risau. Macam mana kalau terjadi apa-apa pada Khairul?" Hamidah menekup mulutnya tanda takut. Aku memerhatikan wajah itu. Memang betul apa yang Cahaya kata. Hamidah seorang yang lurus jadi expression mukanya kelihatan semulajadi dan tak dibuat-buat.

Mungkin Hamidah bukan salah seorang rakan subahat Bashir atau apa-apa kaitan dengan Bashir sekalipun.

" Puan jangan risau. Kalau ikut pandangan saya, Khairul cuma dapat keracunan makanan tu. Apa benda kali terakhir dia makan harini?" Kedengaran tenang ya suara aku walaupun keracunan makanan terhadap kanak-kanak bawah umur 10 tahun itu merupakan penyakit bahaya jika tak dirawat dengan cepat.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now