Monologue

94 5 0
                                    

Sejak berjumpa dengan ahli keluarganya, Maria banyak membisu. Tidak seceria selalu. Tidak petah lagi mengusik Dini atau rakan-rakan yang lain. Dia banyak mengelamun. Entah apa lah yang dia fikirkan. Entah apalah yang berkecamuk dalam fikirinnya. Sejak dua menjak ini, dia banyak menurut saja rancangan berlibur Adam atau Dini. Malah kalau kelab malam pun, dia sekadar duduk dan mabuk di sofa. Perangai barunya itu membuat Dini risau.

Is something happen ke? Kenapalah susah sangat Maria nak open up eh dengan aku? Berat sangat ke masalahnya? Tapi kalau dia tak share dengan aku, macam mana aku nak faham... macam mana aku nak tolong... . Dia tak tahu ke aku ni risau tengok dia macam ni. Senyap tak nak berbual. Tak happy macam selalu. Habis kelas pon terus balik. Pergi clubbing pon macam terpaksa. Aku risaulah kau macam ni gilerrr!

Dini merenung Maria yang seakan mengelamun di sebelahnya. Rokok yang dinyalakan tadi langsung tidak dihisapnya hingga abu itu memanjang hingga ke puntung. Mati begitu saja rokok di celah jarinya. Dia memandang Adam yang sibuk berbual dengan Kamal. Kedua lelaki itu juga membalas pandangannya namun entah mengapa mulut mereka seakan terkunci.

Hmmm......~ Dini mengeluh berat.

"Babe. .." Dia memegang lembut bahu Maria dan digoncangnya perlahan. "Maria." Panggilnya lagi.

Nafasnya seakan tersekat apabila mendengar namanya. Seakan baru terjaga dari tidur siang yang singkat, matanya terkebil-kebil melihat mereka bertiga. Saat itu baru lah dia sedar dia di mana. Ketika itu barulah dia perasan yang rokoknya habis begitu saja. Puntung rokok itu dibuang ke dalam bekas abu di atas meja. Maria ketawa kecil. Ketawa yang dibuat-buat. Tampak sangat janggalnya.

"Okay tak ni?"

Maria merenung Dini. Lama. "I'm okay baby. I'm okay." Bergetar suaranya saat itu. Cuba menahan dari air matanya jatuh.

Shit ah! Boleh pulak dia tanya kat sini. Aku ni dahlah tengah tahan nak nangis. Ahh sesaknya rasa!!! Kenapalah baru sekarang benda ni semua nak jadi. Kenapa tak jadi masa aku belum kenal minah ni? Ahh.. serabut!

Latte ais kegemarannya itu disedut rakus. Pahit! Tawar!

"I ada kalau you nak share apa-apa." Dini seakan cuba memujuk. Hampir seminggu Maria berperangai sebegitu. Sejak balik berjumpa keluarganya, Dini cuba juga untuk mengajak Maria berbual tentang apa masalahnya. Tapi seperti biasa, Maria akan mengelak. Dia kadang-kadang susah nak faham teman wanitanya. Perahsia sangat! Apa sebenarnya yang dia sembunyikan agaknya tentang keluarga dia.

Maria sekadar mengukir senyuman. Dia cuba berbasa-basi dengan mereka bertiga. Cuba berbual secara rawak. Cuba membuat lawak bodoh. Tetapi dalam hatinya tetap sesak. Rasa dihenyak-henyak dengan seketul batu meteor. Rasanya sudah beberapa hari dia cuba cari jalan untuk beban masalahnya itu.

Perlu ke aku jujur je dengan Dini. Tell her everything? Everything.... Tapi will she be okay? Will she be the same? Arghhhh... fuck ahh rasa macam ni!!! 

Saat itu bayang Agnes seakan menjelma di hadapan matanya. Maria mengetap bibir. Sebak tiba-tiba. Saat itu juga segala memori di Lyon datang bertubi-tubi sehingga terasa silau pada anak matanya.  I hate you Agnes! Je te déteste! Sampai mati aku benci kau!!!

Maria tiba-tiba bangun dari duduknya dan terus berlalu pergi tanpa berkata apa-apa.

Mereka bertiga terkebil-kebil seakan tidak percaya.

"Is she crying?" Tanya Kamal.

Dini merengus geram. Dia bangun dan terus mengejar Maria. 

Kalini tinggal mereka berdua yang terkebil-kebil tidak percaya.

"What's wrong?"

Adam sekadar menjungkit bahu. Tetapi dia dapat rasa yang ia mungkin ada kaitan dengan orang tua Maria. Ayahnya ada menelefon dia beberapa hari lepas memaklumkan yang orang tua Maria ada di sini. Dia mengajak Adam untuk keluar makan malam nanti bersama dengan keluarga Maria yang lain hujung minggu ini. Sebagai anak lelaki yang baik, dia patuh saja kata ayahnya. Lagi pun keluarga dia dan Maria sudah kenal lama. Jadi, tiada apa yang pelik pun.

Maria..! Tercungap-cungap dia mengejar gadis itu. Jantungnya lagu berdegup buat dia sesak nafas. "Maria! Wait!" Dini menarik tangan Maria. Mengajak gadis itu berhenti sebentar. "Sayang! Jap!" Tangan Maria tidak dia lepaskan sambil dia mengurut dadanya. I should stop smoking! Dini terbatuk-batuk.

Aku ni tengah nangis ni. Minah ni boleh sesak nafas pulak. Aku kena gelak ke macam mana ni? Comel pulak lah Dini dengan peluh dia, dengan muka merah dia. Alahaii....!

Maria menyeka air matanya lalu mengurut perlahan belakang Dini. "Pasni takyah hisap rokok dah!"

Dini cuba mengawal pernafasan turun dan naik. Dia mencekak pinggang sambil melihat wajah Maria. Comot sudah kajal di alis matanya. Sambil mengawal nafasnya, dia menyeka air mata gadis itu. "Comot dah." Katanya perlahan dan terus memeluk teman wanitanya itu. Erat!

Tangan yang melingkar di tubuh Maria semakin erat. "I'm here sayang. I'm here."

Maria menangis lagi. Kali ini lagi kuat. Air matanya berjurai turun. Habis basah baju Dini. Kali ini, dia tidak peduli apa rupa dia sekarang, yang pasti dia mahu menangis semahu-mahunya. Dia memeluk kembali tubuh badan Dini. Erat juga!

"I tak nak hilang you!"

Dini terkesima seketika. Hairan apabila Maria tiba-tiba kata begitu. "I ada ni. I tak pergi mana." Dia mengusap memujuk belakang Maria. "Kenapa ni sayang. Tell me. I ada ni."

Mereka berjalan ke tempat letak kereta di dalam Mid Valley. Laju saja terus masuk ke dalam kereta. Maria terus menghidupkan kereta dan memutar suis penghawa dingin. Saat itu, dia masih tersedu-sedan. Dini disebelah cuba menenangkannya. Di belai rambut Maria. Di usap belakang gadis itu. Sesekali dia akan menyapu air mata di pipi gadis itu. 

"I'm here." Katanya lembut. Memujuk. "You boleh cerita dengan I sayang. I ada."

Maria bersandar lemah. Matanya dipejam erat sambil mendongak ke atas. Dia cuba mengumpul segala kekuatan yang ada untuk dia bercerita. Fikirnya saat itu, tiada daya lagi sudah. Kali ini dia berserah saja. Lagi pun, sampai bila dia boleh sembunyikan semua tentang dirinya. Suatu hari nanti, pasti Dini akan tahu juga. Dia menggenggam erat tangan gadis itu lalu melepaskan satu keluhan yang cukup berat sekali.


Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now