Cinta Aku Di Lyon Pt.1

163 3 0
                                    

Maria mengetap bibir melihat rak kaca di depan matanya. Berfikir-fikir samada apa yang dia lihat itu paling sesuai buat Dini. Dia meneliti, menilik rekaan cincin itu. 

Perbualan mereka bersama Adam kelmarin benar-benar buat dia tersentak sedikit. Entah bagaimana dia boleh lupa yang mereka masih belum declare. Dia mengeluh. Sebelum ini pun semasa dia bercinta dengan Agnes, semua bekas kekasihnya yang buat. 

She make all the moves. Kiss me. Make love to me. Proposed me. Ahh.. westerner always have their way with romancing. That's what make me fall for her. Harder and deep.

Maria masih ingat semuanya. Dari saat pertama kali mereka bertemu di sekolah. Dia hanyalah seorang gadis asia yang kecil dan nampak pelik dari mereka yang berkulit putih, bermata selain coklat sepertinya. Hari pertama dia di Lycée de Gerland, dia sesat di sana-sini. Sekolah yang sama besar atau mungkin juga lebih besar dan canggih dari universiti di Malaysia itu sering membuat dia lelah. Aktiviti mereka banyak dengan persatuan yang pelbagai. Malah silibus yang di ajar juga berbeza. Jadi dia terpaksa melakukan pelbagai cara untuk kejar dan bersaing dengan rakan sekelasnya yang lain.

My first week was hell!

Hinggalah pada suatu hari Agnes menghampirinya selepas sesi sekolah tamat. Dia menepuk bahu Maria yang sedang duduk di kerusi batu berwarna putih. Ada beberapa kerusi yang sama di taman itu yang semuanya menghadap ke arah satu lapangan yang banyak pokok-pokok yang rendang dan redup. Jika musim panas, ramai pelajar akan baring disitu sambil makan dan mengulangkaji sendirian atau bersama teman-teman mereka.

"You new right?" 

Maria menoleh ke arah tangan di bahunya itu. Perlahan-lahan dia mengangkat mukanya dan melihat gadis yang sedang tersenyum manis itu. Rambutnya panjang melepasi paras bahu berwarna kuning keemasan. Kulitnya putih pucat dengan jeragat di kawasan hidungnya yang berserak ke kawasan pipinya sedikit. Matanya bulat dengan iris kuning keemasan. Pipinya sedikit berisi. Bibirnya munggil penuh merah jambu cair. Suaranya sedikit garau dan dalam tapi masih ada intonasi feminin di dalamnya.  Dia tersenyum.

"I'm Agnes." Dia menghulurkan tangannya tanda ingin bersalaman. "Hai!" Senyumannya meluas.

Maria menelan liur. Sedikit teragak-agak tapi dia menyambut juga salam gadis itu. "Maria. My name is Maria."

Agnes menggenggam erat tangan Maria. "I know." Dia duduk rapat disebelah Maria.

Saat itu Maria dapat menghidu betapa wanginya bau yang melekat di badan gadis disebelahnya. Harumnya itu menusuk terus ke hatinya. Dia cuba mengukir senyum. Cuba untuk menyorok rasa gentarnya. Padahal saat itu jantungnya laju berdegup seakan ingin luruh.

"I love your smell." Maria menggigit bibirnya. Aduh, macam mana boleh salah cakap ni. "I mean, i love your perfume. It smells very nice."

Agnes ketawa kecil. "Thanks. It just a cheap one actually. I will bring tommorow if you want to try it." Dia tersenyum melihat Maria yang sekadar membalas kata-katanya dengan hanya mengangguk. "Well you a bit shy I guess."

Maria tersenyum malu. "I am actually. Everything here is still new to me. And as you can see, I'm having problem to adapt everything."

"Actually, we are classmates Maria. Don't be shy. I was sitting just few tables behind you." Agnes memegang tangan Maria yang diletakkan di atas kakinya yang bersilang. Seraya itu, matanya melihat ke atas jalan. Terdapat beberapa buah kenderaan yang sedang menghampiri mereka.

"My rides is here!" Kata mereka serentak. Mereka berpandangan sebelum mengekek ketawa. Mereka bangun dan bergerak ke arah kenderaan masing-masing. Kereta Range Rover hitam di hadapan adalah ibu Agnes. Selang satu kereta di belakang adalah kereta Mercedes perak milik keluarga Maria. Hanya pemandu peribadi saja yang menjemputnya.

Agnes yang baru saja masuk ke kereta keluar kembali dan berlari anak kecil menghampiri Maria yang baru masuk ke dalam kereta. Dia mengetuk perlahan tingkap kereta pintu belakang. "Hey, this is my number." Dia menghulur secebis kertas yang dikoyakkan dari buku notanya. "Call me later! I'm expecting you." Dia tersenyum lebar dan melambai sebelum berlari masuk ke dalam kereta yang ibunya sedang menanti.

Maria tersengih. Membuka lipatan cebisan kertas itu. Jelas tulisan tangan dengan nombor telefon rumah yang ditulis dengan menggunakan pen hitam. Pada hujung nombor itu ada simbol berbentuk hati. Di bawahnya pula tertulis nama Agnes. Senyumannya makin lebar.

"Finally!" Hatinya sedikit lega. Fikirnya, mungkin dia tidak ada kawan langsung di negara asing itu. Sejak dia daftar masuk, semuanya kacau bilau. Malah, serabutnya itu tidak dapat dia luahkan kepada orang tuanya memandangkan mereka sibuk dengan bisnes baru mereka. Malah abang-abangnya juga tiada di sini. Mereka di Malaysia menguruskan bisnes yang ada. Maria mengeluh. Jadi, kehadiran gadis itu sekurang-kurangnya memberi sedikit sinar pada hujung jalan yang dia sangka jalan mati.

Seusai makan malam, Maria ke ruang tamu. Dia duduk di Lounge Chair warna burgundy yang empuk itu. Di tenungnya secebis kertas dari Agnes tadi. Di angkat ganggang telefon dan terus mendail nombor yang tertera.

"Buona Sera. Posso parlare con Agnes?" Tergagap-gagap dia sedikit mengungkap ayat yang asing di lidahnya. Entah betul entah tidak apa yang dia sebut. Tapi Maria perlu belajar bahasa negara itu memandangkan dia mungkin akan tinggal di sana bertahun lamanya.

"Aspettare."

Keadaan sunyi seketika. Maria menguis karpet tebal corak roman mewah berwarna putih itu dengan hujung ibu jari kakinya.

"Ciao! Chi è questo?" 

Maria berdehem. "Hey, it's me. Maria." Senyumannya melebar di saat Agnes bersuara di hujung talian.

Lama mereka berbual malam itu. Agnes banyak bertanya sedangkan Maria masih malu-malu. Personaliti Agnes yang mesra dan ceria itu banyak mengurangkan resah Maria. Saat itu dapat dia rasakan tiap rasa lelah dan gusar yang bersarang dalam jiwanya keluar dengan tiap hamburan gelak tawanya. Lega sungguh rasanya.

Gosh I miss her!

Maria tersenyum. Mana mungkin dia dapat lupakan momen-momen indahnya bersama Agnes. Cinta pertamanya. Gadis yang banyak mengajarnya tentang cinta. Usia muda tidak menghalang mereka untuk merasa apa yang orang dewasa rasakan. Sama saja. Bezanya cuma mereka berdua adalah gadis muda yang pada fikiran masyarakat, gadis yang polos.

Dia memandang wanita di hadapannya. Manis orangnya. "I take it." Dia menghulur kembali cincin itu. Sambil menunggu untuk membuat pembayaran, dia melihat keliling. Matanya terpandang pada satu gelang perak yang ada cetakan hitam empat segi di tengahnya. Dia tersenyum lagi.

Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now