" Betul ke apa yang ustazah Soraya cakap tu? Khairul mencuri? Kenapa Khairul? Ustaz tahu Khairul anak yang baik. Kalau umi ayah tahu, mesti mereka kecewa dengan kamu," Ujar aku dengan nada sedikit terkilan.

Khairul hanya diam membatu di hadapanku. Tiada sebuah penjelasan yang dia beri tapi aku tahu semua benda yang kita buat pasti ada sebab yang kukuh. Ini pertama kali Khairul buat hal. Mana pernah dia tunjuk perangai tak elok sebelum ni. Itu yang membuatkan aku pelik dengan perangainya.

Sejak aku berjumpa dengan Hamidah, aku tak nampak dia lagi mengambil Khairul kerana sudah giliran ayahnya untuk ambilnya di sini. Sama ada Hamidah nak mengelak daripada berjumpa dengan aku atau suaminya sudah tidak benarkan dia keluar rumah keseorangan.

CCTV aku periksa bagi memastikan yang Khairul bersalah ataupun tidak. Setelah memutar semula detik-detik tadi nampak gayanya memang Khairul sengaja berbuat sedemikian. Terlintas di fikiran untuk aku memutar kembali waktu di mana cincinku hilang. Aku memeriksa pita rakaman tersebut sehingga ke satu kejadian seminggu yang lalu.

Kelihatan aku sedang mengambil wuduk dan segala jam tangan dan cincin aku buka dan meletakkan di atas tembok saluran paip tersebut. Baru aku teringat aku ada buka sekejap kerana jari manisku melecet. Akibat cengkaman cincin itu menjadikan jariku semakin sakit. Nampak sangat aku dah gemuk kan sejak berkahwin ni tapi apa aku kisah? Yang penting aku masih kesayangan Cahaya Inara.

Dan baru aku teringat aku membantu seorang pakcik yang mahu mengambil wuduk di tempat yang sama terjatuh kerana lantai licin. Tanpa berfikir panjang aku membantunya bangun dan meninggalkan barang-barang berharga tadi. Dan waktu tu juga lah ada sepasang tangan kecil menyelinap ambil cincin tersebut dan hilang dari pandangan.

Aku berdecit kuat. Memang tak tahu siapa lah pencurinya kerana dia menyorok di sebalik tembok tempat wuduk tu. Pandai betul dia duduk di titik buta kamera. Aku memandang Khairul yang masih tercegat berdiri di hadapan mejaku.

Nak tuduh pun bukannya ada bukti. Mungkin harini adalah hari malang baginya tapi nak cakap yang dia adalah orang yang sama buat pada cincin aku pun tak boleh. Mungkin orang lain tapi disebabkan harini dia tertangkap maka dia jadi kambing hitam pula.

" Nanti ustaz call umi ayah kamu untuk selesaikan masalah ni."

Ketika tu barulah Khairul seperti tersedar dan bangun ke realiti. Dia terus merayu kepada aku dengan dua tapak tangan dicantumkan.

" Tolonglah ustaz jangan bagitahu ayah saya! Saya tak nak kena pukul lagi dengan dia," Ujar Khairul ketakutan. Kaget sedikit juga lah bila dia kata dia kena pukul.

" Selalu sangat ke kena pukul sebab mencuri?" Soal aku; mula mengeluarkan kuasa psikologi aku.

Dia menggeleng pantas. " Saya tak pernah mencuri sebelum ni, ustaz. Saya mencuri ni sebab kesian dengan umi yang kena bayar macam-macam. Kami tak ada duit nak beli makanan. Ustaz tolonglah jangan bagitahu ayah. Kalau tak, nanti umi pun dia pukul juga! Saya tak nak masuk penjara, ustaz!" Dia sudah merayu sambil menangis.

Aku pantas mendapatkannya lalu memeluk erat. Aku tak nak membebankan kepala anak kecil ini dengan masalah orang tua. Masakan dia yang harus bertanggungjawab atas kelangsungan hidup mereka sekeluarga sedangkan dia baru berumur 8 tahun? Akil baligh pun belum. Kenapa dia perlu memikirkan soal itu sedangkan dia masih lagi ada ibu ayah?

" Ustaz tak marah kamu. Ustaz cuma tak suka bila kamu buat sesuatu yang melanggar hukum Allah dan undang-undang. Kalau ada masalah, bagitahu ustaz atau pun ustazah di sini. Kami sayang Khairul sebabtu kami tak nak Khairul buat benda macamni. Ada masalah duit, ustaz boleh bagi. Ingat tak ustaz pernah cakap apa dulu? Kalau lapar, jangan mencuri. Kalau sedih, jangan bersendiri. Kalau marah, jangan memaki. Lepastu apa nak kena buat? Ustaz, ustazah dan kawan-kawan kan ada? Kami boleh tolong kamu,"

[ C ] | The eyes of our hearts 2: His Dark sideWhere stories live. Discover now