Allahu, aku pula rasa kesian bila dia yang kena buat sendiri. Nak datang dekat takut ditempiknya lagi.

Pom!

Sambal yang sedang pecah minyak tadi terpercik secara tiba-tiba. Cahaya mengaduh sakit apabila terkena pada lengannya yang terdedah. Dia kalau tidur memang pakai short dan sleeveless dress je. Itu yang aku naik tocang setiap malam.

" Sayang, bila abang suruh duduk di tepi, duduk tepi. Sejak bila jadi degil ni??" Aku bangun daripada duduk lalu menarik dia menjauhi kuali. Aku pantas mencurahkan air ke atas lengannya yang melecur. Dia hanya diam dan akur.

Aku menghabiskan perkara terakhir dia sedang buat. Campuran bahan resepi sendiri aku masukkan. Kalau ikut resepi masakan aku dan Cahaya cara kami berbeza. Sebabtu dia minta aku buatkan sebab dia suka masakan aku.

Selesai memasak, aku menutup api stove. Aku mencapai first aid kit di atas peti ais lalu dibawa ke meja makan. Lengan Cahaya yang terluka tadi aku sapu dengan iodin dan membalut lengannya menggunakan bandage.

Lantas, aku mencapai pinggan lalu menyendukkan nasi. Sambal ikan bilis buatan sendiri aku senduk letak di atas pinggan. Kicap Mahsuri kegemaran Cahaya aku taburkan sekali.

Ringkas tapi masakan ni lah yang sering digila-gilakan.

Dia mahu mencapai pinggan tersebut namun aku cepat-cepat mengelak. " Biar abang suap."

" Abang," Aku memandang ke arah wajahnya. Dia menikam anak mata aku.

" Saya tak ada niat nak susahkan abang malam ni. Saya minta tolong masak je. Selebihnya biar saya buat. Abang pergilah tidur. Kesian abang," Ujarnya perlahan. Nadanya ikhlas menuturkan kata-kata tersebut. Empangan matanya hampir pecah.

Aku pantas menariknya masuk ke dalam dakapan. " Abang salah. Abang buat awak menangis. Benda yang paling abang tak nak lakukan pada awak. Bagilah abang tebus balik kesalahan abang. Abang sayang awak ikhlas dari hati. Bukan sebab awak sedang bawa anak abang," Aku mahu membetulkan salah faham tadi. Aku betul-betul sayangkan dirinya. Kalau takdir kata kami tidak mempunyai anak sekalipun aku tetap akan sentiasa setia bersamanya.

Kami berjalan ke arah taman mini lalu duduk menikmati cahaya bulan malam ni. Setiap suapan aku susuli dengan basmallah. Semoga makanan yang masuk ke dalam perut menjadi zat kepada isteriku dan anak dalam perutnya.

Air matanya menitik sekali lagi. Rasa sungguh enak apabila mendapat makanan yang menjadi idaman pada saat ini.

Milo ais aku hulurkan kepadanya. Dia meneguk sehingga separuh.

" Kalau saya nak tambah lagi boleh? Saya dah lama teringin nak makan masakan abang tapi saya tak sampai hati nak suruh abang masak sebab abang penat balik kerja. Tapi malam ni saya tak mampu nak tahan dah. Saya minta maaf kalau abang rasa saya mengada-ngada." Nada sebak ditahan agar tidak pecah empangan di mata.

Aku bangun lalu menyendukkan nasi lagi. Aku meletakkan pinggan itu di atas pantri sebelum mengelap air mata yang menitik jatuh daripada mata. Makin disapu makin banyak yang tertumpah atas pantri tersebut.

Aku suami yang gagal ke? Aku tak laksanakan tanggungjawab aku dengan sempurna ke? Kalau bukan, kenapa Cahaya menangis disebabkan aku? Kenapa dia sedih dengan kelakuan aku? Ya Allah...

" La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah," Serangkap doa yang menjadi kelebihan dalam banyak-banyak perkara dan salah satunya ialah ubat kepada 99 penyakit.

Rasulullah SAW bersabda :

"Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan"

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now