Bab 28 - setelah pulang.

17 3 0
                                    

Akhirnya,percutian mereka berakhir. Ada yang mendapat rakan baru,ada yang mendapat ilmu baharu dan ada yang mendapat memori baru.

Ianya berakhir dengan memori positif yang sukar dilupakan bagi yang lain. Tetapi ada juga yang mempunyai memori negatif yang membuatkan mereka trauma. Sehingga ada yang tidak tahan dan mengambil nyawa sendiri.

Daripada 25 orang pelajar yang mengikuti percutian ke Oceana City, kepada 16 orang pelajar. Dan dalam semua pelajar itu,hanya dua orang sahaja yang dapat pulang ke akademi. Walaupun begitu,mereka tidak hadir ke kelas mereka kerana masih trauma dan lagi seorang perlu menyelesaikan mengenai sesuatu.

Walaupun setelah menghadapi pelbagai cabaran, dia tetap menuruti apa yang pengetua akademi itu arahkan.

Di sebuah rumah,

Mereka balik bersama memandangkan rakan-rakan mereka menunggu antara satu sama lain setelah tiba di sekolah.

Tetapi,ada seseorang yang tiada bersama mereka. Indra dan Izati.

"Aku rasa diorang bertolak lambat kot." Ivy berkata.

"Takpelah,kita balik rumah dulu. Nanti pandai-pandailah dia balik. Aku nak rehat." Haririe berkata.

Setelah tiba di rumah,

Anya bagaikan mempunyai sesuatu yang ingin dia katakan tetapi melihat orang lain yang terlalu letih membuatkan dia berfikir-fikir untuk memberitahu hal tersebut esok.

Maka,keesokan harinya,

Ketika mereka yang lain sedang berkumpul untuk sarapan.

"Wey,mana Indra? Dia tak turun lagi ke?" Valery bertanya ketika dia sedang menyediakan makanan.

"Entahlah. Semalam pun kita tak nampak dia." Ulrick berkata.

"Aku rasa dia balik lewat semalam jadi dia mungkin tengah rehat lagi." Roy menambah.

"Kalau macam tu,aku kejutkan---" Baru sahaja Valery ingin naik untuk mengejutkan Indra,

"Eh,eh. Tak payah. Kita beritahu je cikgu yang Indra letih. Sudah,mari makan." Nieji menghentikan Valery.

"...alright." Valery pun makan bersama yang lain.

Melihat mereka yang lain sudah berkumpul, Anya mula membuka mulut,
"Korang,aku nak--" belum sempat dia memberitahu,

"Makan jangan bercakap."Haririe berkata. Bukan hanya itu,dia siap sumbat mulut nya dengan sesudu Nasi goreng yang Valery buat tadi.

Dia tidak dapat menjawab apa-apa memandangkan masakan Valery terlalu sedap. Yang membuatkan dia terus lupa perkara yang dia ingin katakan.

Setelah itu,mereka pun pergi ke kelas.

"Baiklah semua,kerja hari ni senang je. Apa yang korang buat hanyalah buat karangan catatan mengenai sepanjang cuti korang." Cikgu Hafizi berkata.

"Ke mana Cikgu nak pergi?" Ulrick bertanya.

"Cikgu perlu buat something mengenai tiga orang pelajar baru kita nanti. Tapi...disebabkan ada masalah sikit,mungkin ambil masa so,lepas korang siap tulisan karangan,letakkan atas meja kat sini dan korang boleh terus balik ke rumah."

"Cikgu,Indra tak datang hari ni. Dia pun kena buat ke?" Joseph bertanya.

"...dia...tak perlu buat."

"?"

Mereka pelik dengan perubahan atmosfera pada Cikgu Hafizi.

Setelah itu,cikgu Hafizi pun terus keluar dengan wajah muram.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now