Bab 55 - Amalina.

15 3 0
                                    

Si abang cuba melemaskan Izati ketika mereka sedang pergi bercuti. Izati ikut sekali kerana Amalina menyatakan mereka sebagai sebuah 'keluarga' perlu pergi bersama-sama.

Ketika itu, Amalina sedang bersama Roland,si ayah maka Irigawa mengambil kesempatan tersebut.

Tetapi, Izati dapat survive kerana Amalina memanggil dirinya tepat pada masa ketika Irigawa sedang menariknya keluar. Baru sahaja Irigawa ingin melemaskan Izati yang masih belum dapat mengambil nafas,Amalina memanggil.

Tanpa perasaan,Irigawa melempar Izati masuk ke dalam kolam sambil berlagak cemas memandangkan Amalina mendekati.

"Apa yang Izati buat kat sana tu? Izati tahu Izati tak suka main air,kan?" Disebabkan berada di hadapan Amalina,Irigawa berlagak baik.

"Eh...Izati...tak suka main air...ke?"

Izati tidak boleh menjawab apa-apa memandang dirinya sedang mengambil nafas ketika dirinya ditarik keluar oleh Irigawa.

"Apa kata Ina pergi makan dengan papa dulu? Nanti kitorang datang. Izati dah basah kuyup ni. Dia kena tukar baju dulu." Irigawa berkata dengan senyuman manis kepada Amalina.

Tanpa mengetahui apa-apa,
"Baiklah. Jumpa kat sana nanti." Amalina pergi meninggalkan mereka berdua.

Setelah Amalina pergi,senyuman dibibir Irigawa memudar. Dia memandang ke arah Izati dengan wajah yang berbeza ketika dengan Amalina. Dan Izati tidak terkejut dengan itu.

"Kau menjijikkan. Sepatutnya mama tak ambil kau. Kalau aku tahu kau ada kuasa pelik sebegitu,aku dah lama bantah."

Tidak lama selepas itu,

Si ayah pula pernah cuba membakar dirinya dalam stor. Yang mana hari terakhir mereka bersama Izati.

Dan mereka menyatakan bahawa Izati hilang tanpa jejak. Disebabkan tidak menemui mayat Izati,mereka terpaksa berkata sedemikian. Kalau boleh,mereka mahu sahaja membuat mayat palsu tetapi,takut perbuatan mereka dihidu oleh pengawal yang ramai daripada kalangan mereka yang sukar dibawa berbincang,tidak boleh dibeli dengan Wang mahupun pangkat.

Di sisi seorang gadis yang kini dikurung di dalam biliknya.

Dia terfikir sesuatu.

Kata abang dan ayahnya,dia memerlukan masa untuk berehat. Dan memandangkan akan ada 'tetamu' yang akan datang nanti,dia memerlukan rehat secukupnya.

Amalina sebenarnya pelik kerana selama dia boleh tengok,Izatilah yang selalu membuat semua benda. Walaupun makan semeja, Izati tetap kelihatan kekok.

Malah,dia pernah ternampak kesan lebam pada lengan Izati yang terdedah sekejap. Apabila dia mahu bertanya,Irigawa ataupun Roland memanggil dirinya.

Dia boleh nampak bahawa kedua-dua mereka membencikan Izati. Amalina tertanya-tanya apa yang membuatkan mereka membenci Izati? Malah,mereka bagaikan tidak mahu dia dekati Izati langsung.

Ketika dia mendengar berita mengenai kehilangan Izati,dia sangat terkilan sehingga dia tidak dapat tidur malam. Dia asyik risau akan keadaan Izati.

Apa yang membuatkan dia lebih terkilan ialah wajah bapa dan abangnya. Mereka tidak sedih malah,mereka bagaikan gembira!

"Apa salah kakak Izati pada mereka? Kalau sebab arwah ibu....ianya sepatutnya....jadi salah saya....kenapa mereka perlu bencikan kakak Izati? Kakak Izati dah tolong banyak.... kenapa mereka tak boleh nampak?..."

Mereka fikir,dia masih kecil maka dia tidak faham apa-apa,tidak perasan apa yang mereka lakukan.

Tetapi hakikatnya,ianya sebaliknya. (Banyak betul nya...)

"Kenapa mereka nak pisahkan kita,kakak? Kenapa mereka bencikan kakak? Dan....

Kenapa mereka perlu panggil orang-orang pelik tu? Kakak....saya tak suka... saya tak suka diorang... diorang....buatkan saya sakit....hisk...hisk... Mereka keluarkan aura yang menakutkan.... kakak...." Amalina memanggil-manggil kakaknya,Izati.

Amalina teringat akan wajah 'tetamu' yang akan datang nanti. Mereka lah orang yang selalu datang ke rumah mereka jika ada sesuatu berlaku.

Sambil merungut dan menengking mengenai sesuatu,

"Ini semua disebabkan ahli sihir tu!"Amalina pasti bahawa ahli sihir yanh dikatakan Roland ialah Izati. Dia tahu Izati mempunyai magic. Tetapi membuat keputusan untuk diam.

"Disebabkan ahli sihir tak guna tu,Amalina kami sakit macam ni."

"Tak,abang salah. Saya sakit sebab abang dan papa...."suara itu hanya berada di dalam fikiran Amalina sahaja.

"Tolong,sembuhkan Amalina! Aku sanggup bayar berapa banyak yang kau nak!"

Setelah berkata sedemikian, ayah dan abangnya akan meninggalkan dia dengan tetamu tersebut. Kerana kata mereka, untuk menjalankan treatment dengan baik, mereka perlu ditinggalkan. Ianya antara pesakit dan doktor.

"Not a chance. I'm not gonna believe that. Mereka semua bukannya mahu rawat saya tapi....tapi...hisk..."

Dia ingat lagi,pada hari pertama mereka bertemu, ialah ketika kehilangan Izati. Mereka kata,Amalina perlu dirawat agar tidak menjadi lebih teruk. Mental dan fizikal.

Tetapi,apa yang mereka buat bukannya merawat dirinya tetapi membuatkan dirinya menjadi lebih teruk!

Mereka membacakan sesuatu kepada dirinya yang membuatkan dia sesak nafas dan pening kepala.

Sehinggakan dia tidak sedarkan diri. Keesokan harinya,dia bangun dan mendapati dirinya seperti biasa. Tiada yang berbeza.

Kecuali emosinya. Emosinya....hilang. Dia bagaikan patung hidup di rumah itu! Dan hanya mengikut apa yang keluarga itu mahu. Jika mereka menyuruh dirinya makan ikan yang dia tidak sukai,dia tetap makan juga. Apa yang dia tahu,ikan itu ialah ikan yang disukai oleh ibunya. Mereka asyik berkata,
"Amalina anak mama,jadi Amalina mesti suka apa yang mama suka,kan?"

"Amalina anak yang baik. Apa yang Celina pakai, Amalina pun kena pakai. Nanti,bila dah besar, Amalina mesti macam Celina,cantik.. "

Tetapi,itu hanyalah seketika sahaja. Setelah beberapa hari,dia mendapat semula emosinya tetapi,disebabkan tidak mahu dirinya diketahui, dia masih dengan rutin biasanya. Mengikuti apa yang mereka katakan.

Dan dia pasti,tetamu itu tentunya akan melakukan hal yang sama mereka pernah lakukan dahulu. Tidak....dia tidak mahu...

"Disebabkan ahli sihir tu,anak aku dapat sumpahan kau tahu tak?!"

Lagi sekali,mereka memfitnah mengenai Izati.

"Aku mohon,hilangkan sumpahan yang ahli sihir tu letak pada Amalina. Ahli sihir tu buatkan Amalina peluk dia,kau tahu tak? Rawatan kau tu dah hilang!"

Amalina dapat mendengar suara tengkingan Irigawa bagaikan orang gila.

Oh tidak. Mereka akan buatkan dirinya bagaikan patung lagi.

"Jangan risau. Biar kami yang uruskan."

Tidak.. dia tidak akan menjadi hamba mereka lagi....dia tidak akan menjadi patung untuk mereka puaskan hati mereka bahawa dia ialah ibunya!

Kakak....saya nak ikut kakak....kakak kat mana?















Kakak!

Tiba-tiba, satu miracle berlaku. Yang membuatkan dia hilang tanpa jejak.

(1) Z ClassTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon