Bab 51 - majlis

13 3 0
                                    

"Beta telah melihat sendiri kebolehan yang terdapat pada mereka. Beta sangat berbangga mempunyai rakyat yang unik seperti mereka. Maka dengan itu,Beta mahu memberi sedikit penghargaan kepada mereka."

"Beta juga mahu meminta bantuan mereka jika diperlukan. Boleh, bukan?"Bekas permaisuri, Dilaila Umaira bertanya.

"Semestinya,your highness. Apa sahaja untuk tuanku dan negara ini."Pengetua Martinez berkata sebagai wakil akademi Ignesius.

"Disebabkan mereka telah berusaha dan telah memenangi perlawanan bersama musuh, beta dengan senang hati menganugerahkan mereka pingat.

Bagi pelajar-pelajar Akademi Ignesius yang telah berani tampil untuk melawan Gemini Group, beta anugerahkan pingat keberanian kepada setiap seorang daripada kalian."

Dengan itu,pelajar-pelajar Akademi Ignesius termasuklah kelas Z,pengetua Martinez ,cikgu Ryomae dan Cikgu Hafizi mendapat pingat keberanian daripada bekas permaisuri Dilaila Umaira bagi pelajar perempuan manakala raja Naufal bagi pelajar lelaki.

"You guys did a good job. Dengan pingat ini,beta harapkan kalian untuk menggunakannya dengan baik. Untuk masa hadapan yang lebih cerah."itulah kata-kata raja Naufal yang kedengaran dipendengaran mereka. Hanya mereka yang dapat mendengar itu. Terasa istimewa, mereka tersenyum hampir ke telinga.

Pada masa yang sama,Katz terlihat ayahnya, koperal polis di bandar utama.

!

Tidak tahu pula dia bahawa bapanya sendiri akan datang. Biasanya,bapanya akan melekat dengan kerjanya.

Sehingga tiada masa untuk bersama dirinya. Ibunya pula sudah lama meninggal dunia. Dia bagaikan membesar dengan pembantu rumah yang sentiasa berkelakuan baik dengannya.

Dia dapat lihat bahawa bapanya sedang memandang dirinya.






Dengan senyuman lembut.

!

Sekali lagi dia terkejut.

Katz yang pertama kali melihat itu agak terkaku seketika. Kerana ayah yang dia kenal bukanlah seorang yang senang tersenyum. Apatahlagi dengan masalah adik kembarnya yang telah keluar rumah. Sehingga sekarang tidak pulang.

Pandangan Katz dengan ayahnya kini berpaut. Senyuman pada wajah ayahnya bagaikan mengatakan,
"Papa bangga dengan kamu."

Katz yang tidak dapat menahan perasannya menundukkan kepalanya agar wajahnya yang kini merah kerana menahan tangisan kegembiraan tidak kelihatan. Habislah reputasinya sebagai pelajar cool jika wajahnya yang mahu menangis kelihatan.

Di sisi pelajar-pelajar lain juga,

Mereka merasakan emosi yang sama seperti Katz. Kerana ibu bapa atau keluarga mereka datang dengan wajah gembira. Wajah yang mana mereka mahu lihat selama ini.

Bukannya ibu bapa atau keluarga mereka tidak pernah berlaku baik dengan mereka,tetapi sebagai seseorang yang hampir bergelar dewasa,perhatian keluarga mereka menjadi kurang. Dengan kelas lagi,ada juga yang tinggal di asrama. Makin kurang masa untuk bersama keluarga.

Raja Naufal menyambung ucapannya,

"Dan tidak dilupakan juga, pelajar-pelajar kelas Z,kalian layak menerima pingat kesatria kerana telah bersama-sama menentang BC Band.

Dengan pingat kesatria ini,kalian kini menjadi salah seorang panglima diraja. Bermakna,jika terdapat masalah besar berkaitan keluarga diraja dan negara ini,beta mengharapkan kalian untuk turun tangan. Dan,jika kalian mempunyai apa-apa masalah,silakan bertemu beta. Beta dengan senang hati menyelesaikan nya jika berkemampuan."

(1) Z ClassWhere stories live. Discover now