Bab 63 - a conversation

11 3 0
                                    

Sebaik sahaja mereka yang lain terbangun kerana merasakan udara,mereka terus terbangun serentak.

Dan mula berasa insecure.

"Where is this?"Mereka menandakan soalan yang sama.

Mereka mula memandang sekeliling. Dan mendapati yang mereka berpisah.

Masing-masing berada di dalam sebuah bilik kosong. Pintu pun tak kelihatan. Macam mana diorang masuk tadi?

Tidak,bilik itu tidak kosong sepenuhnya.

Ketika mereka sedang memandang disekeliling,mereka mendapati terdapat sebuah meja dan diatasnya terdapat beberapa jenis buah-buahan dan snek di atas meja tersebut.

Mereka yang lain berasa was-was. Selaik Ulrick yang sudah memakan snek terlebih dahulu kerana tidak sabar.

Musuh yang melihat pelajar lain yang memandang makanan tersebut dengan penuh suspicious pun mengeluarkan suaranya.
"Makanlah dahulu. Jangan risau,ianya tidak membahayakan kesihatan kalian. Ianya akan mengambil masa untuk kalian menemui aku memandangkan aku mempunyai urusan lain. Lagipun, kalian memerlukan banyak tenaga nanti. Hehehe. Jadi,layan diri kalian,ye."yang dapat didengari seluruh tempat itu.

Suara tersebut bergema yang membuatkan telinga mereka agak sakit. Jika musuh berada jauh pun mereka dah sakit,apatahlagi kalau musuh tu sendiri yang serang mereka.

"Lagipun, kalian memerlukan banyak tenaga nanti."
Mereka yang lain teringat akan kata-kata musuh mula merasakan bahawa mereka akan mendapat 'ujian' tidak lama lagi. Maka,mereka memerlukan tenaga. Dengan itu,mereka pun makan buah-buahan walaupun masih mempunyai rasa was-was.

Di luar tempat mereka,

Terdapat dua orang lelaki dewasa sedang berlawan.

Arwin dan Kern Vitez.

Arwin menyerang dengan pedangnya manakala Kern Vitez menyerang dengan penumbuk tanah ditangan kirinya manakala kapak besar pada tangan kanannya.

Jika hanya kapak dan penumbuk tanah itu,Arwin masih boleh berlawan tetapi,

Suuu....

Asap-asap hijau daripada kuasa pengaruh Kern Vitez membuatkan dia pening. Yang juga membuatkan dirinya sukar untuk fokus pada perlawanan tersebut.

"Macam mana.... Iz boleh tahan....dengan asap yang memeningkan ni?
Ke,sebab aku sedang berlawan secara fizikal dengan dia? Sebab Iz memang pakar dalam perlawanan mental,dan dulu mereka tidak berlawan macam ni. Itu ke....sebabnya?" Arwin berfikir.

Melihat kepada ekspresi Arwin,Kern Vitez tersenyum sinis sebelum menghalakan asap pengaruh nya untuk mengelubungi Arwin.

!

Arwin tidak dapat lari kerana asap itu tiba-tiba mengelubungi dirinya. Maka,dia jatuh melutut.

"Huh....Hu..."

Dengan nafas mengah.

"Ini ke....pengaruh yang...buatkan pelajar-pelajar tadi....pengsan? Memang patut pun mereka pengsan.... sebab aku sendiri pun....tak boleh tahan. Dan Kern Vitez pastinya cuba biarkan aku sedar,sebab tu lah dia hanya pandang aku."Arwin memandang ke arah Kern Vitez yang mula menyimpan senjatanya dan menghilangkan penumbuk tanahnya.

Kern Vitez mendekati. Dan berkata,

"Kau nak tahu,kenapa Hafizi langsung tak terkesan dengan kuasa aku walaupun setelah mengetahui kuasa aku?"

?

Arwin berasa pelik. Kenapa? Kenapa tiba-tiba ingin membuka hal itu?

"Untuk pengetahuan kau,Hafizi bukanlah seperti yang korang lihat. Dia---"

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now