Bab 40 - melampau.

17 2 0
                                    

"Kau nak pergi mana,Dalton?"

Roy yang terjaga pada malam itu bertanya ketika melihat kelibat Dalton. Dia boleh terus tahu bahawa kelibat itu ialah Dalton kerana figura nya yang memakai jaket bersama aura sejuk yang sentiasa bersamanya.

Tanpa menjawab apa-apa, Dalton berjalan keluar.

Roy tidak terasa hati dengan kedinginan Dalton malah dia berjalan ke biliknya kembali.

Sebelum tidur,dia sempat membuka telefonnya. Dia menelefon seseorang untuk memohon bantuan dan setelah mendapatnya,dia terus sambung tidur. Sekurang-kurangnya dia dapat tidur dengan nyaman kerana masalah sudah ada yang akan tangani.

Atau apa yang dia fikirkan.

Di sisi rumah pelajar perempuan,

Salah seorang daripada mereka merasakan satu aura yang bercelaru dan sedang mengganas terus terbangun. Sebaik sahaja mengetahui lokasi aura yang kacau itu berada,dia memakai tudung sarung hitamnya dan pakaian gelapnya.

Ianya kelihatan lusuh dan lama

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

Ianya kelihatan lusuh dan lama. Kerana pakaian itu memang sudah lama.

Dia tidak mahu menbuangnya kerana disebalik pakaian hitam itu,terdapat satu cerita yang dia tidak mahu lupakan.

Tanpa apa-apa, dia terus teleport ke tempat tersebut.

Kini,dia dapat lihat seorang lelaki yang mempunyai mata berwarna biru gelap sedang menyerang tiga orang lelaki yang kini sedang berlindung di sebalik dinding artifak. Ianya kelihatan seperti tidak akan bertahan lama kerana ianya mula retak sedikit demi sedikit.

Walaupun ketiga-tiga orang itu perasan akan itu,mereka bukannya takut malah gembira.

Bagaikan rela mati ditangan lelaki yang sedang hilang kawalan itu.

Di sisi ketiga-tiga orang itu.

Mereka bertiga terselamat dengan bantuan artifak pelindung yang sangat kukuh.

"Hahaha,what a fool. Kau ingat,kau boleh kalahkan kami? Kau hanyalah seorang diri sedangkan kami ramai. Plus,kuasa kau takkan pernah dapat tembusi pelindung ni!"

Mereka sengaja memprovok Dalton yang kini hilang kawalan kerana seperti yang mereka pernah katakan sebelum ini,mereka rela mati ditangan Dalton.

"Oh,really?"dengan kata itu,Dalton menguatkan lagi kuasanya. Membuatkan keadaan disitu mula membeku.

Dalton bersedia dengan meriam ais nya yang besar untuk menghancurkan perisai itu.

Tiba-tiba,

"Hentikan semua ini sekarang!"sebaik sahaja suara itu berkata begitu, Dalton terus ditembak menggunakan dos penenang oleh seseorang. Sebaik sahaja dia terkena dos tersebut,dia pengsan. Nasib baik dirinya ditangkap oleh orang lain.

Rupanya,lelaki yang menjerit tadi ialah pengetua Martinez yang datang bersama Cikgu Ryomae yang menembak Dalton dan Cikgu Hafizi yang menangkapnya.

"Nampaknya ada yang sudah memanggil mereka. Good job,boy. I know you know it." Izati yang sudah lega dengan apa yang dia lihat terus kembali semula ke rumahnya.

(1) Z ClassWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu