Bab 15: individu misteri

Start from the beginning
                                    

Mama ketawa kecil. Pantas tangannya mencari pipiku lalu dicubit. " Haih, dulu tak suka sangat. Sekarang ni asyik nak melekat je," Mama menghela nafas sambil tersenyum hambar. " Mama bersyukur sangat kamu berdua akhirnya bahagia walaupun berkahwin bukan atas dasar suka sama suka."

Entah lah. Nampak macam Allah mempermudahkan urusan Ahnaf. Macam mana aku yang berhati batu dengan mana-mana lelaki boleh pula cair dengan kehadiran Ahnaf?

" Mama ni. Depan tetamu juga dia nak bersentimental." Aku segan bila mama sebut pasal perkahwinan bahagia anaknya di hadapan orang yang sedang mempunyai masalah dalam kain.

" Sebelum mama terlupa. Ini dia ubat jamu untuk kamu makan." Dia memberi aku sebotol ubat pil dan aku meneliti penuh kesangsian.

" Zaman bila mama ni nak kena makan jamu bagai waktu mengandung? Orang lain elok je tak makan apa-apa, sihat walafiat anaknya," Omel aku tak suka dengan cara tradisional mama bila bab-bab macamni.

" Hello, mama makan jamu ni waktu mengandungkan kamu, keluar-keluar kan elok ni!"

Aku mendatarkan mukaku. Aku lawa memang sebab aku lawa. Aku pandai memang sebab aku pandai. Semuanya dalam genetik, mama. Tak payah lah nak bergantung harap pada ubat macamni.

Nak menjaga hati mama sekali lagi, aku hanya memasukkan jamu itu ke dalam beg tangan. Pandai-pandai lah aku buang pilnya atau sorokkan di mana-mana tempat.

Kami terus bergerak ke Bukit Tunggul rumah Mak Andak yang terletak di lereng bukit tersebut. Kawasannya penuh dengan hijau bukit bukau.

Sejam daripada rumah jadi tak ada lah jauh sangat kalau kami pulang pada belah malam. Aku mencari-cari sesuatu dalam beg.

" Alamak. Telefon tertinggal atas meja makan lah pula," Gumam aku. Hm perangai aku ni memang kalau dah letak benda di satu tempat terus terlupa nak ambil semula. Nasib aku yang tak kisah kalau ketiadaan telefon.

Kalau Ahnaf call, pandai-pandai lah dia call mama.

Sampai di rumah Mak Andak, kami berborak seketika. Mama lah terpaling beria bercerita sakan. Mak Andak walaupun dah melewati usia 50 an dia tetap nampak muda dan bergetah. Sebabtu mama syorkan untuk aku pergi berjumpa dengannya.

" Makin cantik Cahaya sekarang. Seri ibu mengandung lah orang kata kan? Mak Andak yakin sangat kamu boleh dapat sampai 5 orang anak sebelum capai usia 40 ni,"

Hampir nak tersedak aku mendengar ayat Mak Andak. Terbeliak juga lah mata aku memandang Mak Andak yang tersenyum memerhatikan aku. Nak masuk kedua ni pun kami dah pakat nak buat family planning.

" Ahnaf macam mana sekarang? Sihat?"

" Alhamdulillah, Mak Andak. Sekarang ni sibuk sikit sebab Cahaya dah tak boleh nak pantau business kat Sepang tu. Itu yang dia kena take over," Balas aku mesra.

" Insha Allah. Yang baik datang daripada Allah, yang kurang datang daripada diri kita sendiri. Jangan fikir tuhan tu tak ada. Apa-apa masalah kita kena usaha dan istiqamah."

Aku mengangguk setuju. Sesi mandi bunga bermula menjelang petang selepas asar. Air daripada perigi rumah Mak Andak ni boleh tahan sejuk tapi sangat menyegarkan!

Sengal-sengal badan yang aku rasa selama ni beransur hilang. Ini baru mandi bunga, belum mengurut lagi. Aku takut aku yang tak nak balik sebab dah selesa di sini.

Teh herba campuran diberi untuk aku minum. Aku mengeluh halus. Benda-benda kena minum ni lah aku lemah. Kalau bukan sebab sifat Mak Andak yang garang dan tegas macam bonda tu memang aku takkan paksa diri meneguk air teh pahit nak mampus ni.

" Benda yang tak sedap ni lah sebenarnya sihat. Tak sedapnya ditekak je. Yang selebihnya akan menjadi satu kelebihan bila kamu dah beranak nanti,"

Aku tersenyum nipis mendengar omelan tuanya. Cakap lah macam mana pun, aku tetap tak nak dengar. Kalau diberi pilihan aku kena makan benda-benda macamni seumur hidup untuk sihat atau makan manisan kegeraman aku yang membawa ke arah obesiti dan kencing manis, aku lagi rela pilih pilihan kedua. Hehehe.

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now