Bab 52 - his trauma.

10 3 0
                                    

"Kami datang sebagai keluarga Ivy bukan, ahli diraja."putera Izakaya Daisuke berkata.

Emy yang sudah tersedar menyentuh bahu Ivy untuk mendapat perhatiannya.

Setelah Ivy memandang dirinya,Emy bertanya dengan isyarat tangan.

"Izati tahu tak pasal ni? Yang awak ni keluarga diraja?"

"Heheh....unfortunately..... Izati tahu pasal ni..." Ivy berkata serba salah.

"What? Izati tahu pasal ni?"Walaupun Emy tidak membuat isyarat tangan,kata-kata itu tetap kelihatan melalui riak wajah Emy yang kembali terkejut.

"Maafkan saya,Emy. Saya bukan tak nak beritahu tapi...." Izati ingin meminta maaf tetapi,

"Alah,aku suruh dia rahsiakan dari korang. Kang nanti korang tak selesa dengan aku. And nanti pun sama. Jangan ubah layanan korang dengan aku,ok?" Ivy menyampuk.

"Alright."Mereka semua menjawab melainkan Emy yang masih terkilan.

"Ah,ayahanda,kekanda. Ivy nak perkenalkan,ini Emy. Emily Emeryna. Dia ni istimewa, tau. Disebabkan kuasa dia lah,kami dapat kalahkan The Curse Music,betul tak korang. She's the star." Ivy memperkenalkan Emy.

"Ha'ah. Emy tak bercakap kerana kuasa dia ialah gelombang suara maka,jika dia bercakap, Gelombang tu akan menyerang. Jadi,dia memang berkomunikasi guna kertas atau bahasa isyarat." Izati menambah.

"Tapi,hanya dengan Izati dan Ivy je Emy berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Memandangkan kami tak pernah belajar." Anya menyampuk.

"Aneh. Seingat kekanda,kamu tak ada ambil apa-apa pembelajaran bahasa isyarat sebelum ni."putera Izakaya Daisuke berkata.

"Memang sebelum ni saya tak pernah belajar."

"Eh? Jika begitu,dari mana anakanda belajar?"raja Zayn bertanya.

"Dari Izati. Dia yang ajar saya bahasa isyarat ni." Ivy menjawab.

"Oh...begitu. Alah,seronoklah kau. Boleh belajar selalu memandangkan korang serumah jadi,memang tak jadi masalah kalau ada yang kau tak faham." Anya merungut.

"Hehe..." Ivy ketawa perlahan.

"Izati,dari mana kamu belajar bahasa isyarat ni?"puteri Afwa bertanya.

"Guru magic saya. Di tempat saya dulu,saya belajar memahiri perkara ni." Izati menjawab dengan maksud tersirat tanpa yang lain perasan.

"Banyak jugak Cikgu magic kau ajar nampaknya." Ulrick berkata ketika perasan bahawa kebanyakan perkara Izati belajar ialah daripada guru magicnya.

"Yelah,dengar kau cakap pasal Cikgu magic kau,aku teringin pulak nak tengok dia." Valery menyatakan hasratnya.

"Hehe,unfortunately, saya sendiri tak tahu di mana dia sekarang. Sudah bertahun-tahun kami berpisah." Izati berkata dengan senyuman.

"Malah,dimensi kami berbeza..." Izati berkata kepada dirinya tanpa suara.

Ketika mereka sedang berbual,

"Is it truly you?"Satu suara kedengaran.

Izati yang mendengar itu memandang raja Zayn melalui pandangan ekoran mata kerana ketika itu dia sedang berbual dengan kekanda-kekanda Ivy. Dia tersenyum nipis ke arah Zayn dan sambung berbual tanpa mereka perasan bahawa Izati mengalihkan perhatiannya.

Raja Zayn yang melihat itu sudah pasti. Bahawa Izati ialah sebahagian keluarga Lopez. Yang banyak berjasa kepada dia dahulu. Dia tersenyum kerana setelah lama tidak mendengar berita mengenai mereka,dia akhirnya dapat juga bertemu salah seorang daripada mereka.

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now