Curiosity

146 4 0
                                    

Maria dan Dini berlari kecil ke meja makan mereka. Mereka ketawa kecil dan meminta maaf kerana lambat kemudian, terus berjalan beriringan memilih makanan untuk sarapan pagi mereka.

Kamal mengekori mereka dengan anak matanya. Nampak pelik sedikit melihat kedua gadis itu. "Rapat betul mereka ya?" Dia meneguk jus orennya hingga tinggal separuh. Seingatnya, kali terakhir sewaktu mereka berempat pergi berlibur di Dorai tidaklah mereka melekat sebegitu.

Adam pula melihat gelagat mereka yang sedang ralit berbual sambil mengambil buah dan roti. "Memang macam tu. Bestfriend kan." Padahal girlfriend-girlfriend. Adam ketawa kecil. "Biasalah orang perempuan ni kalau dah rapat memang macam tu. Tapi bro, kalau kita rapat macam tu macam mana?"

Kamal mengherotkan bibirnya tanda geli. "Sumpah geli bro!" Dia menggoyangkan tubuhnya pula. Geli!

Adam tergelak. Dia menguis nasi lemak yang di calit sedikit sambal bilis  di dalam pinggannya sebelum memasukkan sesudu ke dalam mulutnya. Kaca mata hitam empat segi masih terletak pada batang hidungnya. Dia mengunyah perlahan makanan dalam mulutnya sambil melihat kolam renang yang lengang itu.

Kamal mengerling lagi ke arah Dini dan Maria yang kini sedang berjalan beriringan menghampiri mereka. Sekali-sekala, dia rasa pelik juga melihat kedua gadis itu. Rapat macam belangkas itu satu hal, kadang-kadang perbuatan dan perkataan yang keluar dari mulut mereka juga menimbulkan sedikit keraguan. Macam sepasang kekasih.

Pernah suatu hari itu ketika mereka berjalan-jalan di KLCC, kedua gadis itu sering membahasakan diri mereka dengan panggilan yang manis seperti sayang, baby, loves... . Malah kalau berjalan berdua juga seakan sukar mereka ingin melepaskan tangan masing-masing. Adakalanya Maria tanpa segan silu akan memeluk Dini atau mencium pipi gadis itu. Pernah juga beberapa kali dia ternampak yang hampir saja kedua gadis hampir bercumbuan. Dalam kelab malam memang dah biasa mereka bercium. Tapi ini kawasan public kot. Kamal mengetap bibir.

"Someone have a rough night." Keningnya diangkat tinggi. Menahan tawa melihat leher gadis depannya dan kemudian melihat Adam dan Kamal bersilih ganti. "You guys too heh." Maria tertelan omelets yang seakan tersangkut di anak tekaknya. Dia meneguk kopi yang masih panas itu. Panas!!! Dia menepuk kecil bibirnya. Dalam kepala otaknya ligat membayangkan malam mereka bertiga. Dia ketawa kecil. "Very rough I reckon."

Dini menepuk perlahan belakang Maria. Menggeleng kepala melihat teman wanitanya itu. Adalah benda dia hendak mengutuk dalam hati itu. 

Adam, Kamal dan gadis yang mereka bawa itu berpandangan di antara satu sama lain. Dari anak mata masing-masing nampaknya hanya satu perkataan yang memang terpacul keluar tanpa perlu membuka mulut. Fuck!!!

Adam berdehem beberapa kali sebelum menyambung makan. Dia baru perasan di leher Adelaine ada beberapa "hickeys". Macam manalah dia boleh tidak perasan semasa mereka bersiap pagi tadi. Kalau dia tahu memang dia suruh gadis itu tidak sanggul rambutnya dan memakai baju yang boleh sorok sikit tanda merah itu.

"I'm sure it just not us." Adam ketawa kecil.

Maria mencebik. Setelah insiden isnin lepas terkantoi di leher Dini sebiji tanda merah lebam, dia agak berhati-hati tiap kali mereka berasmara. Ingin di balas tetapi memandangkan status hubungannya dengan Dini adalah rahsia, dia menahan hati saja.

Selepas mereka berlima menghabiskan sarapan pagi, mereka berjalan sambil berbual ke arah tempat menghisap rokok. Ada sebiji tong kelabu di bawah pokok palma yang tinggi. Untuk cuaca pada pagi itu, agak panas dengan angin sepoi-sepoi bahasa. 

Kalau dilihat dari jauh, mereka berlima itu seperti sedang pose untuk halaman depan majalah fesyen. Walaupun dengan rokok yang dikepit di jari masing-masing bole memberi impak negatif, tetapi pada masa yang sama dari segi pemilihan pakaian dan aksesori pula mampu menarik perhatian.

Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now