Bad News

144 4 0
                                    

Rayqal mematikan panggilan di telefon bimbitnya. Wajahnya sedikit gusar. Kedua belah tangan disembunyikan ke dalam poket seluarnya sambil dia berdiri tegak persis askar sedang dalam posisi 'senang diri'. Matanya melihat ke luar bangunan. Dia mengeluh.

Seperti biasa, bandar Kuala Lumpur itu tidak pernah sunyi. Kereta kiri kanan berpusu-pusu ke destinasi mereka. Dari atas, manusia-manusia itu kelihatan sangat kecil. Seperti semut hitam yang berjalan tunggang-langgang kerna mabuk madu. Ada yang berjalan dalam barisan membimbit cebisan makanan. Ada yang sekadar bergerak kiri dan kanan seperti seorang mandur memberi arahan. Ada juga yang tidak bergerak langsung. Mati mungkin.

Dalam banyak-banyak hari, kenapa perlu hari itu yang kedua orang tuanya memilih untuk pulang ke Malaysia. Kenapa tidak tahun depan saja apabila Maria sudah tamat pengajiannya. Dia tidak senang hati. Ingin dia maklumkan kepada Maria tetapi dia tahu adiknya sibuk dengan ujiannya hari itu. Dia mengeluh lagi.

Kedua orang tuanya akan berangkat malam nanti. Kemudian mereka akan bermalam Heathrow untuk beberapa hari sebelum menaiki Malaysia Airlines ke Kuala lumpur. Maknanya hujung minggu depan nanti pasti mereka adik-beradik akan dipaksa berkumpul. Which is we hated it.

Mereka empat beradik tidak begitu rapat kecuali dia dengan Maria. Itu pun gara-gara insiden dia dengan Agnes. Jika tidak, mungkin dia juga tidak akan rapat dengan satu-satunya adik perempuannya. Rayqal sebagai yang sulung merasakan yang hidupnya penuh dengan beban yang berbakul. Lebih-lebih lagi apabila dia terpaksa mengambil-alih beberapa perniagaan ayahnya apabila mereka dan Maria berpindah ke Lyon, Italy.

"Hey, let me know when you free. Got some news."

Dia klik send seraya itu, tertera sms dihantarnya telah diterima. Rayqal mengeluh. Dia melihat jam besi perak terlilit di pergelangan tangannya. Dia berfikir sejenak. Seakan tidak mungkin untuk dia membatalkan mesyuaratnya sebentar lagi. Dia mengeluh lagi. 

Dia menekan kembali kekunci di telefon bimbitnya. 

"I'll meet you tonight. At 8. Don't be late. HRC." Sms di hantar. Delivered.


**********************************

Maria mengetap bibir membaca pesanan ringkas yang di hantar abangnya. Sedikit berdebar di hatinya. Telefon bimbit Sony Ericson Walkman Series warna oren itu di genggam erat. Macam-macam mula bermain dalam fikirannya. "Pasal Dini ke?"

"Pasal apa?" Tanya Dini yang sejak dari tadi melihat saja Maria yang seakan mengelamun hingga tidak perasan kehadirannya.

Dia senyum kelat. Bila masa pulak dia ada kat sini. 

Maria menunjukkan telefonnya ke arah Dini. "Abang i nak meet dinner malam ni." 

"Abang? I tak tahu pun you ada abang." Memang benar. Satu apa pun dia tidak tahu tentang latar belakang keluarga Maria. 

Dini memeluk tangan Maria sambil menyorong perlahan teman wanitanya itu berjalan ke luar kelas. Air muka gadis itu juga seakan teragak-agak untuk bercerita. "Kenapa ni? If you tak nak cerita pasal abang you or, family you I.. faham." Perkataan 'faham' itu seakan tersangkut di anak tekaknya.

Tipu.
Dia tipu. Hakikatnya dia tidak 'okay' sama sekali. Terasa juga hatinya apabila Maria seakan menyembunyikan pasal keluarganya padahal semua tentang dirinya semua Maria tahu. Malah mereka telah bercadang untuk menghabiskan cuti semester mereka di kampung Dini. Ibunya juga setuju dan tidak kisah.

Dia tidak faham sebenarnya. Perlu ke sorok walaupun berapa orang adik beradiknya. Segala tentang keluarganya Dini tahu kalau-kalau apabila bercerita Maria terlepas sedikit di sana-sini. Fuuhhh...~

Maria menjungkit bahu. Memaksa untuk senyum sambil melihat anak mata Dini. Dia sendiri tidak tahu berapa lama lagi mampu dia sembunyikan semuanya pasal dia. Siapa dia. Siapa abang-abangnya. Siapa kedua orang tuanya. "It's okay baby. Jom makan! Lapaaaaaarrrrrrr.......!"

"Nak mengelak la tu jawab soalan I!"

Maria tidak menjawab. Dia menarik tangan Dini terus ke arah tempat letak kereta. "Kita makan kenyang-kenyang okay? I takde malam ni nak teman you makan."

Dini merengus. Geram betul dia dengan Maria ni. Suka mengelak kalau berkait hal keluarga.

"Merajuk la tuuuuuu." Maria mengekek.


**********************************

Mereka berdua duduk di meja belakang yang tidak jauh dari bar dan masih jelas kalau ingin melihat persembahan musik sebentar lagi. Setelah membuat pesanan, mereka diam seketika. Kelu.

Maria dari siang tadi menahan diri sebenarnya untuk bertanya hal sebenarnya. Jarang-jarang sekali Rayqal tampak bimbang. Kebiasaannya, abang dia itu sangat tenang. Dia tahu pasal Dini ke? Hmmm....~  Tetapi andai kata tentang siapa pilihan hatinya, Rayqal telah sedia maklum. Kemalangan yang berlaku beberapa tahun yang lepas benar-benar membuka mata abangnya. Tetapi tidak orang tuanya. So tak mungkin pasal Dini. If he knows he won't be bothered bout it.

Rayqal menggoyangkan gelas berkaki panjang berbadan mangkuk yang berisi air anggur merah yang memabukkan. Diteguk dan dikemam sekejap sebelum menelannya. Dia melihat ke arah Maria yang sedang memotong perlahan steak daging separa masak lalu memasukkan ke dalam mulutnya. "Mama and Papa is coming. Home." Perlahan saja nadanya.

Dia berhenti mengunyah. Pisau dan garpu di letakkan ke atas meja. Seakan tidak percaya apa yang didengarnya. "What?" Maria cuba mendapatkan kepastian. Adakah dia salah dengar? Adakah abangnya yang salah cakap? Tapi dia belum pekak dan Rayqal belum mabuk. "What!" Kali ini nadanya sedikiti tinggi.

Mujur keadaan dalam restaurant itu agak bising. Jadi tiada sesiapa yang ambil peduli tentang  tempelak gadis itu. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Belum lagi ada 'ayam-ayam' yang cantik dan menggoda sudah mula ramai duduk di bar. Mata mereka meliar mencari biawak tua yang ingin 'dimanja'.

Rayqal mengeluh. "Papa call me this morning. They leaving tonight." Dia menghabiskan minumannya dan terus menuang lagi dari botol hitam itu. "Macam biasalah they will stay few days at London before balik sini. So I want you to be prepared."

Maria tersandar. Peluh dinginnya mula keluar di dahi. Ketiaknya mula basah.

Kata Rayqal lagi,"If i know about Dini, soon enough papa will know too."

Seakan ada satu batu besar, atau lebih tepat lagi batu meteor yang menghenyak segala genap tubuhnya sehingga hancur. Macam mana Rayqal boleh tahu? Ahh pasti dia pasang spy lah ni. Tetapi abangnya tidak pernah cakap apa-apa pasal Dini jadi mungkin tiada apa yang pelik barangkali. Tetapi yang menjadi masalahnya sekarang ini adalah Papa dan Mama. Mereka tidak tahu apa-apa. Malah, kes dia dan Agnes dulu pun mereka membuat andaian yang Maria dan Agnes hanya kawan rapat.

Semasa dia terlibat kemalangan dulu, Rayqal orang pertama yang dapat tahu. Dia terus meminta tolong sana-sini untuk dia segera terbang ke Italy. Mujur ada kenalan bisnesnya membantunya. Pada hari kejadian, Rayqal ke Italy sehelai sepinggang dengan hanya membawa passport dan kad kredit. Semasa dia di hospital, Papa dan Mama tiada di Lyon. Mereka ke China entah menguruskan apa. Jadi Rayqal yang banyak tahu apa yang jadi. Malah, dia sempat juga berjumpa Agnes.

Maria mengeluh berat. Terasa berat dan sesak nafas yang tersangkut di dadanya. Jantungnya juga makin kencang. Otaknya kosong terus.

Hanya Kau Di Hati (GxG)Where stories live. Discover now